BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)

23 0 0
                                    

BILA SUDAH DIPERCAYAI (Harapan 2020)

Jika ditanya 25 tahun dahulu apakah saya akan terlibat dalam dunia penulisan (sastera), pasti kamu akan ditertawakan berdekah dekah, lengkap dengan hembusan rokok, di hadapan cermin solek yang berbaris lampu. Saat itu entah apa agaknya sedang bermain di kepala? Menjadi popular dan didambakan tidak juga akhirnya!

Dari khayalan sebagai bintang besar di Pulau Pinang cepat cepat saya alih kerjaya secara berdikit di bidang penulisan. Untungnya saat itu tidak ramai transnita tempatan menulis, jadi tumpuan terjadi secara semulajadi. Eh! buku ini ditulis oleh pondan... dan ia dibaca secara rahsia tentunya atas dasar ingin tahu (keterujaan).

Sama seperti ketika mencelup kaki ke kolam show business (saat merencana busana, solekan, hafal lagu, merancang kata kata di panggung dan mencari muzik minus one yang sesuai) dunia penulisan ditelusuri penuh hemah. Ya, memang sebelum ini saat menjadi guru sekolah kerajaan saban minggu menulis log buku panjang rancangan mingguan mengajar. Objektif eksplisit dan intrinsik untuk 40 murid kelas. Penulisan kali ini tidak sama lagi. (memilih untuk mengajar melalu fiksyen)

Nampaknya membuahkan hasil tepat di usia menjangkau 50 tahun. Bergerak di bahagian utara dan tengah negara, bercakap dalam wacana (yang tidak dapat tidak, sekali sekala masuk dalam persoalan seksualiti dan gender). Tekad mahu pergi lebih jauh diselitkan, kerana tidak mahu memalukan diri. Memanglah pelik di mata orang bila ahli panel atau moderator dilihat tidak skema dengan perempuan cisgender, tertanya mereka itulah yang dimanipulasikan sebaiknya. Segala kepakaran menjadi Pengacara Majlis (emcee) digunakan habis habisan. Bukankah kerja pengacara melibatkan kefasihan dan kejelasan bahasa? (Jangan buat buat lupa)

Sepanjang tahun 2015 hingga 2019 ada sejenis nikmat disumbangkan pada pembangunan emosi dan semangat diri sebagai penulis transnita. Dijemput hadir sebagai ahli panel dan moderator wacana penulisan dengan tajuk tajuk bersesuaian menambah lagi isian ke botol keyakinan. Paling mengejutkan bila DBP memberikan peluang, ia hampir mustahil sebenarnya. DBP masih dilihat sebagai induk pusat pemiawaian bahasa yang saya hormati. Setelah banyak festival litarasi antarabangsa akhirnya saya kembali ke tempat kelahiran (DBP Perda) dan bercakap tentang sastera. (Mematikan beza antara indie dan tradisi sastera)

Dunia penulisan di Malaysia tidak ada susunan hiraki itu ini yang jelas. Penulis masing masing mengandar diri dalam genre dan media pilihan secara peribadi. Ini bukan lagi zaman menyorok di sebalik nama samaran.

Rasa percaya mereka dalam industri semakin terasa bila penulis pemula mula berhubung dan meminta satu dua nasihat tentang cerpen dan penulisan. Menjadi pembaca beta untuk beberapa penulis tersohor dan dikirimkan buku percuma untuk reviu. (ini tidak termasuk artikel berbayar selama ini - sudah tentu ia membanggakan meskipun bayaran penulsian tidak semewah menyanyi 5 lagu di panggung). Jadinya rasa percaya terhadap diri sendiri jadi lebih kental (maaf, ini bukan perasaan syok sendiri yang sangat saya meluat)

Kepercayaan mereka ditekadkan untuk dijaga dengan lebih baik. Persediaan dibuat secara holistik bila diberikan tajuk pembentangan. Reviu diberikan secara berimbang jika perlu. Editan dilakukan sesungguh hati bila perlu. (disingkirkan sifat negatif terhadap karya orang - jika buruk jangan direviu - jangan memalukan orang untuk dipandang tinggi - ada caranya untuk menegur). Membaca lebih banyak tentang hal hal literasi dan sebolehnya mahu bergerak selaras zaman. Daripada dikutuk kerja penulisan orang lain, lebih baik diterjemah puisi para pemula yang berpontensi atau sajak sajak lama yang menarik.

2019 dipenuhi dengan pelbagai artikel di wattpad.com untuk para penulis. Vault cerpen dipenuhi hingga bulan Oktober. Antologi cerpen peribadi oleh sebuah syarikat siap diedit menanti pelancaran. Novel Australia yang tersekat penerbitannya dalam diam diiringi dengan doa yang baik. Sumbangan pada projek antologi nirlaba tentang perempuan. Zine 'Mama Berikan Aku Khabar Baik" bersama LangitPress untuk tahun 2020. Mengedit/saranan pada beberapa buah cerpen penulis pemula yang tersiar akhirnya. Kembali melihat 16 siaran peribadi di situs Cukaria yang tamat pada November 2019 (bukan untuk perasan, tetapi untuk hal baik pulih).

2020 kepercayaan dan sumbangan akan ditingkatkan lagi. Saya percaya pada kata, 'Menuai apa yang ditabur'. Segala kegiatan dalam bidang ini masih dalam lingkung kuasa Pencipta, jika diizinkan maka terjadilah segalanya. Atas dasar itu segala rasa ralat tidak lagi sama seperti tahun tahun kelmarin... Bila artikel tidak tersiar, bila novel lambat diterbitkan, saat kerja cetakan terbengkalai atau apa sahaja. Saya semakin akur bahawa dunia penulisan juga menuntut kesabaran yang tinggi, kemahuan berinovasi dan mempunyai hikmah yang tersorok.

Semoga 2020 membawa segala kebaikan dan berkat untuk semua yang berada di dunia penulisan tempatan. Amin Ya Rabalalamin.

Regina Ibrahim

051219

Women Writing The Body - bual bicara dalam Bahasa Inggeris dimoderasikan oleh Dina Zaman

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Women Writing The Body - bual bicara dalam Bahasa Inggeris dimoderasikan oleh Dina Zaman. Panel dari Sri Lanka, Korea dan Jepun. Persiapan harus dibuat agar tidak memalukan negara. Mama memilih untuk kembali pada bentuk Konstruk Sosial tentang perempuan. Perniagaan dan mitos juga ilusi yang sudah dijamu. Lirik Private Dancer - Tina Turner, digunakan sebagai pembukaan bicara mama...

MENULISDove le storie prendono vita. Scoprilo ora