PENULISAN KREATIF

56 1 0
                                    

PENULISAN KREATIF

Penulisan tidak hanya melibatkan kerja kerja fiksyen. Asal diperkenalkan diri sebagai penulis, terus ditanya, 'tulis novel apa? Sudah berapa novel?" JANGAN SILAP.

Maklumat yang dirangka penerangannya dengan menggunakan kata kata bertulis, arahan atau syarat syarat untuk dilampirkan juga merupakan bentuk penulisan. Dibaca, difahami dan sesekali diulang dua tiga kali atas sebab sebab:

1. Bahasa yang tunggang langgang

2. Lucu dan terpikat pada teknik pendekatan

3. Lampiran yang dirasakan menarik dan segar.

Jadi kerja menulis kini tidaklah secara tradsional melibatkan kerja kerja fiksyen bestseller atau sajak sajak yang mencengkam sahaja. Kamu sedia maklum bukan? Bermula dari penulis menyediakan teks ucapan untuk Ketua Politik atau Ketua Jabatan yang hanya akan berdiri dan membaca di hadapan khalayak sehinggalah arahan di papan kenyataan yang dicetak lekat, hatta memulis di papan hitam kenyataan sekalipun (Menu hari ini, spesialiti hari Ahad.... di hadapan kedai makan)

Paling tidak kerja menulis haruslah menepati piawaian semasa, bukanlah asal difahami sahaja, silap haribulan akan dijadikan bahan cercaan dan lelucon dalam organisasi. Pen is jadi Penis, Singular dan Plural beraduk, past tense dan present tense, favor jadi fever... begitu juga Bahasa Malaysia yang tidak kurang juga sukarnya kalau dilihat betul betul. (untuk menulis harus juga rajin membaca kaji struktur bahasa)

Menulis secara kreatif tidak membawa maksud ledakan idea yang gah gah sahaja, adakalanya maklumat yang mahu disampaikan sangatlah langsung (direct and easy). Kreatif kerana ia memudahkan. Kamu pernah melihat dan bereaksi pada iklan iklan cetak bukan? Pernah juga melihat kumpulan iklan iklan yang silap ejaan dan membawa maksud yang pelik? Papan papan tanda yang seharusnya serius jadi lucu? Ada yang sengaja dan ada juga terjadi akibat kesalahan cetak, salah faham, ejaan dan susunan tersilap.

Kebolehan berbahasa tetap memainkan peranan penting. Lapuran tahunan dalam prospektus perniagaan, sidang akhbar, ucapan, membuat penerangan di corong corong pasaraya dan macam macam lagi, termasuk memberi khutbah di Masjid atau Gereja.

Masing masing kita tamat persekolahan paling tidak selama 11 tahun, bukan semua akan jadi pakar kata. Jadi kursus PENULISAN KREATIF ditawarkan pula di peringkat tertinggi. Penulisan kreatif membawa gabungan kepakaran dan kepekaan yang pelbagai, diaduk pula dengan bijaksana hal hal hiburan, informasi, sensitiviti, budaya, amalan setempat dan pelbagai sudut hidup yang perlu dikerah otak sang penulis. (segala pengamatan dan pemahaman akan dimanipulasikan jadi kreatif) Maka berkreatiflah kamu sebagai penulis di situ! Sama seperti si pelukis yang mahukan lukisannya tampil berbicara tepat pada sang pelihat.

Penulisan kreatif yang jelas buat masakini terlibat dalam garapan iklan, menulis lapuran berita, merangka dialog filem animasi – selalunya hal audio dan visual. Skrip untuk penerbitan drama atau dokumentari. Isi untuk rancangan rancangan berbentuk majalah. Begitu juga menulis untuk konten blurb, blog, penerangan pendek tentang produk, kit produk dan perkhidmatan. Termasuklah bagaimana kamu menulis di dinding medsos secara peribadi.

Sejenis deria KREATIF dituntut apabila penulis melaksanakannya. Meskipun dilihat sebagai mudah dan enteng hasilnya, namun percayalah ia hadir dari akal yang KREATIF. Deria kreatif pula sama sahaja seperti penulisan fiksyen, ditajamkan dari waktu ke waktu. Ada ketika jadi dan sesekali jadi tidak kena gaya.

Fikirkan frasa frasa yang sudah melekat dalam minda kamu setakat ini.

Cepat dimasak cepat dimakan

Kerana dirimu begitu berharga

7552525 7552525 – iklan pizza

Besar Teguh dan Peramah

Warna biru ka? Hitam ka? Cokelat ka....kita orang Malaysia kan?

Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka bukan?

Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka bukan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now