NIAT KAMU DI DUNIA PENULISAN

49 4 0
                                    

NIAT DALAM DUNIA PENULISAN

Manusia digerakkan oleh NIAT. Secara klise sebagai penulis Muslim kita ringkaskan bahawa ia tergantung pada Nawaitu (Sambil memohon bantuan lowongan inspirasi dari Azzawajalla).

Di negara kecil ini jika menulis dalam bahasa kebangsaan (Bahasa Inggeris pula entah ya entah tidak..- saya kurang jelas), lupakanlah niat menjadi JK Rowling atau Stephen King. Bukan mahu memintas impianmu, tetapi bersandar pada kenyataan penjualan buku, pihak penerbitan, polemik perbukuan dan banyak lagi ciri ciri nyata dunia perbukuan yang perlu ditelan.

Namun begitu niat murni mahu menulis tidak mungkin terbantut jika sememangnya ia beriringan dengan perasaan bahagia kerana penghasilan karya sentiasa lancar berinspirasi dan didukung pula oleh semangat jitu mencari jalan. Penulis tidak dapat lari dari menilai keseimbangan antara tuntutan materialistik dan keberbaloian setelah siaran/cetak karya terjadi.

Niat manusia jelas harus ada dalam apa bidang sekalipun, begitu juga dengan giat menulis.

-----------------------

Beberapa pertanyaan dan pemerhatian tentang NIAT menulis perlu dilakukan jika ingin terus berada di dunia penulisan. Orang lain sedang melakukannya, kenapa tidak kamu?

1. Mahu dikenali sahaja? Sensasi serta mendapat sorotan pelbagai media? Tidak mustahil

2. Menjana pendapatan dengan jualan buku yang dinanti nantikan. Bestseller? Perlu kenal sistem agihan royalti secara matang, juga tidak mustahil.

3. Mahukan naskah diangkat jadi karya adaptasi filem, drama atau pementasan?

4. Memperjuangkan isu isu pilihan dalam karya? atau hanya mahu ikut memeriahkan genre pilihan? Membaca rentak mahunya pembaca atau mungkin bersemarak mahu menyuntik kesegaran pada dunia sastera negara?

5. Kerana dunia penulisan dan komuniti mereka nampak seronok semacam, teringin mahu menyertai mereka.

---------------------

Sepanjang menyertai dunia penulisan, mata akan terus liar melihat giat dunia sastera. Secara peribadi ia menyeronokkan. Mendengar keghairahan penulis lama dan baharu dalam penghasilan karya, bercerita tentang proses menulis dan akhirnya penuh bangga memegang naskah siap dicetak.

Naskah siap itu akhirnya bagaimana?

Apakah masih ada ruang perkembangan menulis selanjutnya?

Kesanggupan hadir di acara membedah buku? Bicara sastera?

Kelancaran berucap tentang karya sendiri dalam wacana terpilih?

Bagaimana mencuri perhatian sebenarnya sebagai penulis?

atau membiarkan karya siap berbicara sendiri sahaja?

Persoalan di atas bukanlah untuk penulis atau bakal penulis yang tidak bersedia, tidak kira samada kamu penulis fiksyen atau akademik. Setiap satu memohon pertimbangan sebenarnya atau mungkin kamu menjadi penulis yang hanya menulis tanpa sebarang interaksi? Ya, mereka jenis tersebut ada.

Menjana kewangan hebat melalui penulisan di Malaysia adalah cerita nyata. Memang ada penulis 'bestseller' yang mendapat honorarium sekitar 50 ribu dan 70 ribu ringgit. (Berdasarkan penyata kewangan sahih yang disisipkan oleh pihak penerbitan di awal tahun 2019). NAMUN ia tidak terjadi pada semua pengkarya tempatan.

------------------------

Kita kembali membicarakan perihal NIAT asas, kenapa menulis? Nilai sesebuah karya itu sebenarnya jauh lebih besar dari honorarium sekiranya ia dibaca dan sampai. (difahami, memberi pencerahan, disukai, diberi reviu baik, dirujuk secara berterusan)

Sudah dilihat kreativiti para penulis digabungkan dengan hal hal komersial/perdagangan (kiraan dana penerbitan, kelompok sasaran, relavan karya, promosi, citarasa semasa pembaca dan macam macam). Ada ketikanya seluruh proses tersebut membantutkan semangat sang penulis dan anehnya ramai penulis yang tidak pernah patah semangat untuk terus berkarya.

Dunia penulisan disemarakkan oleh pengkarya, pembaca dan pemain pasaran. Bagaimana penulis mahu menyelaraskan niat asal dan elemen elemen yang mengelilinginya? Hal subjektif ini seharusnya diambil kira atau duduk seketika demi memikirkan strategi peribadi dalam dunia penulisan.

Tidak ada sesiapa yang akan mampu mempengaruhi niatmu.

Sang penulis boleh sahaja berubah niat dalam setiap penghasilan. Dia berkemampuan untuk SS (syok sendiri) jika cukup dana (self-published atau didanai oleh syarikat milik pemerintah). Boleh juga menulis secara sambilan sambil menjawat jawatan lain (bergaji bulanan yang selamat). Terus berusaha memancing pihak penerbitan sedia ada dengan karya karya hebat; atau dia boleh sahaja secara suka suka tanpa sebarang niat menerjah dunia penulisan tanpa sebarang hala tuju sebagai jamuan emosi.

Ada orang sudah cukup gembira dengan hanya satu naskah siap di tangan,"jangan main main, ini buku pertama aku terbitan syarikat XYZ, kau ada?"

NOTA: Saya menulis setelah transisi dunia pentas (tekanannya sangatlah hebat - bayaran pentas jauh lebih mewah berbanding kerja memerah otak saat menulis) Namun semangat baharu perlu disemat, kerana nikmat dunia penulisan jauh lebih menarik dari p...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOTA: Saya menulis setelah transisi dunia pentas (tekanannya sangatlah hebat - bayaran pentas jauh lebih mewah berbanding kerja memerah otak saat menulis) Namun semangat baharu perlu disemat, kerana nikmat dunia penulisan jauh lebih menarik dari pembesar suara, baju kelip kelap dan faktor tuntutan usia. Sebelum diterjah dunia penulisan, saya fikir lebih baik dimanipulasikan segala pengalaman jadi karya, begitu juga kepakaran komunikasi digunakan sebaik mungkin dalam sebarang wacana sastera yang dihadiri. Menulis bagi saya adalah proses mempertajamkan kotak fikir yang dilaraskan dengan seni menulis yang bukan kepalang.

THERE IS NO SUCH THING as an Accidental Writer!

MENULISWhere stories live. Discover now