BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?

37 5 2
                                    

BAGAIMANA KITA MAMPU PERGI JAUH SAAT MENGLIPUR LARA?

"How do we go deep, for the sake of storytelling?

Sama saja seperti seorang nenek yang dikelilingi cucu cucunya mahu mendengar kisah kisah kuno, jika menawan pastilah sang cucu meminta lagi dan lagi, meski sudah berulang ulang kisahnya. Kenapa? Kerana sang nenek bijak mengatur jalan cerita dan sesekali diselaraskan dengan pembahagian usia sang cucu.

Persoalan tersebut kembali melintas saat saya menterjemah cerpen Marc de Faoite yang dicuplik dari antologi cerpen dan cerpan Tropical Madness terbitan Fixi Novo. Soalan yang sama sebenarnya bermunculan sejak awal membabitkan diri dalam dunia penulisan, termasuk bila mula membaca karya tempatan dan sesekali karya luar negara. Tidak kiralah samada ia naskah hebat, mediocre - biasa biasa sahaja atau jelek.

Masalahnya di sini mahu pergi jauh. Jauh yang bagaimana?

- penceritaan yang menakjubkan?

- sorotan akan jiwa watak watak pilihan?

- pilihan kosa kata yang menggegarkan?

- isi kisah yang sensasi? seronok? lagha? atau apa?

Kita terus bertanya tanya dan menanti jawapan pasti yang TIDAK ADA.

10 orang pakar di dunia penulisan akan memberi paling tidak 10 idea peribadi mereka yang mungkin mirip atau bercanggah, jika ditanya. Dan akhirnya kita memutuskan untuk menulis apa sahaja yang menjadi dambaan peribadi sebagai penulis.

Sesekali di dunia penulisan tempatan diuar uarkan karya yang kononnya menang anugerah tidak kiralah di tahap lokal atau antarabangsa. Kita terhegeh hegeh mendapatkannya, ditelaah baca dan mendapati ia tidaklah sehebat mana. (kerana tidak menepati citarasa sebagai dirimu sebagai penulis dan pembaca) Bertanyalah lagi, apa dia yang dicari pembaca? Anugerah itu rekaan siapa? Apakah ada terselindung apa apa di sebalik penganugerahan?

Kamu mungkin bosan dengan karya A.Samad Said dan Anwar Ridhuan kerana rencah mereka tidak mampu kamu gapai. Kamu mungkin benci pada penulis penulis penerbitan FIXI yang membuat kamu jadi tertanya, kenapa mereka bagai gelong otak? atau dari waktu ke waktu melihat sindiran sinis pada kisah kisah cinta yang diadaptasi jadi filem dan drama petang petang.

Jadinya tidak perlulah kamu berhempas pulas mencari jawapan, kerana kamu sedang diajar tentang citarasa genre dan bentuk, isi, stail dan teknik penulisan yang dekat di hatimu. Kalau diminta untuk menyenaraikan 10 penulis kegemaran, tanpa sedar terpacul semua nama para penulis pilihan dengan mudah. Nah, itulah bahan bacaan menyentuh yang sudah kamu baca dan tekuni.

Jika kamu tidak membaca? (Saya tidak punya sebarang solusi untukmu).

Saya fikir, bila pemula bertanya soalan tentang 'go deep' akan melintas pula di benak penulis sambil merasa tidak yakin atau apakah perlu kita meraban pada mereka? (sungguh tidak adil).

Selama ini para penulis kondang hanya mampu memperjelaskan hal hal spesifik sahaja: Font pilihan, tema, kawalan tatabahasa, susunan, kulit buku, garapan blurb, penerbit, bayaran, terjemahan, ISBN dan berberapa hal pasti lain. Itupun jika mereka mahu berbicara tentangnya, ramai memilih untuk tidak bercakap banyak.

Jawapan asas ada dalam artikel artikel sebelum ini.

PERGI JAUH/ GO DEEP

- mencuit persoalan yang sensitif dengan cara bijak?

- penulisan sinis? jenaka? serius? akademik?

- menyentuh hal hal masyarakat/negara yang terlepas pandang?

- berani mengkritik suasana sosial/agama/geografi/sejarah?

- mengutuk/protes secara terbuka?

- memperlihat kemelut manusiawi yang luar biasa?

Deep/jauh/dalam bagi kamu, mungkin ringan pada orang lain. Sudahlah membaca merupakan giat yang sukar. Jangan tidak tahu sesekali kita sinis meringkaskan simpulan bila ditanya opini tentang sesuatu hal, dramatik mengatakan 'that's deep'. Mungkin kerana ia pergi jauh atau kita hanya bercanda, perli atau memudahkan suasana? Mungkin ia benar kerana hasil karya tersebut memang luar biasa.

Karya, suka atau tidak di zaman ini diukur dengan jumlah ulang cetak dan janaan jualan. Ulang cetak dicapai ramai pula tidak menjanjikan bahawa ia buku yang berfalsafah deep/jauh. Buku ringan juga mampu jadi goreng pisang panas bukan?

Akhirnya kita memilih untuk menggunakan terma SEDAP untuk memuji. Ya, sedap dibaca.

Bahaya dan seriau juga melihat pemula yang berusaha keras untuk menjadi deep/jauh/dalam saat melakar cerita. Ada cerita yang harus kekal mudah-mudah sahaja. Ada garapan yang bernada bagaikan kerja terjemahan akibat pengaruh bacaan dari luar keterlaluan. Bunyinya sedap, isinya dangkal dan karyanya bagai melilau-lilau.

Setakat ini saya fikir, kerja menulis rantaian sebaiknya begini untuk pemula: Bertema menarik, isinya tersusun, plot mengkagumkan, kisahnya tidak biasa, mampu berhubung mudah dengan pembaca, menjamu/mencuit emosi, sedikit sensasi dan pemula pasti mampu capai hasrat asas bila berniat memulakan karya. 'Deep' juga jika penulis mampu menggalas tanggungjawab sebelum dan selepas karya dipasarkan.

"Deeplah sangat kan...," hamburan kata kata sesama kenalan bila kita mahu memperkatakan tentang percubaan berat yang sudah dibaca.

"The theme is rather deep, unusual dan managed to force/engage readers to imagine without being prejudice," nah... bunyinya mantap bukan?

Suka tidak suka pada sesebuah karya sebenarnya berbentuk peribadi, kamu fikir kenapa buku buku kisah cinta Melayu masih mendapat sambutan? Jawablah sendiri.

Jadi tulislah sebaik mungkin tentang apa yang kamu inginkan. Kesudian penerbit adalah sesuatu yang Alhamdulillah, jika diterima pembaca dan diperkatakan ia sudah memberi makna.

Bagaimana jika gagal? Jangan putus asa, kamu masih punya banyak ruang untuk proses pembelajaran yang tidak pernah terhenti demi menghasilkan karya sedap, ikhlas, dalam dan penting.

Bagaimana jika gagal? Jangan putus asa, kamu masih punya banyak ruang untuk proses pembelajaran yang tidak pernah terhenti demi menghasilkan karya sedap, ikhlas, dalam dan penting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now