PENULIS PROLIFIK PENDIAM?

89 5 8
                                    

PENULIS PROLIFIK PENDIAM?

Penulis Prolifik = banyak hasilan karya (sebelum atau selepas), subur, relevan, mekar, berkualiti dan menjana hal hal yang baik ataupun megah.

Kebanyakan penulis tampil sebagai pendiam, tidak bercakap banyak, jarang merapu dana dan hanya menumpu pada karya yang sedang mereka usahakan. Sesekali mengimbau pada karya lama jika diperkatakan atau dibawa ke sidang sidang sastera (oleh penulis sendiri atau orang lain). Ada yang dicop sebagai sombong.

Benar juga. Segala (kata, buah fikir kreatif, fakta, susunan fiksi) sudah dirumus cetak dalam karya masing masing dalam bentuk cerpen, sajak, prosa, novel atau apa sahaja termasuk luahan di medsos. Lainlah kalau dijemput untuk berbicara tentang karya dalam wacana tertentu. Lewat medsos juga mereka hanya membariskan dua tiga frasa perkongsian atau mempromosikan kerja mereka sahaja, tidak lebih tidak kurang.

Sebarang hal serius tentang kerja menulis boleh dibincangkan dalam suasana rasmi berimbuhan. (Selaras lelah mereka menongkah kata dan berkongsi pengalaman).

Sekiranya diamati, para penulis berprolifik jarang sekali menulis hal hal remeh di ruang medsos peribadi. Mungkin berkongsi satu dua salin lekat artikel untuk dibaca oleh pengikut mereka sahaja. Tidaklah ingin dikatakan bahawa langkah ini wajar atau tidak.

Dunia penulisan tidak sama seperti kerjaya lain. Pemikir akan sentiasa digenangi banyak hal yang perlu digarap menjadi karya dalam bentuk apa sahaja (buku/risalah/syarahan). Jangan lupa beliau sang penulis prolifik terkekang waktu kerana harus banyak membaca demi ilham, pantauan dan kepastian agar tidak teringgal zaman. Bentuk pemikiran akhirnya boleh dibaca/dinikmati/diserap dalam karya fiksi atau non fiksi nanti.

Bukan semua yang prolifik memilih jalan untuk berdiam diri. Ramai juga yang aktif di medsos. Memberikan kritikan pendek, mereviu, berkongsi cuplikan dari mana mana media tentang diri dan bersenda gurau tentang hal sosial. Selalunya di kicauan twitter.

Pendiam dalam konteks yang ingin diperkatakan di sini adalah hal mencanang kerja menulis, membimbing, mengkritik kerja orang lain dan promosi diri yang tidak tidak. Pokoknya penulis prolifik amat berhati hati - agar tidak timbul pergeseran masa depan, berdebat tentang dirian percaya atau apa sahaja konotasi tidak sedap di dunia penulisan. Namun, masih ada penulis prolifik yang sensasi di alat media pantas ini. Sekali lagi tidak ada salah dan benar. (Pergeseran penulis dan penulis pernah berlaku sejak zaman tanpa medsos dan zaman medsos). Pram - Hamka dan rentetan kritik di Dewan Sastera. - saya melihatnya sebagai pertahanan ego penulis yang tidak sedap!

Senang cakap, mereka juga jarang bercakap banyak secara lisan. Menjalani kehidupan biasa, tidak menguar uarkan pada ramai tentang kerjaya sebagai penulis. Jika diketahui sekalipun akan diakui dengan cara rendah hati... "adalah dua tiga tersiar... ya sedang mengerjakan novel baharu... entahlah bila akan diluluskan oleh penerbit..." dan terus menumpu pada giat semasa yang tidak ada kaitan dengan penulisan. (bersosial, bersiratulrahmi dan berbasa basi tentang situasi semasa).

Malaysia memiliki ramai penulis berprolifik yang pendiam, namun bermedium demi bersuara selain dari karya fizikal. Faizal Tehrani dengan artikel kritik sosial, Wan Nor Azriq dengan situs beliau tentang karya tempatan dan luar negara, bekas editor Utusan Malaysia Zin Mahmood beranekdot tentang negara, Dinsman yang aktif giat teater dan permerhatian pada dunia politik dan ramai lagi penulis, editor atau pemilik kolum yang boleh ditelusuri buah fikir mereka di zaman internet. Mereka juga menelusuri catatan internet untuk sedikit inspirasi dan informasi.

Manakala penulis novel fiksyen cinta juga masih aktif menulis kisah mereka tanpa bising bising. Mereka layak dikategorikan sebagai sang prolifik yang pendiam. (tidak peduli pada sinis sekelompok masyarakat dan terus berkarya). Jangan tidak tahu kisah romantis juga tergolong dalam penyumbang sastera negara.

NOTA: Sebaik masuk dalam dunia Penulisan akan melintas pemikiran yang begini. Kenapa dia nampak dingin? Apakah dia manusia sombong? Sepatah ditanya sepatah dijawab... seperti biasa ruang wattpad ini adalah untuk para pemula bersedia, jadi janganlah dipertikaikan sifat dan berlapisnya karekter para penulis prolifik. (kita tidak tahu bagaimana kerja keras beliau dalam menghasilkan karya dan tertekannya emosi mereka setelah karya masuk pasaran buku).

 (kita tidak tahu bagaimana kerja keras beliau dalam menghasilkan karya dan tertekannya emosi mereka setelah karya masuk pasaran buku)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now