PANDUAN MENULIS DARI SIAPA?

38 3 0
                                    


SIAPA YANG LAYAK MEMBERI PANDUAN MENULIS?

Antara persoalan yang sukar dijawab. Secara emosi sangat menganggu sebenarnya. Apatah lagi kalau disiniskan oleh penulis penulis kondang. Atas dasar itu awal awal lagi dinding ini dikhususkan untuk generasi penulis pemula.

Penulis kondang yang tersohor selalunya tidak punya waktu untuk ini semua, lainlah kalau ditetapkan YURAN atau IMBUHAN. Namun ramai juga yang berbesar hati untuk berkongsi secara talian, asal sahaja kamu rajin mencarinya.

Berikut disertakan beberapa ruang yang berbesar hati berkongsi.

-------

caknabahasa.blogspot.com/2011/.../panduan-menulis-karangan.htm...

azam09.blogspot.com/.../panduan-menulis-karangan-syarahan.html

Tips Menulis Daripada Norhayati Berahim – Pena Mutiara

Panduan Menulis Novel: Teknik Surah Yusuf — Portal PTS

-------

Panduan masih boleh dicari dan difahami secara talian sebenarnya. Namun jalan terbaik adalah secara lisan (face to face).

Menulis adalah latihan yang berterusan. Kepekaan pada evolusi bahasa, tata bahasa dan ejaan serta terma terma lama dan terkini yang boleh dimanipulasi dalam persembahan kamu sewaktu mengarang fiksyen atau artikel.

Menulis juga hadir dengan pelbagai tanggungjawab, bukan hanya mempersembahkan cerita sedap. Bagaimana akan hadir cerita sedap sekiranya penguasaan bahasa dan tanda bacaan tidak dipatuhi seadanya?

Pembaca tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayangkan apa yang sudah kamu tulis dengan ejaan yang silap, tata bahasa tunggang langgang dan tanda bacaan yang tidak tepat. Pembaca sebenarnya bagaikan juri terakhir pada setiap karya yang kamu dihasilkan.

Pembaca mungkin tidak tahu bagaimana meluahkan rasa tidak senang mereka, mereka boleh sahaja secara diam diam bersifat dingin tanpa sebarang respon.

Berdasarkan hal di atas, sebaik sahaja kerja menulis bermula segala kemahiran menulis akan kamu mantapkan habis habisan.

Tidaklah benar sekiranya dikatakan bahawa kerja kerja menulis sebaiknya hadir dari mereka yang merupakan guru bahasa sahaja. Setiap dari kita tanpa mengira latar belakang kerjaya seharusnya menulis dengan baik. Kenyataan di papan tanda pejabat? Arahan pada rakan rakan sekerja? Nota di dinding peti ais? Pesanan ringkas di telefon bimbit? Pernyataan hati di medsos? Atau apa sahaja yang melibatkan ejaan, bahasa dan kejelasan perlulah ditulis dengan baik.

Permulaan komunikasi terbaik adalah melalui penulisan yang baik. Jadi haruslah dipesan ingat bahawa kerja menulis tidak hadir dari para penulis sahaja. Seghairah mana sekalipun, pernyataan bertulis haruslah tepat dan jelas. Menulis secara kreatif adalah gabungan hal hal asas tadi, ditambah dengan segala luahan perasaan yang menawan dari segi susunan bersih untuk watak, dialog, lokasi, dialek tempatan, bahasa asing, ekspresi lama atau semasa, sinis dan jelas.

Teknik penulisan baharu sudah disentuh sebelum ini. Bukan semua harus menurut undang undang subjek/predikat seperti sistem lama. Namun begitu tidak dapat tidak, kita masih terikat pada hal hal asas penulisan.

Kembali pada soalan siapa yang layak menegur? Editor adalah manusia pertama, pembaca beta terpilih, diikuti oleh pembaca dan guru guru bahasa yang kamu yakini.

Salah besar sekiranya kamu berfikir bahawa Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa pengantar harian itu mudah. Ia antara bahasa yang sistematik dan berpanduan.

Jadi usaha sebelum menulis sebarang luahan haruslah dikaji pantau dua tiga kali!

ANTARA LATIHAN

- Menulis nota harian dengan betul

- tidak lokek waktu untuk menilai meskipu hal hal kecil tentang bahasa

- Gunakan saluran medsos dengan paragraf lengkap tepat

- Peka pada sebarang kosa kata baharu (digunakan kalau sesuai)

- Dengar dengan teliti bicara harian teman teman dan jemahkan sebaiknya dalam penulisan

- Faham akan fungsi tanda kutip dan ayat condong

- Patuh pada hal hal asas seperti nama khas, sendi dekat dan jauh.

- Dilatih secara sebutan dan relevan ejaan

- Tidak segan menggunakan kamus walaupun untuk bahasa ibunda.

Jadi siapa yang layak memberikan panduan menulis untuk kamu yang berego manusia?

- Figura yang kamu percayai

- Sidang editor majalah terpilih

- Carian secara talian

- Guru bahasa

- Kemahuan dan usaha kental sendiri.

-         Kemahuan dan usaha kental sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now