NARATIF - SEDIKIT TIPS

114 3 0
                                    


A spoken or written account of connected events, a story.

Bicara atau rekod tulisan yang menghubungkan kejadian dan cerita. 

--------------------------------------

Sedikit tips untuk para pemula agar tahu kenapa deskripsi penting dalam penceritaan. Apa agaknya logik di sebalik saranan? Berikut adalah beberapa hal yang menyatakan tujuan dasar yang jelas melalui pengalaman sebagai mentor dan editor penulisan.

1. Fokus pada perincian penting:

Jangan hanya dinyatakan bagaimana ia kelihatan, bawa sekali hal seperti bau, bunyi, suasana dan tekstur. Gabungkan dengan aksi, dialog dan gerak watak dalam penceritaan. Jangan hanya sekadar kenyataan dan deskripisi pekan yang dipilih. Sebaliknya mungkin gaya watak memasuki pekan tersebut dan mereka berbicara tentang bau lumpur jalan, suara nyaring sang isteri pemilik gerai, perasaan tentang cuaca hangat atau dingin. Gabungkan semua dengan pemikiran watak, emosi dan masalah. Gerak rasa perlu timbul untuk menjadikan penceritaan hidup

2. Perincian kecil untuk perisa cerita:

Babak mana yang kamu fikir memerlukan perhatian agar misteri mampu dirungkai, mematikan watak pilihan, bunyi letupan dan lain lain. Babak bakak watak pilihan bercakap dengan ibunya? Apakah ia perlu untuk penceritaan kamu? Apakah ia menyerlahkan lagi watak tersebut atau memperlihatkan caranya melihat dunia? Perincian kecil, seperti cuaca atau waktu/jam kejadian, atau mungkin bau suasana juga akan memberi kesan menjadikan cerita kamu lebih baik jika difokus dengan baik. Perincian memastikan penceritaan dan tiap satu babak berkepentingan sebagaimana plot plot besar untuk mengarahkan cerita ke hadapan. Tetapi jangan keterlaluan untuk perincian kecil, mencari keseimbangan sudah memadai. Jangan takut untuk menyatakan perincian kecil agar perceritaan jadi lancar.

3. Mencipta fiksi yang lebih terperinci

Menulis lebih dari sekadar tampilan fizikal dengan karekter. Penting untuk diketahui apakah tampilan watak, begitu juga apa yang difikirkan atau cara gerak mampu meninggalkan kesan pada pembaca. Bayangkan watak Sherlock Holmes – dengan bayangan bahawa dia itu sangat bijak, tidak berapa suka pada orang, dan berperangai seperti penagih dadah.

Ketika membina watak cuba:

- Gunakan aksi watak lain untuk penyampaian informasi. Contoh- "Perbincangan bising jadi diam bila Esmeralda masuk ke ruang diskusi. Semua mata jadi tertumpu padanya"

- Gunakan sejarah sifat untuk mempamirkan kualiti watak: "Nafsunya agak lagenda. Pernah diceritakan bahawa dia mampu makan seekor babi hutan hanya dengan sekali duduk" atau "Dia pernah berdiam diri selama setahun tanpa sebarang cakap panjang, hanya dengan menjawab Ya, Tidak dan geleng kepala sahaja"

- Fokus pada gerak watak daripada bertumpu hanya pada penampilan. Contoh: "Si perempuan bergerak bagaikan seorang penari"

- Jika mahu berbicara tentang penampilan, tidaklah perlu diceritakan semuanya. Pilih bahagian yang ingin dinyatakan – " Victor memang begitu, dia lelaki yang bersedia, jenis yang akan menggosok dua telapak tangannya sebelum memulakan sesuatu. Tangannya sentiasa bersih" (Graham Swift, Last Orders)

Begitulah beberapa tips yang boleh kamu gunakan sebelum kamu meneruskan deskripsi dalam penulisan.

Chew Cheng Yew

British Council.

------------

DIRIAN 

A di dalam segala kegawatan politik, agama, seksualiti dan sosial memilih untuk tidak banyak bicara. Komentar lewat medsos yang dibaca menjadikan dia lebih mengerti kemelut manusia. Kekuda diri dikuatkan, biar tidak goyah. Bukan tidak pernah mereka tertanya tanya akan hubungannya dengan Tuhan, dicuit nafsunya dan cuba untuk menggoda masuk dalam kancah mereka. Sesekali dia tersenyum pada ghairah mereka yang bagaikan dekat dengan Tuhan, dia percaya kemarahan dan debat panas mereka jadi wakil pendirian peribadi yang tidaklah sehebat mana. Baginya mata mereka kabur ada ketikanya buta, bayangkan sahaja lingkung kecil sendiri tidak terbela, wang tidak terurus, masa tidak dihargai, sering telat beralasan, kebersihan bagaikan tidak wujud. Malah lebih sedih, ramai yang terlepas waktu menemui maha ESA berbanding hukum hakam, hadis dan cuplikan bahasa arab yang mereka guna. A tidak mahu jadi mereka, dia bakalan malu!

AKU DAN ZAKIAH

Apa? Kau berbicara tentang keadilan Zakiah dan aku yang dituduh penting diri? Mari aku ceritakan satu persatu. Ayahku hilang dilaut ketika aku 10 tahun, ibu bertungkus lumus membesarkan aku. Mertuaku tidak membenarkan aku lebih waktu bersamanya. Suamiku hilang nyawa di jalanraya sewaktu aku melahirkan. Aku pulang terlewat sehari setelah ibu dikembumikan. Zakiah aku tatang bagaikan minyak nan penuh. Wang Insuran suamiku dikerot kerot sambil meniaga kuih muih, menanti Zakiah setiap dia pulang di pagar sekolah sehingga tingkatan 5. Aku bahagia begitu, tidak peduli dia menemani aku atau aku menemaninya. Berkelah dengan teman teman fikirkan ganas air, keluar bermotor ada jalanraya bahaya, Zakiah ada bila aku ada... Pernah dirungut dia terkurung? Tidak berjodohan? Tidak pernah bukan? Kau risau melihat dia yang tembon bulat sering dipenjuru rumah ini? Makan cukup jiwa bahagia tembonlah dia! Lihat tu dia sering tersenyum sendirian, petanda dia bahagia bersama aku. Dia dan aku, kalau boleh biarlah aku pergi dahulu kerana aku tidak mampu menangani kehilangan lagi.

MALAM MERDEKA

"Haiya... bukan takmau kasi, tapi itu islam islam opis kaciau, gua talak lui mau kasi lia olang makan, 3 ampat pagi ganggu sama lain guest, lu pun takmau naik tulun court!" Ah Hong 63 tahun menolak wang pelanggan bilik Hotel Seing Tiek yang dia syak bukan suami isteri di malam Merdeka.

"Apasal itu Hilton sama Bayview mereka tak rush?" tanya sang lelaki

"Mana gua tau...maybe tak tau chiakap olang putih?"

maybe tak tau chiakap olang putih?"

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
MENULISWo Geschichten leben. Entdecke jetzt