BERCERITA

31 4 0
                                    

BERCERITA

Memilih aksara, mengeja, merangka kata, luahan beriring suara (dialek, sebutan dan tanda bacaan) atau sebarang penekanan.

Kisah kisah yang dibaca, didengari, bersembang, dirasai, dilalui (diri atau orang terdekat) tidak akan pernah meninggalkan kamu. Ajaibnya, kita semua mendengar atau membacanya jika ia menawan. Ditelusuri secara rambang, teliti atau sipi sipi. Ada yang kekal dalam ingatan.

Penulis dewasa tahu di mana garis narsis, mencari pendekatan lembut untuk hal tersebut atau boleh sahaja ditulis apa sahaja jika yakin, mungkin sahaja dilupakan setelah hati bersoal sesama hati, lantas mencari ruang baharu.

Buka semua kisah harus dilapisi rahsia. Ada ketika ceritanya mudah tetapi digarap menarik. Rahsia? Kilas fiksyen? Jika suka apa salahnya? Rahsia rahsia tersebut pula boleh dijawab atau didiamkan jika mahu saat ditanya oleh pembaca. Rahsia yang sensasi boleh dijadikan umpan pancingan di dunia penulisan moden yang semakin komersil.

Bukankah penerangan 3 perenggan di atas sudah menjawab bagaimana mahu menulis untuk menawan hati setiap manusia yang punya hati, beremosi dan prihatin?

Usia dan pengalaman akhirnya jadi pemangkin dahsyat bagi para penulis. Muda? Petengahan? Tua? kita saling mahu terjun dalam usaha mewakili watak watak pilihan protaganis atau antagonis yang difikirkan menyumbang akan kerja fiksyen (yang didoakan mampu memikat sekumplan pembaca).

Apakah kerja kita melibatkan fantasi khayalan semata mata? Mungkin realiti semasa yang bergabung? atau kita mahu membawa pembaca pada hal baharu? Pilihan ada di tangan penulis jika beliau bijak memanipulasi segala yang berada di talam hidup. Mahu bermetafora? mengabadikan apa sahaja? bersinis pada dunia? Lakukanlah... tulislah. Cuba menulis tanpa terlalu mengira jumlah kata, certot atau cerpen? Mungkin boleh dipamir lewat medsos mahu menguji pembaca potensi atau sekadar meluarkan rasa hati, jika malu dikongsi dengan dua tiga teman teman yang kamu percaya demi mendapatkan tindakbalas.

Menulis perlahan lahan membenarkan tinjauan terhadap peka, intelek, sensitiviti nurani... ahh! boleh sahaja jika mahu syok sendiri dalam dunia penulisan yang tidak bertepi.

Gerak hati dan mahu disukai? Terpulang pada diri, sama seperti memasak, ada ketikanya resepi tidak menjadi. Disimpan, dilawati semula dan dibega bega lagi.

Semangat mahu bercerita tidak boleh mati. Saat tercari cari itulah kamu akan menemui resah hati, dibentang tersusun agar difahami.

SELAMAT BERINSPIRASI UNTUK MENULIS ANAK ANAKKU.

SELAMAT BERINSPIRASI UNTUK MENULIS ANAK ANAKKU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now