DUNIA PENULISAN - sewaktu gtlf2018

35 3 0
                                    



DUNIA PERBUKUAN

Bertemu dan berhimpun sesama penulis sewaktu GTLF2018 di Georgetown sangatlah menyenangkan. Banyaklah hal hal penulisan dibicarakan sewaktu santai makan makan, merokok di tepi jalan dan minum.

Kali ini pertemuan bersama penulis prolifik Uthaya Shankar tidak mahu disia siakan. Beliau yang lebih Melayu dari kami anak anak Melayu orangnya sangatlah menyenangkan. Ada imbal balik tentang sifat sifat manusia yang dibicarakan, menyentuh tentang perlahannya gerak membaca di kalangan masyarakat, konflik konflik dalam penulisan cerpen dan artikel. Kisah DBP tentulah ikut serta. Usaha yang berterusan untuk membangunkan semangat menulis di kalangan penulis berbangsa Tamil. Orangnya penuh lucu jenaka tetapi berselirat inspirasi yang mampu membuatkan kita terfikir. Beliau terlibat dalam forum Hate Speech – freedom to hate or freedom to speak? Dan Senjata untuk mereka yang lemah.

Sempat berbicara tentang angin Mok Yong bersama Pauline Fan. Seni pantai timur ini antara yang penting di pihak PUSAKA. Unprotected Text ajuran Phang Khee Tiek di Hikayat Blue penuh dengan tetamu. Penulis memilih untuk menjadi 'santap pembukaan' membaca teks Inggeris sebagai mengalu alukan kedatangan mereka dari jauh. Tamat tepat 12.15 malam.

SN Prof Muhammad Haji Salleh, seperti biasa penuh jelas setiap memberi penerangan tentang alegori teks Hang Tuah dan berkongsi akan sifat James C Scott. Melihat akan sistematisnya dia, mampu membuatkan para pengkarya pemula menyerap akan sifat tersebut.

Izzudin moderator dari Penang Institut sempat duduk sebelum sesi Susah Jadi Melayu? Secara peribadi kami berkongsi banyak hal hal off record tentang menjadi Melayu atau hidup sebagai orang Melayu. Anwar Ibrahim telat waktu, merubah jadual. Dr Azhar Ibrahim dari Singapura yang terlibat menjadi panel dan moderator mengantikan Eddin Khoo sewaktu sengang berbicara tentang sistem di raja. Beliau sangat arif tentang hal hal turunan kerajaan dari Pattani, Gehara, Majlis Raja Raja dan kisah kisah Temenggung... perbualan dicetuskan setelah Prof Latif Kamaluddin merungut mahu mengahwin gadis dari Moscow.

Pulang lewat setelah segalanya, diwawancara oleh Charles dari portal internet. Penulis meminta dia kirim transkripsi dahulu, kerana penulisan tentang seksualiti agak berbahaya kalau tidak dipantau saring...

Penulis sempat menyapa Mbak Leila S. Chudori yang ikut hadir jadi panel dan deklamasi prolog novel baharunya. Bersamanya tentu ada Pak John dari Penerbitan dan Terjemahan Lontar yang sudi membeli Perjalanan di Hikayat book store yang menjadi tulang utama juga untuk festival.

Sewaktu kopi kopi bersama Fahmi Mustaffa dan Rahman Shah, kami banyak menyentuh tentang karya cerpen. Rahman Shah pembaca pelbagai genre novel kini antara editor Cukaria Fixi mempunyai perspektif tersendiri dalam penghasilan cerpen. Kami sama sama ketawa tentang dunia perbukuan Malaysia yang agak lembab dan keliru saat ini. Dramanya akan tetap ada, pasti! Arshia Satar dengan kehangatannya membuatkan kami penulis kecil merasa sangat diterima.

Sesekali kami akan mencuri waktu untuk merokok di tepi pagar sewaktu makan malam dan peluncuran festival. Merungut dengan cara tersendiri akan ambisi penguasa tentang dunia dan negara hijau. Rokok dan pengkarya itu bagaimana ya? Ah... harus bijak menanganinya.

Anthony Chong dan teman temannya yang bisu dan sistem terjemahan sewaktu kasual dan forum mengkagumkan. Mereka kelihatan amat positif sekali. Di sela sela waktu selama 4 hari itu kami akan berlari lari memilih 2 dewan yang dinamakan Heaven dan Earth, berjalan mencari gerai kopi atau santai sahaja menegur mereka yang dikenali serta menjalin pertemanan baharu, berbicara tentang karya mendatang, hal sakit mental dan depresi. Terlalu banyak wajah wajah yang familiar, jadinya kita terasa bagaikan waktu itu amat bakhil. Penulis yang sedar bahawa usia itu menlunturkan ingatan jadi keliru samada itu Deepika Mukherji atau... ahh! Sama wajah mereka tetapi penulis tentulah kenal pada Jo Khukantas aktivis teater Malaysia yang dilabelkan sebagai my fav thespian

Omar Musa yang sudah dua tiga kali hadir jauh dari Australia atas kecintaan pada puisi juga ada, tetapi dia sibuk melatih anak anak muda di bengkel puisi. Tengku Halim yang sempat menyelitkan kisah boikot medsos sewaktu peluncuran The Killing of Nancy Ng... Harith Jamaluddin sang jurugambar yang berkisah tentang pencarian karier dan berahi menjadi pendidik sewaktu kami merokok di hadapan wisma kastam yang bertentangan bangunan UAB, sangat membuka mata. Ya, ada ketikanya kita belajar banyak dari anak anak muda, itu harus diakui.

Dari jauh diperhatikan bagaimana Sharon dan Zedeck Siew mengendalikan gerai dan bagaimana ghairahnya pasangan itu pada penceritaan dan ilustrasi. Ridhuan Saidi yang bercerita tentang Malaysia Baharu di pentas. Penulis merungut lagi bersama Brian Gomez tentang ambisi kawasan merokok. Umapagan Ampikaipakan seperti biasa akan sibuk ke sana sini, cuma sempat melambai tangan. Marc de Faoite yang dari Langkawi sesekali bertegur sapa, Marc antara yang tidak pernah ketinggalan untuk ikut serta saban tahun... dia antara penulis favurit saya!

Sewaktu Fahmi Mustaffa menjamah kuey tiau di bawah pohon ketapang, bersama Ridhuan Saidi dan Azrin Fauzi kami bercerita lagi. Meminta agar dia kembali menulis novel dan Azrin berkisah bagaimana kerja menulis itu harus didahulukan sebelum sebarang hal hal remeh yang lain.

Festival ini begitu menyenangkan penulis. Ralat hanya kerana tidak punya waktu panjang kerana masing masing sibuk menghadiri dan memilih forum.

Sejak awal menyertai festival ini, penulis sering terpanggil untuk berfikir bahawa alangkah bahagianya kalau ada penglibatan secara hangat para pelajar atau anak anak muda. (festival ini sebenarnya terbuka pada sesiapa sahaja). Bermain juga di minda alangkah indahnya kalau festival ini ada di setiap negeri, dengan hal hal logistik dan honor minimal yang sama untuk mereka yang terlibat. Khayalan agar ia boleh dinikmati oleh penulis penulis dari Kuala Lumpur dan serata Malaysia dimatikan,  kembali berpijak bumi memikirkan bagaimana sukarnya melancarkan sesebuah festival, patutlah GTLF di tahun kelmarin dinobatkan sebagai festival literasi yang bertahap dunia...

Buat yang mendukung pada setiap panel dan peluncuran buku, ribuan terima kasih ingin diucapkan. Para AJK majlis yang terdiri dari anak anak muda jasamu dihargai. Terima kasih Mei Chern dan Yasmin Baratham yang sentiasa memastikan perserta selesa.

Kita jumpa lagi di tahun mendatang ya... penuh semangat antisipasi.

THE STATE OF FREEDOM!!!

  25/11/2018Are the arts just bigger closets? GTLF201812

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  25/11/2018
Are the arts just bigger closets? GTLF2018
12.30 tengahari -- 1.30 petang.

Bicara perihal penurunan 2 gambar aktivis LGBT di Pulau Pinang baru baru ini sewaktu GTF2018 dan kesannya terhadap eksitensial sang minoriti.
Seni sejak berzaman sentiasa ada strategi untuk hal hal kewujudan darai/queer, mengekspresi dan meledak sebagai suluh tumpuan. Tanpa suluhan, kita semua akan terconggok dengan bayangan sahaja?

Panelis: Anthony Wong, Lily Jamaludin, Lawrence Wong and Regina Ibrahim.

Moderator: Jac sm Kee.  

MENULISWhere stories live. Discover now