SENSASI DUNIA PENULISAN

44 4 0
                                    

SENSASI DUNIA PENULISAN?

Kamu pasti ingat bagaimana mama bercerita tentang dunia penulisan yang diterjah secara POP setelah kamu menghasilkan karya. Di zaman internet dan hubungan mudah ini mustahil kamu tidak mampu mempromosi atau merungut bahawa kamu jauh dari alat bantu promo. Eksitensial sang pengkarya tidak boleh  disangkal, ia penting.

Bukan mama orangnya yang mahu berpesan atau mengarah kamu bagaimana teknik promosi karya. Saranan satu dua yang biasa-biasa ya mungkin. Kerana di akhir cerita karya yang baik akan tetap berbicara secara sendiri, namun begitu baik seperti manapun karya akan terkubur begitu sahaja sekiranya tidak diuar uarkan secara bijak atau tidak jatuh ke tangan pembaca (Pembaca adalah sasaran akhir dunia perbukuan)

Dunia penulisan yang kecil sajiannya macam macam. Sesekali akan diterima butiran kisah yang lucu dan ada yang membikin mulut jadi terlopong.

1. Pergaduhan setelah reviu di goodreads yang sensasi. (defensif sang penulis, pembaca yang mental dan dendam teman lama)

2. Penantian peminat terhadap penulis yang tidak kunjung tiba (halimunan) di sesi bertemu peminat. Penerbit pura pura menelefon si penulis.

3. Penulis mengupah orang untuk sesi bertemu peminat (due to low self-esteem)

4. Video rakaman sesuatu yang menanti masa untuk diledak

5. Lakonan sakit (barah atau coma) demi meraih simpati dan menjana perhatian pembaca baharu.

6. Penolakan cinta di rumah penerbitan (whoops!). Kisah dalaman

7. Senyap sunyi tanpa royalti pemilik syarikat penerbitan

8. Pergaduhan tentang kulit dan isi buku. Penutupan syarikat yang bermasalah dan kisah kendalian makan duit. Aduh!

9. Karya sensasi atau biasa yang berselindung di balik nama samaran (pembaca jadi teruja). Begitu juga kejadian plagiat yang wow dua tiga tahun lepas (sajak menang/novel seketul seketul)

10. Termasuklah... serangan secara peribadi dan bertulis tentang karya karya indie dari penulis yang merasakan mereka 'mainstream' yang membelai nafsu DBP. Indie dituduh tidak bermoral.

(Maaf, 10 di atas tidak mahu dihuraikan. Menjawab pertanyaan juga saya tidak mahu – jadi jangan cuba ditanya ya...).

Dilihat kembali sebagai gerak manusia penulis beremosi kisah kisah akan muncul jadi isi perbualan bila penulis berkesempatan berkumpul. Ramai yang mengambil jalan selamat hanya untuk tahu sahaja sebagai santapan jiwa.

Dunia penulisan bagaikan aliran sungai yang mengalir dari hulu ke muara untuk masuk ke sungai yang lebih besar atau menyertai lautan. Pertemuan sudah tentu bergabung. Dunia penulisan termasuk dalam kerja kerja seni terbuka dan sudah tentu mampu mengundang pelbagai komentar. (karya kamu bukankah sudah dijual secara terbuka dan dibeli, dimiliki dengan apa cara sekalipun hatta membaca di perpustakaan secara pinjam). Jika ditakdirkan jadi sensasi, sensasilah ia tidak kira isi kandung atau gerak manusia terhadapnya. (sila rujuk paparan kisah KENCING ATAS LUKISAN – kisah lama antara SBJ dan Redza Piyadasa)

Sensasi dilihat sepintas sebagai acara yang bermunculan. Tidaklah mahu disarankan agar kamu ikut serta. Bukan apa, takut nanti dikatakan lebih sudu dari kuah (karya tak sehebat mana sensasi sahaja yang lebih).

Sebelum menculik sensasi, rasanya ada baik ditumpukan pada penghasilan naskah yang berkualiti dahulu. Padu, kalau menurut terma anak anak penulis indie.

Promosikanlah kerja kerja kamu sebaik mungkin, dalam suasana yang matang dan berkelas. Kita bukan lagi berada di tampuk lama bilamana segala tugas uar uaran, penjualan dan pengiklanan ditapuk pada bahu rumah penerbitan sahaja.

MENULISWhere stories live. Discover now