NOVEL SAMPAH?

116 12 6
                                    

NOVEL SAMPAH

Muncul lagi polemik yang membikin para penulis dan pembaca berkicau panas punggung. Ya, benar para penulis manusia sensitif, jika tidak mana mungkin mereka mampu terus berkarya.

Menulis adalah proses menghirup capai apa sahaja di sekeliling lalu diolah menjadi wadah bacaan memikat untuk pembaca yang sudi. Sudi apa? Membayar dan membaca, jika bernasib baik diangkat jadi bacaan nikmat, membuka minda dan berisi.

Secara minima membayar 20 ringgit untuk karya yang tidak mampu dinikmati menjadikan pembaca marah, kemarahan disalurkan secara lisan atau lebih parah melalui medsos, biar hati puas dan lega, sayangnya tanpa tanggung jawab kerana menggunakan nama samaran dan berisi amarah dangkal. Marah pada genre romantika yang kiat plot bagaikan mesin fotostat bak drama yang berskrip sama hanya pelakon berbeza. Begitu juga hal hal dangkal ulangan cinta kasih yang diangkat demi ketebalan novel yang diharapkan jadi adaptasi drama petang petang di siaran TV Malaysia. (Setakat manalah cerita cinta kasih cisgender itu mahu pergi?) Marah benar sang penama samaran yang memuja muji novel dari negara seberang. (Antara sifat azali peminat buku romantik, cinta islamiah dan kasih murni) - beliau mungkin tidak pernah mendengar nama Anas Muhammad, Fahmi Mustaffa, Johan Radzi, Wan Nur Azriq, Shaz Johar dan ramai lagi yang cuba membawa pembaca meneroka sisi sisi manusia dalam penulisan. Inilah padahnya bila pembaca mahu dibelai perasaan tanpa mahu meneroka genre baharu, digalasnya harapan pada penulis genre romantika.

Kisah kenyataan 'novel sampah' sebenarnya bukanlah baharu di negara ini. Ramai pembaca nakal setelah merasa rugi 20 ringgit sudah melakukannya bila sempat berkomentar melalui saluran mereka. Sudah disaksikan pertengakaran di Goodreads, Mukabuku dan Twitter sebelum ini. Mungkin ini akibatnya bila penulis penulis prolifik berdiam diri, senyap sepi.

Bertolak dari hal ini ribut pula para penulis berkisah tentang REVIEW dan ULASAN buku. Ada yang menasihatkan penulis agar jangan meriviu. Tumpukan pada kerja menulis sahaja... kamu fikir itu adil? Bukankah penulis juga merangkap pembaca?

Kita masing masing hadir dari sekolah kehidupan yang berbeza. Paling penting nawaitu dalam dunia PENULISAN itu apa? Selain dari merangkak awalnya mencari ilmu yang macam macam demi aktiviti menulis, kita juga belajar membina etika dan nilai kendiri. Jika kita tidak mereviu karya penulis pemula atau kenalan yang menulis setelah dibaca, apa akan jadi? Dunia perbukuan akan jadi suram. Kerja karya yang baik harus diangkat, biar dunia perbukuan tahu si polan yang berbakat wujud.

Mana ada buku tanpa promosi muncul begitu sahaja? Kecuali novelet pasar gelap Mona Gersang. Harus ingat ia melibatkan pelaburan wang dan usaha.

Memang ada karya yang tidak selari dengan citarasa kita sebagai pembaca, nah... di sini kita belajar lagi mejadi terbuka, ada buku buku yang kita tidak mahu reviu lansung setelah dibaca. Jadi saya kurang senang jika dikatakan 'PENULIS JANGAN MEREVIU' akhirnya dunia kreatif jadi sepi, masing masing bagaikan orang sombong menonong bawa diri.. "Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing," Ini suasana yang tidak sihat.

Kerja kerja percuma mengulas dan meriviu sebaiknya didasari oleh rasa PERCAYA pada bakat penulis tempatan... selama ini yang melintas di medsos jika dari rakan taulan ia disalin dibaiki/edit/tegur secara diplomasi tanpa mencalarkan maruah teman penulis bila perlu... Apa mereka tunggu SN untuk menegur? atau menanti penulis hebat tersohor buka mulut?

Penulisan melibatkan banyak proses saringan. Bila realiti muncul, berapa ramai sahaja penulis rela bertahan? Imbuhan kewangan tidak sebanyak mana, lainlah jika kamu penulis yang komersil tersohor (ini sebenarnya khayalan mulus yang selalu dibayangkan oleh ramai pemula). Sudah dibincangkan di bab awal tentang jumlah pembaca di negara, buku lelong dalam tong, pijam dari perpustakaan, satu buku dibaca bergiliran dan macam macam lagi. Jadi apa salahnya meriviu?

Apa lagi yang tinggal?

Semangat kental jika kamu masih berghairah meneruskan giat menulis. Kepekaan pada nilai kreatif, kualiti meskipun kerja fiksyen, niat baik pulih stail menulis, menilik secara berimbang terhadap pembaca sasaran dan pelbagai elemen lain yang tidak tergambarkan. Dunia kreatif itu luas!

Bagaimana pula dengan pembaca?

Penulis yang merangkap pembaca hanya mampu berharap. Sesekali kita akan disergah oleh karya bernafas baharu, segar, mantap dan dihembus beliung minda. Namun ada pembaca yang terus selesa di takuk pilihan (itu hak mereka yang membayar), mereka yang mudah terhibur, tidak cerewet dan gembira mencerna apa sahaja cerita yang disuap. Pembaca yang rumit dan cerewet adalah mereka yang berfikir, jadi usah membuang waktu beranalisa akan hal tersebut - Hidang pada mereka sesuatu yang menakjubkan.

Ingat, manusia mana sekalipun tidak pernah puas maksimal. Masing masing ternanti nanti akan kejutan. Paling penting niat menulis kamu sekarang berada di tahap mana? Jawablah dengan penuh ketelusan, tanpa perlu diketahui sesiapapun.

NOTA: Kita pernah berkisah tentang 'sifat adil pada sebarang genre penulisan' sebelum ini. Harus ingat, bukan semua teks tentang cinta di negara ini bersifat picisan. Bagaimana kamu melakar cerita jadi taruhan, sama seperti jerat, ada yang mengena dan ada yang sepi terbiar.

Regina Ibrahim akan menemubual Fatimah Busu penulis kondang Malaysia yang berprolifik untuk sesi GTLF 2020 pada 1/10/20. Puan Fatimah pernah menggunakan novel Interlok karya Abdullah dalam reviu/artikel/kajian panjang 'Kewajaran Novel Interlok Sebagai Teks Malaysia".

 Puan Fatimah pernah menggunakan novel Interlok karya Abdullah dalam reviu/artikel/kajian panjang 'Kewajaran Novel Interlok Sebagai Teks Malaysia"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now