MENGEDIT LAGI.

40 5 2
                                    


Tulisan eceran ini ditemui di dinding medsos. Ia mahu bercerita dan mengambil kira suasana terkini Covid-19 perbualan dan perasaan antara pakar psikologi dan klien. Penulis mempunyai isi yang baik dan pandangan, editan dilakukan untuk hal hal redundancy - terlebih dan pemilihan ayat mudah. Kerap terjadi penulis pemula takut pembaca tidak faham. 

Perhatikan tulisan asal dan editan dalam nada bold di bawah.

EDITAN TULISAN: Mohd Rashidi Bin Radzali

--------------------------------

KERJA TULISAN ASAL & kerja editan.

Suasana bilik itu agak lain, berbeza dari apa yang dia pernah bayangkan sebelum ini. Bilik itu merupakan sebuah bilik kecil biasa, tanpa meja pejabat yang agak sederhana dan bersepah dengan buku-buku dan juga kertas-kertas mencatat nota. Bilik itu juga tiada sofa mewah, ataupun sofa biasa yang berpatutan. Bilik itu cuma semata-mata mempunyai sebuah meja sebesar meja guru kelas, dua kerusi yang disusun secara bertentangan dan mempunyai meja di tengah-tengahnya dan juga rak buku yang sederhana, tidak sebesar atau himpunan rak-rak buku yang penuh dengan buku seperti yang dibayangkannya dalam filem Good Will Hunting. Bilik itu juga menurut perhitungannya, besar sedikit daripada bilik Professor Sean Maguire. Mungkin sebab susunannya yang kemas dan tersusun rapi, tidak seperti bilik Prof Sean yang dilihatnya di dalam filem Good Will Hunting yang agak berselerak sedikit. Mungkin juga sebab dia selalu menonton filem-filem yang mempunyai babak di dalam bilik kaunseling ataupun bilik ahli psikologi, dia mudah membayangkan sebuah bilik yang mempunyai sofa, meja yang agak besar dipadankan dengan kerusi yang agak mewah, serta rak buku yang besar dipenuhi oleh buku-buku terletak di hujung bilik. Ah, itu semua kan babak di dalam filem Inggeris, getus hatinya.

Bilik itu menurut perhitungannya, besar sedikit berbanding bilik Professor Sean Maguire. Mungkin sebab susunannya yang kemas dan rapi, tidak seperti bilik Prof Sean yang ditontonnya dalam filem Good Will Hunting yang agak berselerak sedikit. Mungkin juga terlalu kerap menonton filem-filem yang berlatar babak bilik kaunseling, bilik pakar psikologi, mindanya terjurus membayangkan sebuah bilik yang bersofa, meja gedabak kukuh dipadan pula dengan kerusi mewah didampingi rak buku besar dibarisi oleh buku-buku di hujung bilik. Ah! Itu semua kan babak di dalam filem Inggeris, hatinya menjawab sendirian. 

Bilik kaunseling di Malaysia ini pasti berbeza.

"Maaflah, bilik ini tiada sofa. Terus terang, kami sebenarnya tidak mempunyai dana untuk menghias bilik semewah bilik-bilik yang kerap ditunjukkan di dalam filem. Namun, jika klien memerlukan sebuah tempat yang selesa, kami selalunya akan menggunakan sebuah bilik kaunseling bersebelahan dengan wad psikiatri di tingkat atas".

"Oh, it's okay. Saya pun mungkin sudah terbiasa dengan menonton filem, jadi dia macam rasa perlu untuk lihat benda atau suasana yang familiar supaya tak rasa gugup dan gementar sangat".

"It's okay. Lagipun ini baru sesi pertama. Tak perlu untuk bersusah payah bercerita apa yang awak sedang hadapi. Let's think about this. Apa kata kita cuma berborak sahaja, sementara awak sedang menyesuaikan diri dengan segala situasi ini. Apabila awak sudah bersedia untuk bercerita, kita akan mulakan proses kaunseling kita, okay?"

"Ok baik puan".

"Just call me Kat, short for Katrina. So, just tell me about yourself, atau anything yang awak nak cerita, just cerita ok".


Dia memandang muka ahli psikologi tersebut, terpinga-pinga. Badannya yang sebelum ini agak tegang, mula dilonggarkan dan ditenangkan. Dia menyandarkan badannya ke kerusi, sambil menghela nafas dengan perlahan, cuba untuk menyusun kata-kata yang ingin diluahkan.

MENULISWhere stories live. Discover now