BEST TAK KARYA DIA?

48 1 0
                                    

BEST TAK BEST KARYA DIA?

Sekadar meminjam lantunan bahasa jalanan anak anak muda Malaysia. Best tak? Sukar untuk dijawab. Di negara dan dunia penulisan yang kecil ini bahu akan saling bersentuhan. Awal awal lagi diri dipesan bahawa kata kata harus dijaga. Mengkritik berpada pada.

Sebagai manusia yang menulis juga membaca kita tidaklah mahu mendorong diri untuk jadi pengkritik lancang dan sensasi. Sungguhpun ada buku diserahkan untuk tujuan reviu. Pembahagian genre terbitan yang wujud menyukarkan lagi nilaian pada setiap karya yang dicetak. Atau kita hanya mahu memberikan sepatah dua kata untuk mendukung teman penulis.

Mana mungkin secara lancang kita menggunakan landasan sebagai penulis untuk mengatakan karya orang lain sebagai SS (syok sendiri) dan melatah/defensif pula bila karya kita dikritik. (dikatakan pula itu adalah dendam...). Allahuakbar! Dibuatnya itu buku yang dicetak sendiri tanpa melalui proses rumah penerbitan... lagilah parah. Berperang!

Dari tahun ke tahun buku masih dihasilkan untuk tujuan dagang dan menjulang nilai sastera. Itu belum termasuk tulisan mengenai biografi para pengasas produk, orang orang besar yang merasakan diri mereka harus dan layak dikenali. Buku buku motivasi dan buku buku agama juga masih diterbitkan bagi meleraikan jiwa mencari ilmu sang pembaca.

Roslan Jomel dalam artikel yang diterbitkan oleh SelangorKini memperjelaskan lagi dunia kritikan buku Malaysia: "Setelah membaca esei Dicari: Krtik(us) Sastra Indonesia dari buku Politik Sastera karangan Saut Situmorang, jelaslah ada perbezaan besar memisahkan antara kritikan sastera dengan tulisan-tulisan apresiasi dan ulasan. Secara ringkas, itulah batasan takrifannya. Tidak semua penulis membicarakan karya sastera di akhbar atau majalah dianggap kritikus sastera berautentik. Seorang pengarang fiksyen menulis tentang sepak terajang permasalahan dunia sastera dalam esei, tidak semestinya karangan yang dihasilkan itu diistilahkan sebagai kritikan. Bahkan ruangan Kritikan Cerpen dalam majalah seumpama Dewan Sastera belumlah layak sepenuhnya dijadikan contoh kritikan sempurna sebagai rujukan."

Kembali pada soalan asas 'best tak buku dia?" saya fikir buat masa ini sukar untuk dijawab. Mungkin boleh dibicarakan secara peribadi/lisan dan tidak layak untuk dipamir di sesawang interent atau dicetak. Lainlah sekiranya hanya membabitkan senarai pujian melulu.

Dalam artikel yang sama dilampirkan kenyataan SN Muhammad Haji Salleh menyatakan, "seorang kritikawan yang baik, adalah seorang yang benar-benar teliti dan menyeluruh dalam menurunkan kesannya terhadap sesebuah karya, daripada seluruh peribadinya: akal, emosi, pengetahuan dan sebagainya, kerana sesebuah karya sastera itu adalah hasil daripada keseluruhan manusia penulis, penuh dengan kompleksiti dan paradoks yang terdapat dalam hidup tiap-tiap manusia."

Memang benar ada buku buku yang dirasakan tidak berisi apa apa menjadi bestseller (ini hanyalah pendapat) dan ia tidak memberi lesen padu pada kita untuk mengkritik berhelai helai. Kerana di hujung proses penerbitan, jaya diukur melalui graf jumlah cetakan dan jualan. Kamu pasti sudah pernah mendengar kisah bagaimana reviu baik dari komunitas perbukuan tidak menjanjikan apa apa.

"Selagi buku tidak jatuh ke tangan pembaca dan dinikmati, ia tidak membawa makna," pendapat yang sering didengari.

Kritik dan Reviu sebenarnya kekal subjektif kerana:

1. Membaca dianggap hiburan seronok semata mata?

2. Bacaan yang diharapkan dapat menambah ilmu?

3. Tahap pemahaman dan apresiasi sastera pembaca?

4. Stail peribadi penulisan yang diminati atau dibenci?

5. Isi kandung yang kebetulan dekat dengan si pembaca? Cannot relate?

6. Persoalan yang terbuka atau tamat berkesimpulan yang dimahukan?

Jelasnya mengkritik boleh hadir dari pelbagai sudut. Tidak adil untuk diukur secara peribadi (ikut nafsu si tukang kritik). Jadi penjelasan di atas melalui lidah Roslan Jomel dan SN Mohammad Haji Salleh saya kira tepat dan boleh diteliti secara mendalam.

Mengambil jalan mudah buat masa ini, hanya disentuh akan hal hal biasa sahaja melibatkan kata puji sekiranya menarik, bentuk font, isi cerita, hias kulit dan cadangan, sekali sekala mungkin akan terbaca ulasan ringkas di situs goodreads (yang adakalanya nakal ringan) atau mungkin artikel kurang 1000 ayat berkata akan hal yang baik baik pada sesetengah karya atau langkah mudah menjawab tentang best tak best hanyalah dengan mengatakan, "not bad at all... bacalah... belilah!"

Kalau dahulu para pelajar universiti mengangkat buku buku hebat untuk dijadikan karya analisa dan dicetak sewaktu pengajian: Misalnya... perspektif RSJ dan Banggol Derdap atau Falsafah Salina dalam konteks moden... kini ia mungkin tidak wujud lagi.

NOTA: sebagai penulis, artikel kritikan masih dibaca. Dicelahnya suka atau tidak akan terselit beberapa rahsia. Penulis juga percaya bahawa dunia yang sedia subjektif ini akan sentiasa kabur sama seperti kita membaca puisi dan cerpen cerpen eceran setelah itu kita semakin bermain selamat bila ditanya, "best ke tak best?"

"Minggu ini penulis gembira kerana sudah membaca 2 artikel hebat dan padu, sifatnya langsung dan berinformasi tulisan Ku Seman Ku Hussien, wartawan kondang Malaysia yang belajar secara self taught. Artikel tentang ITBM dan Penghargaan Editor Buku, best sangat...," 

Buku di atas sudah pasti dihasilkan dengan harapan ia memberi pengertian

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Buku di atas sudah pasti dihasilkan dengan harapan ia memberi pengertian. AKU dan RASA sudah mendapat tempat di kalangan pembaca fixi, juga diberikan reviu yang tidak berat sebelah. Manakala Manusia (tidak boleh dipuja puji sangat kerana itu kerja gabung penulis dan Fahmi Mustaffa yang berbakat - memiliki falsafah yang hampir sama terhadap dunia penulisan)

MENULISOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz