GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018

45 3 1
                                    



GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2018

Berlangsung dengan jayanya pada 22hb sehingga 25hb November 2018. Membawa bersama wacana wacana menarik sepanjang 4 hari di Georgetown. Dari pertandingan puisi – bengkel bengkel penulisan – tayangan filem sehingga forum berpanel pelbagai tajuk tajuk penting selaras dengan tema tahun ini The State of Freedom.

Para pengkarya sudah berkumpul pada 22hb malam di Cheah Kongsi untuk berinteraksi dalam jamuan makan malam yang membahagiakan. Bertemu kembali dalam suasana aman beriring makanan lazat dan bicara santai. Para moderator dan penulis penulis, Pauline Fan, Uthaya Shankar, Deepeka Mukerjee, SN Prof Mohd Haji Salleh, Amir Muhammad, John Lontar, Marc De fointe,  Arshia Satar, Rahman Shah, Azhar Ibrahim, Beth Yap, Carlo Pizzati, Sharaad Kutan, Brian Gomez, Ivan Coyote, Jerome Bouchand, Leila S. Chudori dan ramai lagi. Tepat 1030 malam beredar ke Hikayat untuk bacaan Unprotected Text, penulis memilih untuk menjadi pembuka acara.

Festival kali ini merupakan tahun akhir kelolaan Pengarah Festival Bernice Chauly dan ahli jawatankuasa majlis. Festival dilancarkan di Cheah Kongsi pada malam 23hb November dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow. Saudara Anwar Fazal ikut bercerita serba sedikit tentang kehebatan Bandar Georgetown yang bersejarah literari, kemudahan cetak sedia ada diikuti oleh persembahan kebudayaan.

Bengkel dan wacana harus dipilih secara berhati hati oleh para perserta sepanjang 4 hari kerana tiap satu amat menarik, penting dan bertindih acaranya. Penulis hanya terlibat sebagai ahli panel dalam 2 forum penting melibatkan seksualiti dan sosial, selainnya hanyalah menghadiri kumpulan deklamasi dan ikut serta forum tentang negara, Malaysia baharu, susah jadi Melayu, senjata mereka yang lemah, bengkel terjemahan dan palancaran buku Nooraini Mydin.

Kesempatan pertemuan dengan para penulis dan aktivis dari seluruh dunia dan sekitara Asia dimanafaatkan sebaik mungkin kali ini. Melangsungkan jala kerjasama @net-working sesama dan bertukar tukar informasi sebelum turun ke acara sebenar (meskipun tidak hadir akibat tindihan waktu). Berbicara secara peribadi akan wawancara bersama Anwar Ibrahim yang hadi pada 24hb sejam terlewat dari waktu yang ditetapkan kerana tundaan waktu penerbangan dari Bangkok.

Mustahil untuk menghadiri semua lebih kurang 70 acara yang dilangsungkan. Festival kali ini juga melibatkan mereka yang kurang upaya. Mendedahkan pada umum bahawa bahasa isyarat itu sangat penting dalam hebahan ilmu manusia.

Namun festival ini dilihat sebagai sesuatu yang sangat bermakna, kerana sebijak mana penulis itu bekerja secara sendirian, pendedahan pada hal hal dunia penulisan dan kejadian sosial tradisi dan mendatang akan mampu memantapkan lagi penulisan masing masing. Ianya bukanlah medan untuk menunjukan taring, tetapi ruang untuk berinteraksi, menemukan solusi, bertemu pembaca, mencerap ilmu baharu dan mungkin juga memberi/berkongsi penerangan secara tidak langsung.

Sebagai penulis, besarlah harapan agar setiap negeri di Malaysia menilai festival ini dan diemulasikan di peringkat negeri masing masing, demi mewujudkan tambahan jumlah pembaca dan menjadikan bidang perbukuan tempatan lebih menarik. Hal hal cetakan buku, edaran dan teknik berkongsi informasi perkembangan manusia, membaik pulih sistem lama dan sama sama bergabung minda pada sesuatu yang lebih mantap di waktu akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga pada Bernice Chauly yang sudah berusaha selama ini, didoakan pada kecemerlangan beliau di waktu mendatang.

Festival seperti biasa ditamatkan santai di China House Lebuh Victoria dengan deklamasi puisi dan muzik oleh Brian Gomez. Semoga festival literari Georgetown dikekalkan dan menjadi acara yang dinanti nantikan oleh penulis pemula dan para pelajar sastera tempatan di Pulau Pinang.


NOTA: Penulis sejak tahun 2014 sudah meluncurkan debut novel, antologi cerpen, Delima, Budiman dan kali ini hanya membuat bacaan cuplikan novel terbaharu bersama fixi, MANUSIA. novel yang sepatutnya diluncurkan mengalami masalah teknikal dan hanya akan dipasarkan di hujung Januari.

 novel yang sepatutnya diluncurkan mengalami masalah teknikal dan hanya akan dipasarkan di hujung Januari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now