EDIT FIKSYEN. APA YANG DIEDIT?

45 1 0
                                    

Kita akan saling belajar. Proses menulis dan editan yang selalu terjadi dalam dunia penulisan. Melalui contoh editan mudah ini diharapkan anak anak dapat melihat bagaimana pentingnya tanda bacaan, pengurangan kata ulangan dan buangan pada kosa kata tidak penting.

Berikut adalah contoh fiksyen yang menggunakan POV- Aku

-------------

CONTOH ASAL TULISAN:

M.A Faisal - Bayangan Hitam 2

Aku kembali ke dalam bilik aku. Suara wanita menjerit masih kedengaran dari bilik rawatan. Aku kembali menyambung kerja-kerja mengecam orang di laman sosial.

Sedang aku tersengih-sengih melayan reaksi mangsa kecamanku, suhu bilik tiba-tiba terasa begitu dingin sehingga aku menggeletar kesejukan. Aku matikan penghawa dingin, namun keadaan tetap sama.

"Apahal pula sejuk sangat ni, ke aku nak demam." Aku meletakkan belakang tangan ke dahi. Tak panas pun. Aku kena keluar dari bilik ni, boleh mati beku kalau terus duduk dalam bilik ini.

Langkahanku terhenti apabila aku ternampak satu lembaga dengan susuk tubuh manusia yang memakai jubah berwarna hitam. Wajahnya terlindung oleh kerudung hitam dipakainya.

"Eh! Tak jadi pula nak berak," kataku dan kembali duduk di atas kerusi aku. Aku berpura-pura tidak nampak lembaga berjubah hitam di depan pintu itu.

"Tak perlu nak berpura-pura, aku tahu kau nampak aku." Individu misteri itu bersuara. Suaranya garau dan dalam macam suara Optimus Prime.

Aku mendecit, lahanat betul! Dia tahu pula aku boleh nampak dia.

"A... Apa k... kau nak?"soalku tergagap-gagap. Aku menundukkan pandangan, bimbang dia tunjuk muka hodoh, tak pasal-pasal aku sawan berbuih mulut dekat sini.

"Pandang aku dulu."

"Apa hal nak kena pandang kau, aku boleh saja dengar apa kau nak cakap."

"Pandang sahajalah, aku benci nak bercakap dengan orang yang tundukkan pandangan macam kau tu."

"Banyak cengkadak kau ni, cakap sahajalah, kalau tak nak cakap kau boleh berambus." Aku mula meradang.

"Kalau macam tu, aku tetap berdiri dekat sini,"

Aku merengus. Kalau dia terus berdiri di situ macam mana aku nak keluar, sudahlah suhu dalam bilik ni sejuk gila. Aku pun dah mula rasa nak terkencing ni. Aku kepitkan kaki untuk menahan rasa nak terkencing. Nampaknya aku tak ada pilihan selain daripada mengikuti kehendak lembaga berkerudung hitam itu.

Aku mengangkat muka perlahan-lahan, pandangan mata aku serongkan ke arah lain. "Cepatlah cakap apa kau nak, aku nak terkucil ni."

" Aku nak kau tolong perempuan kena rasuk tu."

"Apa hal pula aku kena tolong?"

" Kalau kau tak nak tolong, perempuan tu akan mati."

"Minta tolong aku buat apa? Apa aku boleh buat?"

"Kau ada kebolehan berinteraksi dengan makhluk alam ghaib, hanya kau boleh buat."

Aku mengeluh. "Aku tak suka kebolehan ni dan aku tak nak ada kena mengena dengan alam ghaib ni semua."

"Kalau macam tu, perempuan tu akan mati." Lembaga itu terus menghilangkan diri sebaik sahaja dia habis berbicara.

Suhu di bilik aku kembali seperti sediakala. Suhu kembali normal. Aku menghidupkan kembali penghawa dingin.

"Eh! Nak terkucil pula!" Aku segera berlari keluar dari bilik.

CONTOH EDITAN:

M.A Faisal - Bayangan Hitam 2

MENULISWhere stories live. Discover now