MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?

71 6 0
                                    

GIAT MEMBACA: MALAS MEMBACA TAPI MAHU MENULIS?

Ramai pemula ghairah mahu menulis tetapi, terang terangan mengatakan bahawa dia MALAS membaca.

Polos ingin dikatakan bahawa ia sesuatu yang mustahil. Penulis haruslah menjadi pembaca (Tidak kira dalam kapasitas apa sekalipun - lebih baik jika dia Pembaca Tegar).

Bahan bacaan dirungut mahal? Eh! ada caranya... Pusat Sumber? Ahli Perpustakaan? E-book percuma? Pasar karat? Kedai buku terpakai? - Pinjam dari kawan? - pilihan sebenarnya tidak bertepi.

Semangat peribadi yang buruk tersebut harus dibaik pulih dahulu.

-----------------------------

Membaca untuk menulis tujuannya untuk memangkin skil analisa dan kemampuan untuk penulis berhubung dengan suara dalaman sendiri. Semua sudah dibincangkan dalam MODULE RUBRIC C Latihan menulis ( Ada sesawang ilmu percuma tentang ini, sila cari dan baca)

"Latih otot penulisan setiap hari, meskipun satu huruf, nota pendek, tajuk, lakaran watak, masukan jurnal. Penulis sama seperti penari, ahli sukan. Tanpa latihan, otot otot akan mengecut" menurut Jan Yolen pakar Module Rubric C.

Bukankah menulis itu sejenis proses yang diperkuatkan demi capaian hal seperti perkongsian ilmu@cerita mantap tentang kemahiran dan keyakinan sebagai penulis yang berjaya. Tulisan hakikatnya harus mampu dinikmati oleh pelbagai lapisan manusia dan berhala tuju menyebarkan idea dan emosi dilapisi oleh kuasa dan ketepatan maklumat.

Jadi diulangi lagi soalan: Bolehkah menulis buku tanpa membaca?

Terus membaca; terus menulis; dan terus mencari buku buku yang terkait dengan isi/ruang/lingkung yang sedang kamu kerjakan - kerana ia proses yang paling membantu secara tidak langsung. Mana mungkin kamu menjadi penulis yang baik tanpa membaca, tetapi sebaik kamu mula membaca, tidak kiralah samada membaca sedikit, kamu sedang menuju ke arah yang betul.

Terus terang tidak pernah ditemui penulis hebat yang tidak membaca.

Penerangannya begini:

- Penulis diwajibkan bijak memilih kata dan membentuk ayat untuk kerja menulis.

- Mencari kata kata indah/berkesan/ampuh/padu kamu harus membaca tulisan penulis dan buku hebat.

- Kemudiannya kamu harus merangka suara dalam penulisan secara peribadi. Tahukan kamu setiap penulis membawa bersama nilai suara hati mereka secara peribadi?

- Dalam proses mencari suara dalaman, kamu harus kenal dan melatih kerja mental tentang suara hati penulis penulis lain.

- Atas dasar dasar di atas kamu harus membaca, maksudnya membaca dalam kadar yang banyak.

Jadi jawapan mudah dan telus: Adalah tidak masuk akal untuk menulis tanpa membaca (paling tidak melihat teliti modul penulisan piawai sedia ada - meskipun kamu bercita cita untuk tampil berbeza - inilah saatnya kamu mengkaji perbezaan apa yang mahu dihulurkan pada warga pembaca).

Kesimpulan: Untuk jadi penulis kamu harus membaca. Jadi mulakan sekarang (novel pilihan, buku akademik demi kajian, ruang editorial hatta risalah risalah yang berjujuk kesalahan tatabahasa sekalipun).

----------------------------------------------------------

5 TIPS JIKA MALAS MEMBACA:

- Sehari selembar benang lama lama.... hanya 60 minit diperlukan untuk satu halaman buku.

- Di zaman medsos, mulakan harimu dengan membaca naskah fizikal (cetak, akbar, ruang editorial) sebelum mula melangkah digoda oleh laman dan muatnaik sosial di medsos. Penting untuk janaan sifat membaca.

- Gabungkan sifat membaca dengann habit sedia ada. Membaca sambil minum kopi? membaca saat menanti pengangkutan? membaca sewaktu menanti....

- Boleh juga dicuba untuk mendengar buku buku audio. Mungkin kamu lebih menyerap suara dari aksara?

- Sifat BENCI pada buku haruslah dianjak jadi CINTA.

- Sifat BENCI pada buku haruslah dianjak jadi CINTA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


NOTA: Secara peribadi saya menganggap diri sebagai pemalas bila dibandingkan dengan penulis penulis lain. Saat muda suka pada dunia hiburan, baca apa sahaja majalah hiburan. Saat menjelang remaja teruja pada bahan bahan berahi (which is normal) dicari dibaca, kemudian teruja pula mahu tahu apalah isi buku yang dikatakan bestseller. Berada pula di hadapan murid murid sekolah, nyatanya saya harus lebih bijak dari mereka kerana mahu berkongsi ilmu....(masih membaca buku buku seronok dan skema) dan tidak pernah berminat dengan buku buku sastera langka (mungkin hingga kini, sambil berdoa agar ia berubah setelah berkali kali mencuba) - di titik ini saya lebih gemar membaca karya anak muda tempatan yang progresif dan luar dari kotak. Kenapa saya berani membuat reviu dan memberi panduan pada kamu semua? Ya! Jawapannya kerana sudah diserap banyak ilmu ilmu penting tentang penulisan (bunyinya sangat angkuh dan saya tidak suka akan hal sedemikian). Klise jika berterusan mengatakan: Membaca itu jambatan ilmu....

SELAMAT MEMBACA WAHAI ANAK ANAK.... 

Pic: saat bersama Ayu Utami dan 2 lagi panel dari Indonesia di Shah Alam untuk sesi tentang Perempuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pic: saat bersama Ayu Utami dan 2 lagi panel dari Indonesia di Shah Alam untuk sesi tentang Perempuan... Yang Berani Hidup.

MENULISWhere stories live. Discover now