ONE TWO JAGA

106 4 0
                                    

ONE TWO JAGA

Ini bukan reviu filem.

Membawa pengulangan fenomena lama dunia seni. One Two Jaga Filem yang dipuji oleh ramai peminat filem tegar. Kali ini tidak seperti nasib filem filem berkualiti yang juga kurang kutipannya di pertengahan tahun 2 ribuan (fikirkan Sepet, Mualaf, Adiwiraku, Hanyut, The Journey)

One Two Jaga – Crossroad harus berbangga mendapat dukungan yang baik dari anak anak muda melalui tularan di medsos. Ada yang memilih untuk berterusan menguar-uarkan kebagusannya melalui mukabuku, IG dan tweet. Kita melihat kesedaran yang bangkit dan sambutan yang masih tidak dihulurkan pada tayangan yang sedang berjalan sebagai sesuatu yang sedih, namun sedih lagi bagi Bront Palare, Namron dan pasukan mereka.

Menonton filem mana boleh dipaksa bukan?

Menonton di alaf baharu tidak lagi murah, kita tidak mahu berbicara tentang hal itu lagi (hal penafian ekonomi). 10 pawagam setelah 4 hari tayangan sudah menyatakan pemberhentian tayangan kerana tidak mendapat sambutan. Orang berdagang mana yang mahu rugi?

One Two Jaga yang pada asal trailer pancingannya membayangkan bagai filem imigran orang Acheh (ada Zaidi Omar dan Sofea Jane), bertukar pantas di awal tahun menjadi filem imigran Indonesia secara tiba tiba membariskan (Ario Bayu, Amerul Affendi, Vanidah Imran) sudah dibawa ke luar negara untuk festival sebelum ditayangkan pada awal September 2018 di Malaysia.

Sebelumnya 2 filem tempatan yakni HKL dan Munafik2 masing masing mendapat taraf kutipan Box Office. Begitu juga kritik kritik pedas yang dipaparkan oleh peminat filem untuk dua filem tersebut. Pendapat jadi bergabung tidak sedap, terlupa bahawa HKL dan Munafik2 secara pop sudah mengumpul peminat yang kemaruk dan dahaga menanti. Jadi apabila One Two Jaga muncul di hujung, dikatakan berkualiti, pemilik dompet jadi agak skeptikal.

Fenomena tidak mendapat sambutan ini memberi gambaran bahawa penonton di rantau Asia masih lagi mahukan hal hal seronok, kelip kelap menghiburkan sahaja. Sama seperti isu di tahun 80an yang sudah berpuluh puluh kali dibincangkan, siapalah yang mahu membayar dan pulang menggalas fikiran berat tentang ketidakadilan dunia. Orang seperti penulis sudah tentu merasa kecewa dalam diam, memikirkan kemana arah tuju kerja kerja seni, paparan realiti secara bijaksana dan falsafah yang tidak sampai.

Di sela sela keserabutan tentang kualiti dan nilai filem kita harus ingat:

1. Ada penonton akan tonton apa sahaja filem yang ditayangkan

2. Penonton menonton filem luar sahaja kerana hilang percaya

3. Penonton  tidak menonton di pawagam langsung hanya tv

4. Penonton licik mencari portal percuma lewat internet

5. Penonton ternanti nanti, menonton dan mereviu

6. Manusia yang tidak ada waktu menonton langsung (tak nampak nikmat)

Bukanlah hal mudah untuk mengangguk bersetuju bahawa orang kita hanya mahukan Gergar Vaganza, Raja Lawak Bersiri, AJL tahunan, majlis majlis anugerah gemerlapan, siri drama wajah tampan cantik dan apa sahaja termasuk tularan video bangang membikin hati jadi sangat gundah. Kita tenangkan hati mengatakan bahawa ada orang ditakdirkan jadi MUDAH TERHIBUR.

Penonton Malaysia tak kuat sendi
Industri filem menjadi malang
Sungguh berbakat Amerul Affendi
Wajah juga dipuji orang 
 

Saya kira team One Two Jaga sangat mengerti akan susuran ini. Apa yang penting mereka percaya pada produk yang membawa falsafah manusia (tidak seperti dua tiga produksi lokal yang gagal terus baik dari estitika, syok sendiri, salah guna dana dan macam macam – tidak perlu disebut tajuk tajuknya). Semangat mahu melahirkan produk berkualiti yang paling tidak mampu difahami oleh penduduk serantau Asia, boleh mewakili negara ke festival saya kira sangatlah murni dan harus ditabik hormat.

Aras kutipan penting untuk peniaga. Penonton yang tidak bersedia secara mental sejak dulu. Laras masa untuk pawagam. Budaya melihat karya tempatan sebagai lekeh. Kita sama sama berdoa agar ada remedi yang mampu mengubatinya.

NOTA: Penulis menonton di Prangin Mall dengan 7 orang lain (bukan hal baharu) dan sudah memberi 5 bintang untuk tie in novel One Two Jaga tulisah Shahidzan Salleh di goodreads. Naskahnya sangat hebat. Reviu boleh dibaca melalui paparan Zaim Yusoff, Rahmah Shah atau boleh saja ketik #onetwojaga

 Reviu boleh dibaca melalui paparan Zaim Yusoff, Rahmah Shah atau boleh saja ketik #onetwojaga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now