TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI

39 3 2
                                    

TIDAK SALAH TAPI BOLEH DIBAIKI.

CUPLIKAN yang diambil dari muatnaik di medsos. JANGAN dianggap hinaan, kerana ia proses pembelajaran. Ruang ini akan ditambah dari waktu ke waktu: (baik pulih dalam ayat condong).

----------------------------------------

Malam itu, dengan gaun separas lutut rona biru muda itu aku berjalan melewati lorong yang penuh dengan manusia dengan rutinnya sendiri. Ada yang lagi duduk menghisap rokok, ada yang lagi tiduran. Serta ada juga yang bercumbuan di situ.

(baris satu dan dua: kata DENGAN membuat ia tidak sedap - awas dengan kata 'rutin')

Malam itu, dengan gaun separas lutut rona biru muda itu aku berjalan melewati lorong yang penuh sesak manusia beraktivitas sendiri. Ada yang lagi duduk-duduk santai menghisap rokok, ada yang tidur. Malah yang bercumbuan juga ada...

Aku tetap melangkah. Segaris senyuman aku pamirkan buat tatapan mata-mata di situ. Aku rasakan malam ini sama seperti malam ketika keperawananku dihancurkan. Pedih, sakit dan kecewa. Adunan perasaan itu buatkan aku tiada kudrat untuk melangkah.

(Perhatikan 3 AKU di atas... bagaimana mahu dikurangkan? di bawah contoh tanpa aku langsung dipakai)

Kaki tetap melangkah. Segaris senyuman paling manis dipamirkan untuk tatapan. Rasanya sama sahaja seperti malam saat keperawananku direnggut. Pedih, sakit serta kecewa. Adunannya mampu menjadikan langkah lemah tidak berkudrat.

Ya, aku di sini. Menjadi wanita yang berdagang tubuhnya demi sesuap nasi. Bunyinya keji diperdengaran orang berkelas seperti kamu. Tapi... kau harus tahu. Tuhan sudah merencanakan semua ini. Manusia ini tidak diciptakan Tuhan untuk menelusuri takdir yang serupa. Kita ini berbeza.

(penutup harus mantap dan ringkas)

Ya, aku kekal di sini. Jadi perempuan berdagang tubuh demi sesuap nasi. Bunyinya tetaplah keji di kuping orang berkelas sepertimu. Tetapi, kau harus sedar bahawa Tuhan perencana segala. Manusia tidak pernah diciptakanNYA untuk bertakdir serupa. Jelasnya kita berbeza.

Jujur aku katakan, aku penat untuk terus jadi mainan Tuhan yang perlu harungi jerih payah. Dalam erti kata lain, aku sudah berputus asa.

(tiga aku... kurangkan jadi 2 atau 1?)

Jujur kukatakan, rasa penat jadi caturan Tuhan yang bersalut jerih. Kau sendiri mengerti aku manusia putus asa.

----------------------------

Sebaik sahaja aku menyalakan lampu dapur, makhluk itu memunculkan diri. Aku memasuki dapur meskipun seram sejuk. Sorot mataku memerhatikan kelibatnya. Ia memandangku.

Aku mencapai cawan dan segera membancuh kopi. Dalam hati berdoa, janganlah ia terbang. Se..rammm..Segera ku siapkan kopi dan keluar dari dapur.

Seekor lipas memang menakutkan!

Sebaik sahaja lampu dapur dinyalakan, makhluk itu memunculkan diri. Aku menguatkan semangat meskipun seram sejuk. Diam diam kusorot mata melihat kelibatnya. Ia juga memandangku.

Cawan kucapai dan segera membancuh kopi. Hati berdoa agar ia tidak terbang. Se..rammm.. cepat cepat kopi panas diangkat keluar dari dapur.

Seekor lipas memang menakutkan!

------------------

Dengan rempuhan nan kuat, terpongkah pintu bilik yang terkunci rapat itu. Tersentak Shira dan kekasihnya yang sedang berpelukan di atas katil. Si ayah berdiri di pintu nan tebuka luas, menggeletar menahan amarah. Shira hanya bercelana dalam, sedang kekasihnya terbaring tanpa seurat benang pun.

MENULISWhere stories live. Discover now