BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN PEMULA.

108 2 0
                                    

BAIK PULIH TEKNIK PENULISAN

Pemantapan teknik menulis dilakukan secara tekun menghadiri kelas kelas penulisan sedia ada. Namun untuk pemula yang kurang mampu (seperti mama di awal pembabitan dahulu), bolehlah dilatih dengan banyak membaca, menulis prosa pendek dahulu (certot 100 perkataan, curhatan di medsos atau merangka kenyataan isu semasa) dan paling afdal tidak terbabit perasaan malu bertanya.

Dari situ kita mula mempelajari susunan dan olahan.

1. Mudah dibaca dan difahami

2. Tidak ada isu berulang ulang

3. Dialog yang mantap dalam tanda kutip

4. Kemasan terhadap: penambahan, kata sendi, peribahasa dan lain lain (termasuk nafsu pada ayat ayat besar/jargon)

5. Mematikan ego dan menyemarakkan semangat penulisan.

-----------

CONTOH BAIK PULIH: (PEMULIHAN - RUJUK PADA AKSARA BOLD)

Setelah dua hari aku tidak ke sekolah, hari ini aku akan ke sekolah.Semestinya semua rakan-rakan akan bertanya kenapa aku tidak hadir ke sekolah.Sesungguhnya aku begitu malas sekali untuk melayan pertanyaan mereka.Mereka tidak akan faham tentang keadaan sebenar aku.

Sesampainya di kelas, aku menangkap sesusuk tubuh yang bersalut baju warna biru tua lagi menulis sesuatu di tempat duduknya.Aku mengorak langkah menuju ke arahnya.

Setelah dua hari tidak hadir, hari ini aku terasa mahu ke sekolah. Pasti rakan rakan akan tertanya tanya. Pertanyaan sebegitu sebenarnya membuahkan rasa malas mahu menjawab. Apalah mereka tahu situasi sebenar diriku?

Tiba sahaja di kelas, mata tertancap pada susuk tubuh yang berbaju biru tua sedang menulis di tempat duduk. Tanpa lengah aku mengorak langkah ke arahnya.

Penerangan: Dalam naratif asal pembaca akan faham dan jelas. Namun dalam teknik penulisan ia dianggap lemah kerana ada pengulangan Aku, sekolah dan cubaan memberi penjelasan yang lewah. Begitu juga dengan tanda bacaan. Jadi bandingkan naratif asal dan naratif beraksara bold.

-----------

"Woi!"

Aku terkejut.Mataku meliar sekeliling.Kelihatan Shah sudah berada di muka pintu kelas.Matanya mencerlung ke arah aku.

Aku terkejut, mata liar mencari, suara siapa agaknya? Kelihatan Shah berada di pintu kelas. Matanya cerlung melihatku.

"Shah, aku takmau dapat title arwah lagi, noh.Jangan duk buat terkejut aku."

"Shah... aku tak mau dapat title arwah lagi na... jangan dok kejut kejut lagu tu..."

Shah cuma ketawa mengekek sahaja.Dia melabuhkan punggung di sebelahku.Ya, itu memang tempat duduk Shah.Dari tingatan 3 sehingga sekarang dia masih setia dengan aku.

Dia mengekek tertawa, melabuhkan punggung terus duduk di sebelah. Sejak tingkatan 3 hingga kini kami masih setia bersahabatan.

Pergi mana-mana pun kami berdua sehingga wujud spekulasi yang mengatakan kami ini pasangan homoseksual.Arghh! Semua itu mengarut.Pada aku, Shah ialah seorang sahabat yang begitu prihatin terhadapku.Walaupun dia ini banyak menganjing dan tikam belakang aku, namun aku tidak kesah.Asalkan dia di sisi aku sahaja

Kami begitu rapat, kemana mana sering bersama hingga wujud tuduhan mengatakan kami pasangan kekasih songsang. Arghhh! Mengarut. Padaku, Shah sahabat yang prihatin, meskipun ada ketikanya kuat menganjing dan menikam belakang. Apa yang hendak dikisah? Selagi dia ada di sisi sebagai teman aku bersyukur.

Penerangan: Penulis mempunyai idea untuk bercerita santai. Memperlihatakan sisi dua remaja lelaki. Dialek utara harus tepat dan bersahaja. Narasi dalam perenggan harus dijaga, tiada ulangan dan memberi gambaran yang tepat. Tanda bacaan seperti coma, tanda seruan dan tanda soal sebaiknya diambil kira bagi mewujudkan emosi mantap pembaca.

Hatiku menjerit keriangan.Sekurang-kurangnya dengan seringgit itu aku boleh beli roti Gardenia yang harganya 85 sen itu.Baki 15 sen itu aku boleh simpan.Kakak dan Adik perlu makan, terutamanya Adik.Tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan awam.Aku tidak mahu kekurangan keluarga kami dalam membesarkanya memberi impak negatif kepada pencapaiannya.

(Lihat ulangan aku dan ku. Ada 4 semuanya dalam satu perenggan. Bagaimana mengurangkannya? Dengan latihan naratif yang baik dan penuh hati hati. Lihat juga dua kata ITU yang boleh mencacatkan naratif. Latihan mengulangi AKU harus dilatih oleh semua penulis pemula)

Hati menjerit keriangan. Sekurangnya dengan wang seringgit boleh dibeli roti Gardenia berharga 85 sen, bakinya boleh disimpan. Kakak dan adik perlu makan, paling utama adik kerana dia bakal menduduki peperiksaan awam. Tidak akan kubenarkan kekurangan keluarga kami berimpak negatif terhadap pencapaian adik nanti.

"Nanti bayaq tau.Aku pun nak pakai duit jugak.Hutang yang lepas pun hang tak bayaq lagi.Kalau masuk kali ni dah RM 15 hang pinjam."Selafaz Shah mengungkap.Membuatkan aku terkedu.

(idea penulis jelas di sini mahu mendramatikkan dialog. Jika diawali dengan dialek utara ia harus konsisten dalam tanda kutip)

"Nanti bayaq tau... Aku nak pakai duit jugak. Hutang hari tu pun hang tak settle lagi... masuk ni dah dekat 15 ringgit hang pinjam," senafas Shah memberi ingat. Aku terkedu beberapa saat.

"Aku janji aku bayaq."Hanya itu yang mampu aku ungkap.

(dialog tidak perlu terlalu lengkap bagai naratif, lainlah kalau ada penerangan. Dialog sastera moden juga tidak perlu ada penerangan di hujungnya)

"Okay... aku janji..." itu sahaja yang mampu aku lafazkan.

Aku yakin sekali yang aku tidak mampu membayar hutang aku sekali gus.Sikit-sikit pun tiada jaminan.Namun aku akan tetap berusaha untuk melunaskan hutangnya.

(naratif ini tidak perlu lagi... kerana semua sudah dipersembahkan dalam dialog dan naratif awal – ini adalah contoh lewah. – rujuk kembali pada bab Show don't tell... - show and tell kalau digabung secara kerap akan membuatkan pembaca bosan – akan berlaku ulangan naratif)

NOTA: seperti biasa tidak ada unsur memperlekehkan pemula di sini. Kita sama sama belajar memperbaiki teknik penulisan. Menjelang alaf baharu, naratif dan dialog harus kemas, ringkas dan padat. Boleh didramatikkan jika perlu atau bila kamu yakin. Sekali lagi dipesan agar hal ulangan pada nama watak, gantinama, diperhatikan secara serius. Dia, Nya, Aku dan kata sendi haruslah berimbang dalam satu perenggan. Titik berangkai janganlah terlalu panjang (untuk bicara yang tidak pasti, belum tamat). Guna 3 titik sahaja untuk gambaran tersebut.

 Guna 3 titik sahaja untuk gambaran tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now