NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH

71 2 0
                                    


NAFSU MEMBACA TIDAK HADIR MUDAH.

"I bacalah... manader tak bace..., baca facebook, baca juga kan?"

Begitulah kita berseloroh apabila mahu berbincang tentang aktiviti membaca di kalangan teman teman dan ahli keluarga. Kenapa perlu terasa? Apakah hanya kerana kamu penulis maka hal ini menjadi penting buat kamu?

Berbeza sebenarnya manusia yang banyak membaca dan mereka yang tidak membaca langsung. Kalau di zaman manual, setiap rumah akan melanggan suratkhabar, peratusan penurunan kuantiti cetakan sudah menggambarkan situasi sebenar tentang tahap bacaan.

Membaca tidak boleh dipaksa. Ia melibatkan hal hal peruntuk masa, kesukaan dan perasaan ingin tahu. Kita masih mambaca sekiranya ada isu isu yang dekat, menilai lapuran atau apa sahaja yang mendorong sifat mahu tahu. Teknik bacaan pula berbeza sesama kita. Yang melihat tajuk sahaja terus membuat kesimpulan, yang teliti beranalsia dan banyak juga yang mahukan ketelusan dari bahan bacaan. Rugi besar kalau membaca terhenti setelah tamat zaman persekolahan.

Tidaklah mahu diulangi kempen kempen dan kata kata azimat tentang galakan membaca lagi. Segalanya kekal relavan hingga kini. Orang yang membaca jelas lebih berpengetahuan tentang bidang yang dibaca. Mampu dipamirkan secara lisan apabila sang pembaca membuka mulut, tidak mudah tertipu, bersifat semasa kerana sudah diisi dengan butiran butiran penting tentang subjek subjek pilihan.

Antara alasan mudah yang diberikan kerana tidak membaca:

1. Malas... sejenis godaan yang harus dibenteras.

2. Tidak ada waktu. Letih bekerja dan tidak datang minat langsung

3. Bahan bacaan mahal

4. Tengok buku tebal mata terus jadi mengantuk

5. Tidak ada topik yang memikat hati

6. Bermasalah dengan bahasa dan tidak berminat pada sastera.

Bukanlah menjadi tugas penting sesiapapun untuk menggalakkan kamu untuk membaca. Membaca hadir dengan kesedaran bahawa waktu luang mahu dipenuhi dengan ilmu. Keinginan untuk jadi lebih tahu tentang sesuatu hal sejarah, kisah, adat, sosial, pendapat yang digabungkan sebagai kata nama Informasi.

Negara yang rakyatnya membaca sudah tentu akan lebih progresif. Lihat bagaimana tungkus lumus masyarakat Jepun, Korea dan China. Pelancung dari Eropah yang tidak lekang dari buku untuk mengisi ruang menanti dan lohong dalam perjalanan. Mereka memilih genre pilihan tidak kira samada ia fiksyen, biografi atau bibliografi. Satu buku paling tidak akan ada dalam simpanan sewaktu dalam perjalanan, tidak kira samada ia roman picisan atau buku cinta meleleh.

Berbeza sebenarnya manusia yang tahu/berinformasi berbanding mereka yang bercakap merapu dan melakukan analisis secara peribadi terawang awang bercakap kosong (hanya berkapasitas otak sendiri) tanpa butiran dari bahan bacaan. Kamu akan tahu membezakannya apabila masuk dalam bual bicara topik topik yang dekat di hati.

Membaca sebaiknya dimulakan dengan bahan bacaan yang ringan. Mungkin ruang editor? Portal portal yang tidak mengambil masa yang panjang? Risalah risalah percuma? Ruang sukan atau hiburan yang melapurkan dari masa ke semasa. Isi kandung penulisan difahami sambil memupuk rasa cinta pada isi perkongsian, pendapat, komentar, analisa dan secara tidak langsung akan menyuburkan rasa mahu membaca. Mungkin cerpen yang padat? Rencana yang berulas padu? Atau apa sahaja pilihan yang memikat deria kamu sebagai manusia.

Mungkin boleh ditetapkan buku yang tidak tebal tidak tipis untuk dibawa sekali, dijengah satu dua mukasurat sekiranya bosan menanti atau mahu membunuh waktu. Dari situ mana tahu kamu akan beredar pada kemahuan membaca dengan serius lagi? Boleh sahaja memilih untuk membaca bacaan dari luar negara tanpa menghina cetakan tempatan. Tidak kira dari mana, paling tidak akan terselit satu kebaikan dari buku yang dipilih. Oleh kerana satu buku membosankan, tidaklah bererti kamu tidak ada pilihan, bukan?

Pusat Sumber dan Perpustakaan bukanlah hal yang kuno dan menyusahkan. Ambil peluang untuk mendekati buku secara murah dan mudah ini.

Perpustakaan Negara Malaysia optimis masyarakat kita berada di atas landasan yang betul untuk mencapai taraf negara maju jika diukur daripada jumlah dan jenis bahan bacaan oleh masyarakatnya.Berdasarkan Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014, didapati bahan bacaan pilihan rakyat Malaysia ialah majalah sebanyak 62.8 peratus; akhbar (61.2 peratus); buku ilmiah (54.8 peratus); novel dan fiksyen (47 peratus); bahan dalam talian (46.4 peratus); buku bukan fiksyen (29.9 peratus); komik (25.3 peratus) dan jurnal (19.9 peratus). Sudah tentuk kita berhadap akan wujud peningkatan di tahun semasa.

Amalan membaca perlu dipupuk pada peringkat awal usia dan peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan tabiat membaca anak dapat ditanam seawal usia, begitu juga dengan Institusi pendidikan dari sekolah sehingga universiti juga perlu memperbanyakkan program galakan membaca bagi menyemai budaya membaca dan membolehkan pelajar mempunyai ilmu mencukupi supaya mampu berfikir serta bertindak dengan bijak.

Peranan sama boleh turut dimainkan media melalui pemaparan dan promosi gaya hidup membaca untuk ditonton dan dibaca oleh masyarakat. Paling signifikan, penulis dan penerbit buku memainkan peranan dalam penyediaan bahan bacaan bagi memastikan kandungan buku adalah berkualiti tinggi. – menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Puan Nafisah Ahmad ketika ditemubual oleh Berita Harian.

Tergoda bagaimana sekalipun kita terhadap kehidupan sebenar, saya kira buku tidak harus ditinggalkan. Sekiranya sasaran 30 buah buku setahun itu sukar, kamu boleh sahaja membaca mengikut kapasitas peribadi. Tidak perlu berlumba, selagi buku yang kamu baca dan cerna itu membahagiakan, menyumbang dan melegakan diri sebagai manusia berinformasi (meskipun untuk perkara perkara remeh manusiawi).

- Membaca menjadikan kamu berilmu pastinya

- Kosa kata akan semulajadi jadi lebih tersusun

- Membina semangat ingin lebih tahu

- Tahu di mana bahan rujukan jika buntu

- Bertemu sebarang info yang tidak pernah difikirkan

- Melegakan hati dari kesaratan juang hidup harian

- Melawat destinasi tanpa perlu sampai

- Menjana perdebatan/persoalan yang menyumbang pada pembinaan diri

SELAMAT MEMBACA.

SELAMAT MEMBACA

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.
MENULISOnde as histórias ganham vida. Descobre agora