MENGHANTAR MANUSKRIP

676 3 0
                                    

MENGHANTAR MANUSKRIP

Di Malaysia buat masa ini manuskrip lengkap adalah yang berjumlah perkataan 50 ribu perkataan – 60 ribu. Tidak termasuk jumlah kiraan ayat untuk sinopsis cerita penuh (untuk editor dan penerbit) dan sinopsis ringkas yang boleh dijadikan blurb sejumlah 100 perkataan.

1. Dihantar melalui e-mel pada alamat tepat rumah penerbitan. Menggunakan teknik surat rasmi dan berbahasa molek.

2. Keputusan samada menepati syarat atau tidak dari Penerbit

3. Keputusan manuskrip diterima atau tidak dari Penerbit

4. E-mel balas dari penerbit tanda bersetuju diterbitkan

5. Penerbit meminta biodata penting penulis untuk dokumen kontrak

6. Maklumat tentang nama pena, penghargaan, dedikasi dan lain lain melalui e-mel

7. Tunggu giliran untuk manuskrip dijadikan buku

8. Proses editorial (bolak balik tentang ejaan, isi dan susunan, kulit)

9. Siap untuk dipasarkan

10. Rangka promosi seperti yang ada dalam kontrak dan lain lain.

Di atas antara antara proses skema sedia ada di Malaysia. Bagaimanapun penulis harus menilai hal hal seperti di bawah:

1. Bab pertama yang diminta bolehlah dihantar pada penerbit dalam urusan bolak balik e-mel yang tepat. Mungkin 3 bab pertama manuskrip kamu sebagai pancingan jalan cerita.

2. Format fail haruslah tepat dengan permintaan penerbit. Selalunya dalam bentuk Microsoft Words Jenis Font Roman, Saiz 12 dan 1.5 spacing.

3. Sama seperti surat rasmi sedikit biodata seperti nama penuh, umur, alamat emel, dan nombor telefon bagi memudahkan urusan komunikasi pihak penerbit dengan penulis.

4. Manuskrip hendaklah menepati permintaan penerbit. Apakah ia berbentuk Islamik, Romen, Cinta atau apa...akan selalu dijelaskan dalam syarat syarat mereka. Kamu kenal genre kamu.

5. Penerbitan selalunya mempunyai panel untuk menilai ringkasan, blurb manuskrip dalam tempoh yang tidak standard. Misalnya seminggu, 2 minggu dan ada yang memakan waktu 1 bulan. Ini hanyalah penilaian secara kasar. Untuk kesesuaian Ya atau Tidak

6. Setelah dipersetujui barulah penerbit akan menghubungi kamu semua untuk manuskrip penuh.

7. Pihak penerbitan akan menilai semula manuskrip penuh tersebut dan penulis tertakluk pada Ya atau Tidak sekali lagi. Tempohnya selalu dalam 2 minggu atau sebulan

8. Penulis disarankan untuk berhubung dengan penerbitan sekiranya tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh sebulan setelah manuskrip dihantar.

9. Pastikan genre yang mahu dihantar itu tidak merugikan. Ada penerbitan yang hanya mahukan novel sahaja. Untuk puisi dan cerpen mungkin boleh dicari penerbitan yang tepat.

Selalunya rumah penerbitan akan kalut mencari penulis penulis baharu untuk diperkenalkan di pesta pesta buku. Tidak kiralah dalam skala besar atau kecil. Sudah tentu mereka amat mengalu alukan bakat besar yang sedia ada. Namun begitu kenapa harus menanti pesta atau sayembara? Teruskan menulis seperti biasa. Pesta atau tidak itu adalah urusan penerbit.

Buat masa ini kamu hanya perlu meneliti dengan tepat rumah penerbitan mana yang sesuai dan menerima karya kamu. Apakah ia novel? Syair? Pantun? Puisi? Artikel tentang sosial, budaya atau politik.

Begitu juga dengan sayembara sayembara sedia ada, termasuk tawaran untuk penerbitan berbentuk antologi (gabungan bersama penulis penulis lain: selalunya cerpen, sajak, puisi dan artikel). Namun antologi berbentuk solo juga ada jika kamu penulis yang baik dan punya daya tarik pembaca.

MENULISWhere stories live. Discover now