BUKU FIXI

173 2 0
                                    


Dahi masih berkerut bila dinyatakan bahawa penulis pernah menulis dengan syarikat fixi. Ada yang fikir ia berisi kandung kisah budak budak muda, ada yang fikir ianya buku tidak senonoh dan masih ada yang cuba membawa polemik tentang tatabahasa dan biadap berbahasa. Pokoknya di sini mereka juga jarang membaca dan terlibat dengan wacana di rumah penerbitan arus perdana atau syarikat syarikat yang rapat dengan DBP.

Rencana ini tidak berharap pada apa apa, sekadar ungkapan terima kasih pada kepercayaan yang dihulurkan pada ramai penulis pemula dan penulis yang mahu menulis dan berekspresi secara bebas tanpa kongkongan melulu beracuan lama.

-------------------------------------

BUKU FIXI

Merupakan rumah penerbitan bebas didaftar pada tahun 2011 oleh pembikin filem Amir Muhammad yang pernah menulis di usia belasan tahun di ruang pojok akhbar berbahasa Inggeris. Bertumpu pada fiksyen urban dalam Bahasa Melayu dan Inggeris termasuk karya terjemahan tajuk tajuk dari luar dan novel grafik. Karya karya fixi yang dirubah dari medium cetak jadi filem juga ada menjadikan penerbitan Fixi bagaikan arus perdana Malaysia.

"Fixi nama syarikat yang diambil dari Bahasa Indonesia 'fiksi' yang dikutip dari perkataan Bahasa Inggeris yakni 'fiction'. Pendek kata, menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang asli dalam dunia novel ini," menurut Encik Amir Muhammad

Sempat meraup kontroversi tentang isi kandung  cetakan yang dikatakan tidak beradap atau lucah oleh pembaca pembaca novel sastera perdana Malaysia di awal awal kemunculan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sempat meraup kontroversi tentang isi kandung cetakan yang dikatakan tidak beradap atau lucah oleh pembaca pembaca novel sastera perdana Malaysia di awal awal kemunculan. Namun fixi mengambil langkah tenang dan sesekali berkomentar biasa sahaja dalam mempromosi buku mereka di medsos. Kerana yang berkomentar mungkin tidak pernah menyentuh satupun buku fixi! (masih ada sekolah yang mengharamkan buku fixi, aneh!)

Operasi penjualan dilakukan secara talian sehinggalah 11 April 2015 bila Kedai Fixi diluncurkan di Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya. Ditutup dan kini kekal berlokasi di Sunway Putra Mall (Lokasi kedai di Shah Alam juga sudah ditutup) dan kerap menyertai pelbagai pesta buku di seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah juga Sarawak termasuk Brunei.

Penerbit buku Fixi pernah memaklumkan tuntutan saman terhadap Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) setelah mendakwa syarikat inisiatif kerajaan itu gagal melunaskan tunggakan hutang mencecah RM105,000 pada tahun 2017. (Petanda ada sambutan pembaca).

 (Petanda ada sambutan pembaca)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now