GENDER IN LITERATURE

29 1 0
                                    

GENDER IN LITERATURE

Gender is inescapable in any literary works. Regardless of binary or non-binary. Writers can be of any gender too, BUT the representation has to be correct, depending on what is the literary mission. In my case, any members of the society will be fictionalized out of reality and even it's futuristic storytelling let it be something closer to readers (the thing they are familiar, unknown and yet to be discovered, to suggest some perspectives even if they agree or not)

Weak or strong on any selected gender in storytelling depends on the comparison needed in order to provide meaningful written work.
The only questions we need to ask is: How do we wear and walk in those selected gender shoes?

JANGAN SILAP: berbicara tentang Gender dalam sastera bukanlah semata mata berjuang pada kedudukan LGBTQ yang ditidakkan dalam sastera timur. BUKAN... ia hanyalah proses seimbangan gender pilihan dan bagaimana dimanipulasikan dengan baik.

e.g: contoh di bawah watak bergender perempuan yang digelar andartu.

----------------------------------------------------

"Kalau chek menikah, chek pindah ikut laki sapa la nak jaga mak?"

Cermin dibilas bilas lagi, lama dia merenung diri, teringat kata kata Aunty Prema ketua pencuci tandas kilang.

"Ingat Rozie, jantan banyak pandai, dia ada kira umoq pompuan punya, dia tau kalu you itu EPF lima puluh boleh keluak, dia nanti mai manih manih punya cakap, jangan kasi hati senang senang sama jantan, aku suda kina," penuh bermakna meskipun bahasanya tunggang langgang.

Selepas memasak lauk kegemaran Mak Jah, asam pedas keladi dan tenggiri goreng pedas, mereka duduk makan bersama. Matanya liar melihat dapur yang kemas dan barangan kelengkapan yang tersusun. Rasa bahagia kembali menyusup perlahan lahan kerana dia mampu menyambung jagaan pada ibu setelah kematian ayahnya Haji Rahman. Hari itu dia merasa amat berguna jadi manusia.

Rozie pantang kalau ada perempuan lain mengatakan,"apalah erti jadi perempuan kalau tidak ada rumahtangga dan anak anak," selalunya yang berpendapat sedemikian kisah kisah pilu mereka tersorok. Selalunyalah....

Sepi tidak ada suami atau kekasih tidak pernah muncul langsung, mungkin itu jagaan Ilahi pada dirinya. Kita kena kerap sujud meminta juga, dia tidak kurniakan begitu sahaja. Ada bukan tidak ada teman teman yang pura pura terkejut kerana dia masih tidak menikah, yang berbisik mengesyaki dia lesbianpun ada. Katalah apa yang mahu dikata, kata kata kekal percuma.

 Katalah apa yang mahu dikata, kata kata kekal percuma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now