MENCARUT

123 5 0
                                    


LEPAS GERAM DALAM PENULISAN

Nah! Inilah nikmat paling enak menjadi penulis. Bukankah kerja kerja menulis itu jatuh pada segala yang dekat di hati? Peristiwa yang mahu diceritakan, tidak kiralah dengan apa tujuan sekalipun.

Melepas geram atau mencarut cerca boleh dilakukan dengan kapasitas yang tersedia selagi ia berbunyi menarik. Sila ambil hentang bahawa saya bukanlah penggerak pada penulisan yang bermoral atau memberi arahan bagaimana kamu harus menulis.

Apabila kita masuk ke lapangan berkosa kata mencarut dan melepas geram, tidaklah bermakna segalanya harus dihamburkan secara lewa begitu sahaja. Hal menulis juga sudah tentu melibatkan segala jenis khayalan yang baik baik, terus terang, berseni, jelas dan mampu dicerap oleh pembaca sasaran. Hamburan geram dalam penulisan sekiranya tidak dibaca jadi tidak bernilai tentunya.

Hal ini penting untuk dinilai semula oleh para penulis yang bentuk tulisannya mengamati suasana sosial masyarakat. Penulis sebenarnya mewakili sekelompok manusia yang mungkin berfikiran dan membawa idea yang sama tentang kehidupan. Segala resah kicauan bukanlah hal baharu, sudah terbukti pada penulisan terdahulu di mana mana negara dalam kerja kerja fiksyen atau kumpulan artikel yang dihasilkan. Segala carutan dan lepas geram dilakukan secara berhemah.

Seringnya ketidakadilan sistem politik, sifat budaya yang miris dan teguran teguran pada kelaku manusia akan dipamirkan samada secara terang terangan atau beralas dengan gaya bahasa. Begitu juga sajak, puisi, gurindam yang bersifat memerli, boleh dilakukan sebaik mungkin asalkan tidak mencolok mata pembaca. Deklamasi puisi dan sajak sejak dahulu sudah dihiasi resah carutan dan lepas geram dalam suasana tertentu.

Harus juga ingat, penulisan setelah lama dikerjakan tidaklah berlengkar tentang kamu, kamu dan kamu sahaja. Penulis yang baik tahu untuk mengimbangi paparan peribadi dan kisah siapa yang mahu dipilih.

Hal ini sebenarnya sudah lama dilakukan tanpa sedar. Kamu fikir berdesah tentang kegagalan cinta dan kecurangan kekasih itu bukan sebagai lepas geram atau carutan? Carutan bukanlah dalam erti kata pengunaan kata kata kotor atau menyebut genetalia manusia sahaja. Ada cara berkelas yang boleh diambil alih oleh pilihan kata kata dan frasa.

Contoh contoh carutan lepas geram:

1. Tuan ini bagai Belanda diberi tanah

2. Orang kaya berada ada, sang miskin yang mengada

3. Setelah semua diberikan apakah kita makan pasir?

4. Setelah luluh menawar budi, paras juga yang dipuji

5. Mendapat gading bertuah, mana dipandang tanduk biasa?

Menuju alaf baharu dalam karya karya penulis muda dilontarkan dalam tanda kutip makian dan jeritan kata kata kotor. Di selang seli dengan susunan ayat baik agar pembaca tidak tersedak. Tidak pasti samada penulis gembira apabila disinonimkan dengan gelaran penulis kuat carut! Secara peribadi saya fikir lepas geram dan carutan tajam harus berada dalam lingkup sederhana, asal sahaja realistik dan difahami.

Penulis dalam skala apa sekalipun haruslah tampil bersih, menawan, menarik dan sedap dibaca. Penulis harus ada 'self-sensorship' yang bagus agar terus dihormati. Tidak ada penulis yang mahu karya mereka dihencap sebagai kotor, lucah, tidak bercita rasa dan perlu diboikot.

Lainlah sekiranya kamu swaterbit dan menggunakan nama samaran

Lainlah sekiranya kamu swaterbit dan menggunakan nama samaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now