APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?

29 4 0
                                    

APA NIATMU TERHADAP PEMBACA?

Sastera jika mahu dibincangkan secara teperinci entah berapa malam akan tamat? Masing masing samada Sang Sarjana Sastera atau pengamal sastera ikan bilis menggalas ego hebat. Kilasan kata serta pendapat akhirnya bakal menjurus pada debat debat yang tidak sedap.

Atas dasar itu jika diperhatikan tidaklah ramai penulis (senior atau baharu) memilih untuk aktif mencurahkan pendapat secara percuma tentang sastera dalam keghairahan dunia medsos. Mereka berjaga jaga agar tidak ikut naik lori polemik sastera. Sesekali disuarakan ketika menjadi panel wacana sastera, itupun masih ramai yang hanya duduk di tepi menjadi pemerhati selamat.

Zainal Rashid Ahmad penulis prolifik baru baru ini lantang menulis surat pada pengamal sastera Malaysia. (surat beliau boleh dirujuk di situs Malaysian Insight). Seiring pula dengan berita tidak sedap tentang ITBM yang akan diperkecilkan saiz pengurusan. 2 artikel tersebut mampu menjadi iktibar pada dunia penulisan Malaysia.

Buah fikir dan cetusan idea sang Penulis jadi tidak berguna selagi tidak dibaca, matematika mudah. Pembaca perlu digoda, ia bukan buku akademik paksa lulus periksa. Persoalannya godaan yang bagaimana? Cukupkah sekadar menjadi penulis yang kontroversi? Apakah kita mahu buku kita yang dicetak dalam kuantiti minimun akhirnya tersadai dan masuk tong sampah? Ya, jualan menjadi titik tumpu utama sekiranya kamu penulis yang bersandar pada rumah penerbitan milik orang.

Kembali pada persoalan pokok, apakah niat kita terhadap pembaca?

1. menghiburkan (tidak kira genre - penulis pilih genre terbaik yang diyakini)

2. membuat mereka berfikir (idea, persoalan, provokasi, masukan baharu)

3. menyumbang pada rasa PUAS pembaca (kepuasan subjektif yang bervariasi) tidak kira samada resepi lama yang dibega jadi segar.

4. mengubati - beri jawab - solusi - pada pembaca (buku panduan, motivasi atau lain lain)

5. menjadi rujukan bila perlu (buku rohani, perubatan, fiksyen sastera atau apa sahaja)

Di peringkat awal mungkin pemula merasa teragak agak memilih genre karya. Fiksyen (cinta. remaja. dewasa. saifai) atau apa? Akademik? Sosial? atau genre pilihan mungkin berubah setelah mula mengenal akan paten pembaca dan pembeli buku di Malaysia. Jangan jadi teragak agak (fickled mindedness) - tumpukan penuh pada projek penulisan semasa dengan yakin biar siap bermutu. Setelah itu mungkin boleh disertai hajat mahu mendunia dengan sedikit upah kerja terjemahan terhadap karyamu? Tidaklah nanti bertangan kosong ketika mahu menempatkan diri dalam festival festival literasi di serata pelusuk, atau kamu mahu hanya berbangga dengan mengatakan ya..."saya sudah menghasilkan beberapa buku" atau sekadar menikmati emosi bangga awal memperkenalkan diri, "I am an author"

Menulis sama sahaja seperti membaca, ia tidak hadir sewenangnya pada setiap orang. Masih ramai melihat buku sebagai beban. Saya fikir niat menulis haruslah betul (betul dan lurus saat penulis berurusan dengan hatinya sendiri). Niat baik terhadap pembaca itulah yang akan membawa hal hal seronok lain nantinya. (tidak pastilah terjamahan seronok pada kamu sebagai penulis itu apa sebenarnya? - tafsir sendir ya...).

Aktiviti menulis yang tidak pernah beresepi tepat dan sering langkahnya dikatakan subjektif ini sebaiknya dinikmati oleh dua pihak: Penulis dan Pembaca.

Tidak kira apa, di akhir jelajah dunia literasi soalannya tetap berbalik pada: Apakah niatmu terhadap pembaca?

NOTA: Saya ingin menyarankan penulis awal untuk memiliki paling tidak satu atau dua Zine swaterbit 10 mukasurat. Zine tersebut mungkin boleh dibawa kemana mana sebagai promosi awal akan kemampuan menulis. Bukankah lebih baik jika karya kamu itu sampai pada pembaca (tidak kira bacaan di kalangan pengamal sastera atau pembaca tradisi). Mungkin akan ada tindakbalas  positif terhadap idea kamu? Menempatkan diri sebagai penulis walau tidak terkenal adalah usaha peribadi, ia tidak berfomular tepat sebenarnya...

SINIS PELBAGAI SINIS, SINIS PENULIS BAK PENGEMIS.

SINIS PELBAGAI SINIS, SINIS PENULIS BAK PENGEMIS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PIC: wondering 1997 by Regina Ibrahim

MENULISWhere stories live. Discover now