PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH

21 2 0
                                    


PENERBIT BAIK DAN MUNASABAH

"Depa kata buku hang laku macam pisang goreng hangat, syabas! Berapa tu kalau kira-kira semua dapat?"

"Boleh la... Alhamdulillah masuk cetakan ke 2 dah," kita tidak mahu kalah, cepat cepat mengalih bicara pada hal lain. Cerita royalti kekal misteri.

Bercerita banyak membawa serba salah. Sebagai bukan penulis tersohor, berapa keratlah sangat pembaca setia? Berapalah pula jumlah 'royalti' untuk diruguti?

Pengalaman (baik/buruk) penulis perlu dikongsi tanpa niat melebur tahap ghairah penulis, jauh sekali menabur pasir dalam periuk mereka yang berura ura memiliki karya tercetak lengkap membanggakan di tangan. Sedia maklumlah juga bahawa menulis dan menghasilkan buku membawa nikmat dan rahmat tersendiri.

Melalui ruang 'Menulis dan Kata- Kata' di sesawang Wattpad.com sudah disentuh sebenarnya hal hal sepele tetapi penting tentang dunia penerbitan jika kamu BUKAN penulis swaterbit. Barisan rumah penerbitan dipercayai mempunyai niat elok sewaktu merangka mahu menerbitkan usaha karya apapun, jangan dilupai juga bahawa proses cetak/jual adalah perniagaan.

Saranan biasa, jika memiliki cukup modal, ingin dinasihatkan agar menerbitkan karya secara SWATERBIT (Beriring tahap disiplin cemerlang), giat swaterbit tidaklah boleh dilewakan dengan usaha sekerat jalan ketika penulis sedang ghairah saat memiliki sejumlah dana. Penulis muda mungkin tidak tahu bahawa ramai pengkarya telah melakukannya.

CIRI CIRI PENERBIT MUNASABAH

1. Percaya pada bakat, potensi dan kemampuan penulis.

2. Tawaran lengkap berserta kontrak dan persyaratan

3. Menyediakan editor dan pereka layout buku

4. Tidak ingkar terhadap jumlah unit cetakan

5. Melakukan promosi secara berkala (selalunya dalam tempoh setahun)

6. Memberikan data jualan, potongan harga dan data data lain secara lengkap.

7. Melunaskan pembayaran royalti secara telus.

Perlu ingat, tidak semua menulis sepenuh masa, ramai masih menjawat jawatan tetap kerana kutipan penjualan buku sahaja tidak mencukupi biaya kehidupan, jangan dilepaskan duluan, meskipun ada karya yang menjadi BESTSELLER. Kenyataan 'Bestseller' takrifannya tidak sama dan tidak tetap – ada yang hanya untuk urusan promosi di musim tertentu sahaja.

Jika tidak melepaskan jawatan berpendapatan tetap bolehlah diungkap falsafah keramat: Aku menulis bukan kerana nama atau imbuhan, tetapi tanggungjawab.. Kita masing masing tidak mahu tumbuh mejadi pengkarya yang PAHIT di dunia perbukuan.

Pihak penerbitan selalunya meriki riki penulis berbakat 3 bulan terakhir tahun agar mampu terkumpul naskah naskah baharu untuk cetakan seterusnya. Dilampir kriteria kriteria genre penulisan (samada memenuhi kehendak pembeli semasa atau dengan melalukan tebakan trend isi penulisan mendatang). Keghairahan sebegini mampu dilihat menjelang pesta dan festival perbukuan tertentu.

JANGAN terburu buru menyahut seruan penghantaran manuskrip. Semak dahulu nama penerbit dan sejarah lalu penerbitan, selidik penulis sedia ada yang benaung di bawah label penerbitan tersebut. Penulis kondang bertanggungjawab sekiranya dihubungi akan sudi mengkhabarkan situasi secara telus.

TIDAK SALAH jika penulis melihat label tersebut sebagai pemangkin eksistensial mereka dalam dunia penulisan. Label terbitan itu mungkin mampu memperkukuhkan nama kamu di persada penulisan kreatif. Ada penulis hanya ingin menjamu nafsu semasa dengan mengatakan: "Ya, saya sudah menghasilkan 4 buku solo dan beberapa antoloji bersama bla bla bla..." Hakikat tentang bayaran tidaklah mereka peduli sebenarnya. Ada kelompok penulis yang mendapat diskaun khusus dengan membeli harga borong, kemudiannya berusaha menjual dengan harga pasaran (ini juga disiplin yang tidak salah). Terpulang pada penilaian penulis.

Jadi penerbitan mana yang boleh menghasilkan wang?

Penerbitan Fixi jika manuskrip kamu terpilih. Imam Publication, Karangkraf, SelangorKini (sajak, esei, cerpen berbayar), Dewan Sastera dan sekutunya, begitu juga akbar harian utama, mereka sinonim dengan reputasi pembayaran tepat dan mulus. JANGAN TIDAK TAHU terdapat syarikat penerbitan yang membayar secara penuh sebaik sahaja cetakan terlaksana (contoh: $2.50 X 3000 naskah), 20 unit buku untuk penulis dan harga pemborong jika pembelian naskah tulisan sendiri (untuk diusahakan sebagai jualan).

Ada pihak penerbitan yang jauh lebih telus membayar 50% pendahuluan untuk kerja kerja terjemahan dan melangsaikan penuh setelah kerja siap walaupun buku tersebut belum dipasarkan. Ada penulis dwi-bahasa yang jauh lebih inovatif berbakat menulis untuk makalah luar negara atau mendapat kontrak baik melalui agen literasi antarabangsa. Terdapat mereka yang diberikan wang pendahuluan atau penuh untuk menyiapkan naskah fiksyen yang dimahukan, lebih beruntung sekiranya kamu ditatang penuh oleh penerbitan (tulislah apa sahaja mereka sudi menerbitkannya).

NOTA:

Artikel ini ditulis setelah melihat iklan syarikat penerbitan yang gah namun bersikap lewa menawarkan penghantaran manuskrip untuk terbitan tahun 2024 di Mukabuku. Saya antara yang pernah terbeli dengan tawaran mereka sewaktu masih mentah. Data payah didapatkan, penghantaran naskah untuk jualan peribadi disukarkan dan penerbitan agak kedekut melakukan promosi terhadap buku keluaran sendiri.

Jika masih muda dan baharu serta memerlukan pendedahan kamu boleh sahaja bergabung untuk antologi antogi kumcer, kumjak atau menyahut seruan penerbitan indipenden atau penerbitan kecil di negeri masing masing, berpersatuan yang selari dengan ideologi untuk terbitan zine atau buku buku tipis demi tujuan pendedahan pada komuniti perbukuan. Asal sahaja kamu menyertakan kesudian ikhlas (saya secara peribadi telah melalukannya dengan beberapa penerbitan kecil di awal pembabitan dahulu sebagai langkah memperkenalkan diri).

Menyedari sasaran pembaca ada di belahan media sosial, lakukanlah segala proses dengan baik dan cemerlang.

Ingat pesanan ini, kerja tetap dengan upah nan mantap JANGAN ditinggalkan lagi

Ingat pesanan ini, kerja tetap dengan upah nan mantap JANGAN ditinggalkan lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now