GHAIRAH PENULIS

124 6 2
                                    


GHAIRAH PENULIS BAHARU

Bukanlah makna kata saya ini penulis kondang, cuma sejak muda banyak menulis kerana berjawatan sebagai guru sekolah. Saya juga bukanlah pembaca tegar selama ini.

Terpanggil untuk menulis artikel ini setelah anak didik saya yang mengalami bi-polar dan depresi dibuli dalam paparan internet. Saya kira dunia penerbitan dan pembacaan mutakhir ini harus mencari jalan yang damai. Untuk negara yang kecil ini rasanya penulis tumbuh bagai cendawan lepas hujan.

Menggalas tugas sebagai penulis juga tidaklah seringan mana kini. Rata rata di awalnya membayangkan bagaimana seronok kalau dikenali, tampil di media atau bila kerja diwar warkan. Gembira, debar, bangga akan beriringan dengan hal hal yang lain.

Bayangkan usaha tidak berhenti kamu sudi dicetak atau berjaya dicetak sendiri. Perasaannya agak memberansangkan. Dari pengalaman sendiri, sebaik sahaja naskah pertama mendapat lampu hijau, penulis di rumah sudah siap merangka apa yang seterusnya. Begitulah ghairahnya perasaan sang penulis.

Naskah yang siap dicetak, dipasarkan, dipromosikan hadir dengan pelbagai hal hal lain dijalur seterusnya.

1. Hadir promosi jualan, bedah buku dan sesi pengenalan

2. Menanti reaksi pembaca awal (reviu, pertanyaan kenapa mengapa)

3. Realiti royalti (kawan kawan dan ahli keluarga sudah fikir kamu kaya)

4. Sokong bantu media lain untuk diperkenalkan kamu secara luas

5. Mencari sisi sisi kamu setelah magnum opus.

6. Atau kamu kecewa kerana dunia penulisan tidak seindah mana!

Saya fikir, sebagai penulis tegar kamu tahu di mana garisan untuk kamu menjadi lebih inovatif, berani, terbuka, sensitif dan bersedia untuk menyahut cabara meskipun sebagai penulis fiksyen sekalipun.

Di Malaysia ramai penulis pemula didapati sangat bersopan santun. Jarang mereka bersifat kurang ajar sesama penulis. Itu antara sifat yang sangat selamat yang saya senang sekali. Rasa membuak buak mahu mengkritik kerja orang lain mampu dikawal rapi. (tidaklah saya tahu kalau mereka menggunakan nama samaran dalam reviu reviu yang sesekali ditemui – mungkin mewakili diri sebagai pembaca)

Kembali pada anak didik saya yang depresi akibat dibuli lewat medsos, ianya sangatlah menyedihkan. Dari ceritanya saya tidak pasti samada bulian datang dari komuniti penulis. Dia menggunakan ruang menulis sebagai remedi untuk mengawal perasaannya dan bercita cita mahu ikut sama memeriahkan dunia penulisan. Saya kira kalau mahu mengkritik ada caranya. Baca dulu situasi sang penulis tersebut, cari latar belakang dan kerja kerja lamanya.

Penulis pemula juga tidak harus hilang ghairah kalau dikritik, sematkan hal tersebut dalam hati, hasrat mahu memperbaiki tulisan harus ada dalam kadar yang merendah diri. Pengalaman saya dikritik? Ada, banyak, saya kawal dan duduk berfikir. Begitu juga sistem sokongan sesama penulis muda yang lain, ia harus ada. Pandai pandailah kamu mencarinya, ingin disarankan para penulis menyertai write in session yang selalu ada di kota kota besar. Duduk, kenal, berbual, berwacana, pasti akan ada inspirasi baharu dari sesi tersebut.

Ini bukan watak penulis dalam filem. Sematkan pesanan ini dalam hati. Ini realiti dunia penulisan, di mana kamu akan bahagia bila berjaya menulis dengan baik, menjamu emosi pembaca, mengajar sesuatu yang baharu, menghiburkan paling tidak. Menulis lambat laun akan melatih kamu berdisiplin. Segalanya tersusun. Nota, pencarian info, susunan, ejaan, kosa kata baharu, akronim, peka terma dari pusat bahasa hinggalah jumlah kopi atau rokok kamu. Semangat jangan mati, setelah kamu percaya bahawa kamu mahu menulis. Latih, baca, latih dan baca lagi demi kemantapan genre pilihan.

Ghairah mahu menghentam penulisan orang lain, sebaiknya simpan dahulu. Tumpukan pada kemantapan naskah peribadimu. Belajar mencari kata kata selamat dan sopan apabila ada orang menjerat mahu bertanya pendapat tentang karya orang lain. Jika mengkritik mahu dijadikan sebagai karya penulisan pastikan kamu adalah susuk penulis yang pernah hebat dan bukan pakar bahasa sahaja, melihat karya orang lain secara holistik adalah penting. Pujilah seadanya, berpada pada jangan sampai dilihat condong hanya kerana karya tersebut hadir dari penerbitan yang sama atau penulis tersebut kawan kamu.

Saya kira, mendukung sesama seperti yang saya lakukan selama ini dengan dua tiga teman di medsos banyak membantu. Kami sangat terbuka dan tahu batasan. Saya mahu berfikir bahawa mana mana mereka yang bergelar penulis adalah manusia yang bijak berfikir dan mampu untuk mendengar saranan yang diberikan secara terhormat. (Direct Message, Private Message, e-mel bersopan dan lain lain).

Selamat menulis anak anak semua...

BUDIMAN dalam keretapi di China

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUDIMAN dalam keretapi di China.

MENULISWhere stories live. Discover now