CONTOH EDITAN - MENGEDIT

62 4 2
                                    

Sudah disentuh sebelum ini tentang kerja mengedit. Editan bukan sahaja pada kesalahan ejaan. Editor rumah penerbitan akan bertanggung jawab mengedit isi, tatabahasa, dan susunan penulisan. Jangan meremehkan kerja sang editor, kerana editor yang baik mempunyai suara. Kesannya, manuskrip mungkin tidak akan diusahakan, diserahkan kembali pada penulis atau TIDAK dicetak atas saranan editor pada syarikat penerbitan kerana terlalu BURUK.

Berikut disertakan 5 atau lebih perenggan yang diedit. Tulisan editan adalah yang dihitamkan, manakala penerangan pula condong.

(Contoh ini mendapat kebenaran pemilik dinding CK demi pembelajaran bukan untuk mengaibkan sesiapa - kita akan saling belajar).

-------------

Suhaida tidak seperti kebanyakan manusia lain. Jantung gadis itu berlubang sejak dia dilahirkan lagi. Bahkan sepanjang hidupnya, sekurang-kurangnya sebulan sekali dia akan menerima rawatan di Institut Jantung Negara(IJN). Meskipun rutin hariannya tidak seperti kebanyakan rakan sebaya di sekolah, tetapi dia tidak pernah beranggapan bahawa dirinya 'sakit'. Sebaliknya dia beranggapan dirinya seorang 'fighter' seperti kebanyakan pesakit-pesakit kanser di negara ini.

(Suhaida seorang gadis, kenalkan dia sebagai berbeza. Sifat positif dan berbeza rutin hidup dengan cara yang mudah sebagai pembukaan)

Suhaida tidak seperti kebanyakan gadis lain. Jantungnya berlubang sejak dilahirkan. Sepanjang hidupnya paling tidak sebulan sekali dia menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Meskipun rutin hariannya terbantut bebanding rakan sebaya, dia tidak pernah beranggapan bahawa dirnya 'sakit', malah dianggap bahawa dirinya 'Fighter' seperti semangat pesakit kanser yang positif.

Kini, umur Suhaida sudah mencecah 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketidaksempurnaan pada dirinya langsung tidak mengugah motivasi dan semangat juangnya dalam pelajaran dan akademik.

(Motivasi dan semangat itu maknanya hampir sama, pilih satu...)

Kini usianya sudah mencecah 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.. Ketidaksempurnaan diri tidak mengugat semangat juangnya berurusan dengan hal akademik. Impiannya mahu menjadi seorang pakar kardiologi.

Gadis itu selalu cemerlang dalam pelajaran serta bercita-cita untuk menjadi seorang ahli kardiologi.

(kurangkan ITU... gantikan dengan Dia...e.g: Dia pelajar yang cemerlang akademik dan bercita cita...)

Namun begitu, tepat pada hari pertama Suhaida sepatutnya menduduki peperiksaan SPM. Gadis itu pitam di dalam biliknya seusai bersiap untuk ke sekolah. Ibu dan bapa Suhaida bergegas menghubungi pihak ambulans.

(Ibu dan bapa kenapa tidak ditukar pakai ibubapa sahaja? cukup hanya bilik, memang dia bersiap di bilik miliknya, bukan?)

Pun begitu, di hari pertama SPM Suhaida pitam di bilik setelah bersiap untuk ke sekolah. Ibubapanya terpaksa menghubungi ambulans.

atau digabung jadi: Namun begitu, tepat pada hari pertama Suhaida sepatutnya menduduki peperiksaan SPM. Gadis itu pitam di dalam biliknya seusai bersiap untuk ke sekolah. Ibu dan bapa Suhaida bergegas menghubungi pihak ambulans yang tiba tepat 20 minit di kediaman mereka. 

Kurang 20 minit menyusul, van ambulans tiba di kediaman Suhaida dan keluarga. Gadis dara itu lekas dibawa masuk ke dalam ambulans. Ibu dan bapa Suhaida tidak ketinggalan menaiki van kecemasan itu.

(ulangan ambulans yang sudah diceritakan di bahagian atas...cuba cerita dalam satu frasa: 20 minit, kediaman, usung, ibubapa ikut serta)


MENULISWhere stories live. Discover now