GTLF 2020 WAWANCARA FATIMAH BUSU

53 3 2
                                    

SIAPAKAH FATIMAH BUSU

Fatimah Busu (Lahir bulan Januari 1943) ialah seorang penulis novel, cerita pendek dan cendekiawan Malaysia. Beliau tidak sahaja merupakan antara pelopor sastera kontemporari cereka bahasa Melayu, malah juga pengulas sastera bahasa Malaysia yang pertama

Setelah tamat pendidikan formalnya di sekolah rendah dan menengah, beliau menyambung pengajian dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai guru selama hampir 10 tahun.

Pada awal dekad 1970-an, beliau menyambung pengajian tingginya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkat kesungguhannya dalam bidang akademik, Fatimah Busu memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1978) dan Doktor Falsafah (1994) di universiti yang sama. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat secara kontrak sebagai pensyarah Fakulti Kemanusiaan USM

Karya pertamanya suatu cerita pendek berjudul Kerana Adik yang terbit dalam majalah Mutiara tahun 1959. Kerya cerpen keduanya Hari Pesta diterbitkan Gelanggang Filem pada tahun berikutnya.

Novel pertama karangan beliau Ombak Bukan Biru terbit tahun 1977.

Pada 2011, beliau juga membentangkan kertas kerja bagi mempertahankan kewajaran novel Interlok karya SN Abdullah Hussein. PENA menggunakan kertas kerja itu untuk mempertahankan Interlok sebagai teks Komsas Tingkatan 5.

- Puluhan cerpen siaran media, antologi cerpen, antologi sajak, esei sudah dihasilkan.sejak tahun 1956

Pelbagai anugerah sastera sejah tahun 1971 diperolehi, termasuk menolak anugerah SEA writers award di Thailand sekitar tahun 2004 dan polemik pencalonan beberapa tahun sebelumnya oleh pejaga pagar sastera Malaysia.

-----------------------------------------------

Lokasi: Penang Music House, Komtar

Wawancara khas bersama Fatimah Busu akhirnya terlaksana. Seperti biasa saya agak gementar akan kesempatan ini. 1 jam yang diperuntukan dirasakan tidak cukup untuk sesi santai terbuka untuk GTLF2020 yang bertema Through The Looking Glass

MELIHAT MELALUI KACA

Terang jelaskah segala imejan?

jelas di mata tanpa suara?

kabur gelas tidak berjaga?

tidak adil berilusi membayang

kaca berhadangan habuk?

berpantulan serba tak kena?

membias pelbagai rasa

Melihat melalui kaca

ayuh dicari jalan

cerahlah mata, hati dan telinga

Regina Ibrahim

031020 Georgetown.

Soalan dan perbualan santai dimulakan dengan pertanyaan "Apakah deskripsi beliau jika ditanya oleh generasi baharu, Siapakah Dr Fatimah Busu?:

Bertolak dari situ segalanya jadi mudah dan santai tentang penghasilan karya pertama hingga karya mutakhir yakni Missing Pieces 1 dan 11.

Deretan buku buku yang dibawa oleh beliau banyak membantu perbualan yang agak terbuka bagaimana pernah didinginkan oleh penjaga pagar dan teman teman seangkatan. Kami melewati cerita lama. Antaranya: Saman terhadap Utusan Malaysia, antologi bersama dengan 3 Sasterawan Negara dengan hanya beliau seorang yang tidak menggalas gelar SN.

Perbualan diteruskan dengan lancar tentang rasa kesal beliau terhadap editan Salam Maria dan ulasan tidak puas hati mengatakan Salam Maria disalah ertikan tidak Islamik.

Secara santai juga disentuh bual bicara tentang karya karya adaptasi terkini menjadi drama televisyen, saya percaya penonton mahu mendengar pendapat beliau akan trend mutakhir tersebut.

Mengimbas kembali karya karya lama yang diterjemah, bertanya tentang harapan nirlaba bila karya diterjemah demi mengangkat status karya sastera negara. Karya beliau sudah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Vietnam dan Denmark. Begitu juga dengan karya yang digunakan oleh KOMSAS selama 10 tahun dengan royalti yang berbaloi.

Tidak lepas dari mengimbaskan kembali cerita hangat bagaimana ditahan sewaktu rusuhan pelajar akan kejadian di Baling, beliau menceritakan bagaimana 2 hadiah sastera menyelamatkan beliau di saat genting tersebut. 

Dominasi penulis lelaki di tahun 70an dan 80an serta kehilangan karyawan wanita lain juga ada disebutkan. Sokongan sesama penulis tertentu diterima dengan hati terbuka di zaman tersebut. Ikut disentuh adalah kebebasan memilih tema untuk diketengahkan sebagai karya sastera, bagaimana pentingnya untuk dipaparkan watak watak masyarakat terpinggir.

Pebualan yang mengalir ini membawa imbauan penuh nostalgia bagaimana beliau antara perempuan pertama yang menulis, mengarah dan berkeliling daerah mementaskan drama di tahun 70an di Kelantan.

Beliau juga menyatakan kesukaran sebagai pengkarya swaterbit kerana tidak mendapat dukungan dari penerbit dan beberapa karya lalu yang tidak dibayar royalti, sehingga terpaksa mencari jalan undang undang dan diberikan sejumlah buku sebagai ganjaran yang kemudiannya dijual pada perpustakaan dan dijual secara peribadi.

Paling menarik beliau masih menyimpan buku antologi langka dimana karya beliau sewaktu masih bersekolah, khabarnya hadiah sebanyak 80 ringgit itu sangatlah bermakna di tahun 1962.

Personaliti sasterawan dan cendiakawan ini saya fikir harus diperkenalkan semula pada pembaca dan penulis, begitu juga para karyawan baharu.

Semangat menulis beliau masih membara, cuma penghadangnya hanyalah mencari penerbit - secara santai beliau mengatakan bahawa dia sedang mengusahakan 2 naskah baharu saat ini.

Secara peribadi ini merupakan peluang yang berharga bila dapat menemubual Dr Fatimah Busu, sosok yang dikagumi sejak lama dan sesi ini membuka mata tentang kesukaran perjuangan melalui penulisan.

NOTA: Video bual bicara penuh akan dimuatnaik di portal Georgetown Literary Festival 2020 nanti.

NOTA: Video bual bicara penuh akan dimuatnaik di portal Georgetown Literary Festival 2020 nanti

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
MENULISDonde viven las historias. Descúbrelo ahora