TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN

27 4 1
                                    


TENTANG GALAU DUNIA PERBUKUAN

20 buah tajuk buku terbitan Dubookpress dilupuskan. Ya, dimusnahkan secara timbang kati. Paling tinggi jumlahnya adalah buku Amran Fans sejumlah 7297 unit dan terendah judul Dan Tuhan Ciptakan Anjing sejumlah 72 unit.

Mungkin inilah jalan akhir penerbitan Dubook yang dilanda pelbagai polemik sebelum dan setelah dilanda haru biru urusan perbukuan akibat COVID19.

Berhimpun di bawah kejadian tersebut tetaplah hanya sedap diungkap tanpa mengetahui situasi sebenar setelah melihat 20 judul yang tidak kurang menariknya. Apakah mereka berada di bawah sistem yang lemah? Gagal menebak kemahuan pembaca? Terlalu mendepan dalam sebarang isu? Sistem rekod keluar masuk buku? Pembayaran royalti? dan macam macam lagi persoalan menerpa masuk ke telinga pembaca, penulis dan syarikat penerbitan lain. Tidak ada persoalan yang mampu jadi TEPAT, kerana kita tidak menanggungnya.

Tidak dapat tidak, dunia penerbitan adalah sejenis perniagaan. Perniagaan yang aneh sebenarnya, tanpa diketahui oleh orang banyak tentang perjudian edaran, cetakan, kesudian pembeli dan mungkin juga elemen elemen tambahan yang mampu menjadikan sesebuah karya yang sudah diambil risiko harapan jadi laris manis, diperkatakan oleh pembaca ramai atau mampu berperan sebagai pemikat pembaca/pembeli baharu. Kita masih tidak mampu untuk berteka teki akan perniagaan sebegini. Membanding kemelut "tidak laku" dengan penerbitan lain yang tampak maju sebenarnya tidak adil langsung.

Tundingan mencari salah hanya membawa keliru.

1. Apakah masyarakat kita kurang gemar membaca?

2. Apakah bacaan mereka terhad pada Medsos semata mata?

3. Pemasaran dan edaran bagaimana lagi dimahukan?

4. Mereka suka buku murah? 20 ringgit terlalu mahal?

5. Topik pilihan mereka/pembaca tidak pernah selagu dengan terbitan?

6. Apakah penulis hanya membabitkan soal syok sendiri?

7. Tidak ada rasa percaya pada pengkarya tempatan?

8. Bosan setelah membanding dengan karya dari luar?

9. Masih membezakan antara penerbitan indie dan arus perdana?

10. Merasa tidak luak apa apapun jika tidak mendukung hal tempatan.

Senarai di atas boleh jadi apa sahaja, pehujungnya tetap menyedihkan.

Sesekali di medsos terlihat penulis/pengkarya menggelupur mencari pendekatan terbaik untuk membina barisan pembaca (pengikut/peminat). Ada yang mengiklankan karya baharu dalam kadar yang kerap, menawarkan beberapa bab karya terbaharu, memberikan hadiah istimewa pada bakal pembaca. Entah bagaimana perasaan sang pemula jika difahami akan situasi sebegini. (Saya mendoakan semangat pemula tidak mati atau palign tidak masih berada di fasa seronok mahu menulis dan memiliki buku)

PKPB tidak membantu sebenarnya. Terbantut urusan bertemu dan mempromosi secara fizikal di pesta pesta buku dalam skala apa sekalipun. Diskaun dan lelongan buku sejak bulan Mac hingga kini berterusan.

Dalam diam masing masing pengkarya dan penerbit buku tegar tidak mahu mengalah. Pemikir akan tetap berkarya samada fiksyen atau nyata, sambil berdoa agar giat MEMBACA terus terpahat menjadi antara gerak penting masyarakat yang maju dan bertamaddun.

Sesekali akan kedengaran terbitan baharu dan semangat swaterbit melintas di jalurmasa. Petanda semangat dan harapan masih ada.

Kita masing masing mendoakan yang baik baik.

REGINA IBRAHIM

131120

131120

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now