HONORARIUM

44 3 0
                                    


PURA PURA LUPA HONOR

Dalam nada Inggeris maksudnya MENGHARGAI, to honor

Definasi Honorarium: Sejumlah wang atau barangan diserahkan pada si polan kerana khidmat, di mana tidak ada harga rasmi atau sejumlah wang dibayar kepada.....

Sering kami sesama teman penulis akan tertawa, "alamak mereka terlupa syarat nombor 4!" Setelah menilik syarat syarat dalam iklan jemputan untuk menulis selama ini.

Sayembara, portal baharu, jemputan untuk menulis, jemputan menjadi panel dan lain lain khidmat menulis termasuk jemputan menjadi pembaca beta, mengedit cerpen atau rencana selalu bagaikan terlupa akan syarat honorarium/ tersebut.

Ada yang terangan menyebut: Portal/situs ini hanyalah untuk memeriahkan dunia sastera/penulisan. Begitu juga dengan jemputan untuk menyertai antoloji antoloji cerpen dan puisi.

Tidak mahu bersensasi di sini, saya fikir sebarang karya yang dihantar kalau benar dicetak, dilampir, disisip harus diimbuhkan dengan sedikit penghargaan. Paling tidak 1 buku pilihan seperti RomanBuku, 10 zines setelah karya dicetak, voucher 100 ringgit laman cerpen Cukaria, artikel untuk portal Jalan Telawi 280 ringgit, Honor menarik PUSAKA untuk berpanel juga moderasi, 400 ringgit untuk satu panel di GTLF,  20 buku setelah cetakan untuk antoloji, 380 ringgit dari penerbitan DBP/jemputan menjadi ahli panel dan untuk artikel tersiar, secara mudah ia menyentuh apa sahaja bentuk penghargaan pada sang penulis/pengkarya/pemilik bakat/pemikir

Isu lapuk ini jarang dibicarakan kerana mahu menjaga hati, takut dihentak paku buah keras dengan mengatakan: "Kau ingat karya kau hebat sangat? Alah... kau orang tak kenalpun? Orang bagi peluang sudah cukup baik!"

Kamu fikir bagaimana?

1. Bagus kalau untuk penulis pemula mencari ruang peluang

2. Apa selamanya dia akan menyumbang secara percuma?

3. Lambakan penulis yang ghairah mahu karyanya tersiar?

4. Baik untuk portfolio penulisan?

5. Menjamu ego senarai karya?

6. Menulis hanya untuk suka suka?

Terdapat portal portal yang secara terbuka mengatakan mereka tidak akan menyumbang apa apa honor seperti MalaysiaKini dan tidak bertanggungjawab terhadap apa apa isu sosial/politik yang berbangkit secara undang undang atau mahlamah. Portal sebegini banyak dan tidak salah langsung kerana masing masing mempunyai kepentingan peribadi. Penulis juga mungkin hanya suka suka, mahu didengari dan membina kekukuhan di bidang penulisan atau bidang lain yang diceburi.

Begitu juga dengan syarikat syarikat penerbitan yang mengiklankan supaya manuskrip cerpen, novel atau skrip drama untuk dihantar. Tambah buruk tidak ada sebarang susulan seperti e-mel atau maklum balas. Kita tidak pasti apa yang terjadi dengan manuskrip manuskrip tersebut? Tidak pula ada sebarang berita susulan tentang siapa menang, siapa terpilih, disiarkan di mana?

1. Apa dibuang begitu sahaja?

2. Disimpan dan dirombak oleh penulis syarikat mereka?

3. Diolah menjadi karya lain berasaskan penulisan yang dihantar?

4. Tiba tiba sahaja tertonton drama yang bagaikan sama dengan idea kamu?

Saya bukan sesiapa untuk menasihati para penulis untuk bertindak. Ini hanyalah sekadar meminta agar kita berfikir tentang usaha, tenaga dan masa yang sudah diperuntukkan untuk memenuhi syarat syarat mereka... (font bagaimana, jarak antara baris, alamat, isi kandung karya mahunya mereka -tanpa ada segmen honor).

Ada. Bukan tidak ada mereka yang telus dalam selenggaraan hal penulisan. Segalanya terpulang bagaimana kamu melihat permintaan mereka. Menyumbanglah secara bijaksana.

1. Demi suara hati yang mahu didengari

2. Membina kekukuhan sebagai penulis

3. Meriki peluang yang jauh lebih baik

4. Berkontrak padu untuk keselesaan dua pihak

5. Berbaloi meskipun imbuhannya kecil

SILA AMBIL HENTANG: artikel ini TIDAK bertujuan menghasut para penulis dan pengkarya. Kita mahu sama sama berfikir tentang kes kes tidak sedap yang lepas, tidak diulangi dan beriktikad mengukuhkan rasa tanggungjawab sesama.

 Kita mahu sama sama berfikir tentang kes kes tidak sedap yang lepas, tidak diulangi dan beriktikad mengukuhkan rasa tanggungjawab sesama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now