MENGEDIT LONGGAR

39 1 0
                                    

Berikut adalah paparan karya yang ditemui di medsos. Cerpen anak Malaysia yang berbakat. Namun sama seperti penulis pemula, kesedapan menulis menjadikan kita tidak ringkas.

NOTA: Ini bukanlah editan terbaik. Penulis harus menetapkan panggilan atau rujukan pada watak. Bila disebut/gelar dalam penceritaan apakah mahu kekal dirujuk/gelar Suami, Si lelaki, si seksi, atau nama sahaja. Pengunaan ayat ITU dan INI ada ketikanya tidak perlu (ia berbunyi sedap sewaktu mengarang). Ulangan dia dikurangkan, boleh diganti dengan kata laku e.g: dimasukkan, dikeluarkan, diungkapkan dll... begitu juga dengan kosa kata pilihan. 

Editan berada dalam kurungan dan ayatnya sengaja dicondong hitamkan untuk melihat beza susunan kata asal dan yang diedit.

Semoga kita mendapat sedikit tunjuk ajar dalam berfiksyen.

-----------------------

Beberapa kali dia memicit kepalanya yang bedenyut-denyut seakan-akan mahu pecah.Suhu yang sudah membahang menghangatkan lagi cuaca panas pada hari itu dan mematikan kedinginan dalam bilik berpenghawa dinginnya. (Beberapa kali dia memincit kepalanya yang berdenyut-denyut seakan mahu pecah. Suhu bagaikan membahang di cuaca panas hari tersebut, mematikan  kuasa dingin bilik yang berpenghawa dingin)

Kepingan-kepingan gambar dalam sampul surat berwarna coklat yang tertulis nama dan alamat rumah itu dia lemparkan di atas meja kerjanya.Habis berteraburan gambar-gambar itu.Ada sekeping yang telah jatuh ke lantai. (dilempar ke atas meja kerja. Bertaburan. Sekeping jatuh ke lantai – tidak perlu ulangan nya dan itu)

Sempat lagi dia menjeling ke arah gambar yang menunjukkan aksi panas sepasang kekasih yang bertelanjang bulat di atas katil itu.Dia mendengus kasar. (dijelingnya pada gambar aksi panas sepasang kekasih bertelanjang bulat di atas katil. Dengusannya jadi kasar)

Semakin lama semakin membarah hatinya apabila menatap gambar-gambar itu sekali lagi.Dia bermundar-mandir di hadapan meja kerjanya. (Hati semakin membarahbila diteliti gambar itu berulang kali. Tidak keruan dia bermundar mandir di ruang kerjanya)

Bilik kerjanya yang besar itu terasa sempit baginya.Seperti tiada ruang untuk dia terus bermundar-mandir, pergerakannya terhad.Dia mengalami klaustrofobia ; suatu keadaan yang menyebabkan seseorang itu berasa sempit dan terhad. (Ruang kerja yang besar terasa sempit. Makin menguncup, geraknya jadi terhad. Deria Klaustrofobia bagai menyerang, sempit sesak!)

Dia juga berasa sesak nafas, seolah-olah oksigen tidak sampai ke peparunya.Air peluh sudah sudah membasahi bawah ketiak dan belakang bajunya walaupun penghawa dingin sudah mencatatkan suhu 16 darjah Celsius.Namun dia masih terasa bahang kepanasan itu, mungkin sahaja bahang itu berpunca daripada amarahnya sendiri. (Oksijen seperti tidak sampai, dia bertambah sesak. Berjerau peluh melembapkan celahan ketiak dan bahagian belakang kemejanya meskipun suku ruang 16 darjah Celsius. Bahangnya tetap terasa, apakah bahang dalaman?)

"Arghhhh!" dijeritnya sekuat hati

Diraup mukanya dengan telapak tangannya berkali-kali seraya mengalunkan istighfar.Dia cuba mewaraskan pemikirannya sendiri namun gagal. (Wajah diraup berkali kali, beritighfar di bawah nafas. Percubaan mewaraskan jiwanya gagal)

"Perempuan sialan!" Sekali lagi dia berteriakkan. (meluncur teriak geram)

Dia berjalan ke suatu sudut kecil yang memuatkan dua buah sofa panjang dan sebuah meja kaca.Pantulan meja kaca itu memaparkan seorang wanita seksi yang lagi rakus memeluk kekasihnya.Lalu wanita seksi itu menanggalkan pakaiannya satu per satu.Serta-merta dia menepuk meja itu.Namun, bayangan wanita seksi itu masih ada tetapi kali ini wanita itu menguntum senyuman penuh sinis kepadanya. (Dihampiri sudut yang memuatkan dua sofa panjang dan meja kaca. Pantulan meja kaca memaparkan wanita seksi yang terlihat rakus merangkul kekasihnya. Aksi seksi menanggalkan busana satu persatu dengan senyuman menggulum penuh sini padanya terus bermain main)

MENULISWhere stories live. Discover now