TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?

42 6 4
                                    

TIDAKKAH RALAT MEMBIMBING PENULIS MUDA?

Bukanlah soalan yang ditanya oleh sesiapa, kerana saya bukanlah penulis tersohor negara. Soalan ini meluncur sekali sekala dari diri kepada diri, sepanjang hujung tahun 2018 dan sudah tentu membawa ke hujung tahun 2019.

2019 adalah tahun yang berani dan yakin secara peribadi. Jadi rasa ralat tidak muncul. Ralat jika para pemula tidak mendapat pati tujuan menulis dan hanya mahu mengecap glamer (manalah ada glamer sebagai penulis yang sering dikatakan pemikir) - ini negera kecil dan para penulis hanya menyumbang demi kemeriahan bacaan, sumbangan buah fikir, cerita hiburan atau bangun mencium logika hidup.

Banyak cerpen, sajak dan blurb dihantar untuk disemak dari penulis penulis muda yang percaya pada kemampuan saya. (Dari semuda 17 tahun sehinggalah yang sudah matang) Nampaknya kami saling menghargai. Mengedit seperti yang dikatakan akan memberikan peluang untuk melihat kelemahan orang dan kelemahan diri, berakhir dengan baik pulih dua pihak. Kelemahan ditegur berdasarkan pengalaman menghasilkan karya karya lama.

Ramai pemula yang berpotensi dan berbakat tentunya.

Ada karya yang diedit semak 3 bab atau beberapa perenggan sahaja, setelah menegur butiran yang tidak tersusun. (mereka boleh hantar lagi jika mahu).

Nampaknya para pemula sudah mengerti akan teknik, sama sama belajar bila diberi saranan dan ketik menggariskan alasan kenapa menulis begitu dan begini.

APA YANG SUDAH DITEGUR?

- Isi dan tema cerita (tidak menarik, tertinggal zaman atau sudah kerap diulang ulang)

- Kilas plot yang tidak menarik. (sewaktu menulis pemula harus meletakkan diri sebagai pembaca sekaligus) - fikir bagaimana pembaca yang teruja. 

- Ulangan POV yakni Aku atau Nama watak pilihan berulang ulang dalam satu perenggan.

- Redundancy kenyataan, bertele tele, lewah untuk tujuan apa?

- Tanda bacaan

- Reka atur frasa dan memanipulasikan kata terhadap suasana sedia ada.

- Kemampuan untuk bercerita tentang lokasi pilihan. Tidak kira samada ia goegrafi betul atau lokasi rekaan semata mata. (begitu juga dengan peralatan hidup di zaman yang dipilih untuk berfiksyen)

- penguasaan bahasa (jargon, kosa kata baharu DBP, pemilihan kata sendi betul, ejaan tepat dan lain lain) e.g: Dia berjanji pada diri akan mula berdikari melakukan semuanya sendiri. Sepatutnya: Dia akan mula berdikari (sudah cukup). Hal hal NIR dan TUNA yang diperkenalkan oleh DBP boleh diguna pakai. Nirlaba (tidak bertujuan keuntungan) mungkin Tunawisma (gelandangan), Tunasusila (manusia tidak bermoral)... - untuk tulisan bernada dewasa.

- Ulangan yang bukan sahaja POV, malah hal dalam tanda kutip dan penerangan setelahnya dalam perenggan. Show don't tell

- Sifat seronok mahu berlewah lewah dalam cerita (kerana seronok menulis atau mahu memanjangkan jumlah kata dalam karya?)

- Dialog yang seharusnya padat dan mudah (bukan ungkapan seperti drama drama RTM)

- Bagaimana mengurangkan YANG dan gantinama diri yang sebaiknya diringkaskan menjadi KU atau NYA. (ini teknik yang memerlukan banyak latihan menulis). Bila menyatakan barisan nama watak dan bila pula untuk digantikan dengan MEREKA

- Dialek dialek tempatan dieja dengan baik (jika difikirkan ia akan jadi elemen menawan dalam karangan). Jika tidak yakin, lupakan.

- Jangan percaya pada tindak balas setelah karya dipaparkan di medsos. (kawan kawan kamu kemaruk cerita, bukan pada susunan tepat bahasa dan kata kata)

- Nasihat agar pemula terus membaca agar ekspresi tulisan menjadi lebih menarik, segar, kekinian dan berbunyi bijak bersinis ketika mengarang. (sifat warganegara, trend, politik negara, galau ekonomi dan lain lain bukanlah hal kosong sumbangannya pada isi penulisan) - begitu juga dengan menonton filem, dokumentari atau apa sahaja yang terkait dengan isu yang mahu diketengahkan.

-------------------

LATIHAN SECARA PERIBADI

Terjemahan sajak dan prosa pendek dilakukan untuk karya pemula yang dirasakan berpotensi, begitu juga dengan terjemahan penulis kodang yang dirasakan perlu diterjemah.

Menjadi pembaca beta untuk novel yang belum dicetak adalah antara proses pengkayaan diri. Mencari pembaca beta adalah disarankan jika kamu mahukan imbal balik demi karya akhir yang baik (Namun memilih pembaca beta tidaklah semudah ABC... harus berhati hati)

Sebagai penulis yang masih mahu belajar kerap saya menilai artikel artikel di portal terpilih. Portal yang disarankan adalah MalaysiaKini, SelangorKini, Malaysian Insight dan beberapa lagi. Tujuan tidak lain tidak bukan adalah untuk melihat tahap kehebatan pelapur/penulis/wartawan. Begitu juga latihan untuk meyimak hal hal mediocriti penulisan agar mata menjadi lebih tajam. Pokoknya saya masih membaca novel novel tempatan dan Asia, seperti biasa jika masuk bab 3 dan masih tidak menarik ia akan diketepikan sahaja.

Hadir ke wacana literasi skala besar untuk membicarakan tentang isu yang dibawa dalam isi penulisan juga dianggap penting. Pertemuan dengan nama nama besar (antaranya: Goenawan Muhammad, Prof Muhammad Hj Salleh, Pak Supardi, Saras Manikam, Bernice Chauly, Kam Raslam dan ramai lagi tidak tersebut) sudah tentu memberikan inspirasi dan tambahan pada keberanian menulis.

----------------

Kerap dipesan: Tidak kira samada kamu penulis fiksyen atau fakta, ada hal hal hidup yang harus kamu lalui, kaji, fikir dan terus beranalisa. Gelojak dalam diri sewaktu menilai semua kejadian itulah yang akan digunakan sewaktu menulis. Jika menentang bagaimana? Bila bersetuju bagaimana? Kemudian diri dilatih untuk menjadi neutral bagi mewakili setiap watak pilihan yang akhirnya menggambarkan kesimpulan kamu sebagai individu/penulis.

NOTA: Kenapa harus ralat? Saya bekas guru kerajaan yang masih lagi bergelar guru yang mahukan segala yang terbaik untuk murid murid.

NOTA: Kenapa harus ralat? Saya bekas guru kerajaan yang masih lagi bergelar guru yang mahukan segala yang terbaik untuk murid murid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KUMCER ... Curhat - akan aku ceritakan bakal menemui kamu terbitan Pojok Karangkraf.

MENULISWhere stories live. Discover now