MARI SAMA SAMA BELAJAR

28 4 0
                                    


Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Amat cantik

Sungguh penat

Pintar sekali

Paling bodoh

Apitan ialah sejenis imbuhan yang terdapat pada awal dan akhir sesuatu perkataan dasar secara serentak. Apitan merupakan perkara biasa dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Contoh: ber...an.

Tercantik

Memenatkan

Terpintar

Kebodohan

Imbuhan hadir untuk memperkuatkan kata dasar. e.g: BELI – MEM/BELI PEM/BELI PEMBELIAN DI/BELI

Imbuhan awalan dan imbuhan akhir. Mem/beli – Pem/beli/an

Ada imbuhan awal melibatkan 2 imbuhan seperti Mem/per/kasa, Me/mer/hati

Penglibatan 3 imbuhan (2 awal dan satu akhir) disaran agar penulis berfikir semula. Contohnya: Mempertahankan, Menyajikan, Memperkuatkan, Dipermudahkan, Diperlebarkan – 3 imbuhan yang digabungkan pada kata dasar bunyinya memang sedap kerana keterbiasaan ungkapan bicara, sedangkan imbuhan hadapan sudah memperlihatkan ia sebagai kata kerja (perbuatan).

Penggunaan kata adjektif (kaya) dengan apitan tersebut dianggap tidak tepat. Begitu juga dengan kata terbitan berikut: memperdalamkan, memperbanyakkan, memperbesarkan, memperhebatkan dan sebagainya. Pembentukan dengan kata adjektif yang tepat ialah dengan menggunakan awalan memper- sahaja (tanpa akhiran -kan)

Memperdalam – ilmu adalah tugasan kita semua.

Memperbanyak – pengikut menjadi tunggak sesebuah ajaran

Memperbesar – Kawasan takluk adalah agenda utama

Memperhebat – kemahiran adalah latihan berkala

Gunaan dua imbuhan awal dilatih hingga jadi kebiasaan (bukan ke/ter/biasa/an sewaktu menulis)

Memperbaiki bunyinya sedap bukan? Saya juga fikir begitu, tetapi harus dibiasakan gunaan 2 imbuhan awal tanpa apitan akhir i.

NAMUN sila lihat makna di bawah:

Sebenarnya, maksud ketiga-tiga perkataan itu ada perbezaan yang besar. Lihat makna perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga seperti yang berikut:

membaiki = membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainya
memperbaiki = (sastera lama) berbuat baik kepada
memperbaik = menjadikan bertambah baik (bagus, rapi dan sebagainya)

------------------------------------------

INFO BAHASA- PERBEZAAN ANTARA "MEMBAIKI", MEMPERBAIKI" DAN "MEMPERBAIK" SERTA PELBAGAI PERMASALAHAN TATABAHASA

PERBEZAAN ANTARA "MEMBAIKI", "MEMPERBAIKI" DENGAN "MEMPERBAIK"

Secara umumnya, banyak pengguna bahasa waima guru subjek Bahasa Melayu sendiri turut menggunakan kata kerja membaiki, memperbaiki, dan memperbaik dengan cara yang salah. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan mereka beranggapan bahawa perkataan "membaiki" dan "memperbaiki" membawa maksud yang sama.


membaiki = membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainya
memperbaiki = (sastera lama) berbuat baik kepada
memperbaik = menjadikan bertambah baik (bagus, rapi dan sebagainya)


Antara kesilapan pengguna bahasa dan pembetulannya:
1.
Ali membaiki kereta yang rosak. (betul)
Ali memperbaiki kereta yang rosak. (salah)
2.
Teoh memperbaik tulisannya yang cakar ayam. (betul)
Teoh membaiki tulisannya yang cakar ayam. (salah)
3.
Dashmita memperbaiki orang tuanya dengan mentaati mereka. (betul)
Dashmita memperbaik orang tuanya dengan mentaati mereka. (salah)
4.
Pihak kerajaan tempatan itu membaik kerosakan jalan raya. (betul)
Pihak kerajaan tempatan itu membaiki kerosakan jalan raya. (salah)
5.
Ayah pandai membaiki kerosakan alat elektronik. (betul)
Ayah pandai memperbaiki kerosakan alat elektronik. (salah)
6.
Abang Zul memperbaik sistem audio keretanya di kedai aksesori. (betul)
Abang Zul memperbaiki sistem audio keretanya di kedai aksesori. (salah)


Sudah jelas dan mudah, bukan?

Saya berharap agar anda semua mendapat pencerahan tentang perbezaan antara membaiki, memperbaiki, dan memperbaik.

Selamat belajar dan ingatlah bahawa betulkan yang salah, biasakan yang betul.


Selamat pagi dan salam bahasa jiwa bangsa!

Sumber info daripada Dr. Tan CL.

-------------------------------------------

1 K atau 2 KK?

Untuk kata dasar yang tamat dengan konsonan K ia agak keliru. (Banyak, Tidak, Duduk, Baik, Naik)

BANYAK orang hadir di majlis tersebut. (Kenyataan)

Kebanyakan hadirin memakai pakaian seragam (kenyataan)

Risalah diperbanyakkan oleh AJK majlis (Perbuatan)

Mereka buat TIDAK tahu sahaja (kenyataan)

Permintaan beliau ditidakkan oleh AJK majlis (perbuatan)

Mereka menidakkan permintaan beliau

Dia DUDUK atas kerusi kayu (kenyataan)

Semua kerusi sudah diduduki (kenyataan)

Beliau terpaksa didudukkan oleh pembantu (perbuatan)

Dia seorang pelajar yang BAIK (kenyataan)

Rumah dibaiki pada tahun lepas (kenyataan)

Aktiviti memperbaiki rumah bermula pada bulan januari (kenyataan)

Kami NAIK ke atas rumah (kenyataan)

Kawasan rendah dinaiki air bah (kenyataan) – tambahan K untuk kata dasar BAIK jarang sekali ada.

Tahun hadapan harga barang akan naik. (kenyataan)

Langkah menaikkan harga runcit dipantau oleh pihak berwajib (perbuatan)

Kenaikan harga barang merisaukan penduduk. (kenyataan)

Beliau dinaikkan pangkat. (perbuatan)

Hadiah disediakan UNTUK Ahmad (kenyataan)

Ahmad sebenarnya diperuntukkan sejumlah wang (perbuatan)

Tidak ada peruntukan sebagai bonus para pekerja. (kenyataan)

Fikirkan tentang KENYATAAN (tiada tambahan K) atau PERBUATAN (tambah satu lagi K) dalam baris ayat untuk kata kata dasar yang ejaannya tamat dengan huruf K.

--------------------

Kata nama, kata kerja dan kata adjektif akan berubah menjadi kata nama terbitan apabila menerima apitan ke-...-an. Misalnya, dengan apitan ke-...-an, kata nama raja kekal sebagai kata nama (terbitan) kerajaan, kata kerja naik menjadi kata nama terbitan kenaikan, dan kata adjektif hebat membentuk kata nama terbitan kehebatan.

Imbuhan apitan merupakan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran serentak pada satu kata akar, seperti "ke-" + "ada" + "-an" menjadi "keadaan". Imbuhan sisipan merupakan imbuhan istimewa yang dibubuh di tengah kata akar untuk mengubah fungsi ertinya, cth: "-el-", "-em-", "-en-" dan "-er-".

MENULISWhere stories live. Discover now