SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN

132 0 0
                                    

SYOK SENDIRI DALAM PENULISAN

Erotomania (a delusion in which a person believes that another person (typically of higher social status) is in love with them) yang sering digelar SS. Kalau dalam bahasa universal kita katakan Self Indulgence, perihal sebenar yang sinonim dengan sifat manusiawi. Hal hal yang melihatkan kitaran aku aku aku dan diriku, narsis atau tidak ada kemampuan melihat dunia orang lain selain diri sendiri. SS menyumbang pada kenikmatan jiwa sedikit sebanyak.

Konotasinya berubah bila masuk dalam dunia penulisan, direngus marah oleh pembaca yang tidak dapat menghubung kait akan isi yang dipaparkan. JANGAN PANIK!

Semua penulis memiliki darjah nafsu SS

Sebelum mereka benar benar terjun dalam dunia penulisan dan digelar penulis, aspirasi akan tetap sama. Menulis pada apa yang terdekat di jiwa, ruang hidup dan apa sahaja yang rapat padanya. Ini adalah proses yang biasa.

SS yang tepat akan menjadikan karya disukai, sang penulis mungkin mempunyai impian melangit dalam khayalan seharian, dicurahkan dengan runtaian kata kata, malah mampu membuai pembaca sasaran yang menikmatinya.

Selama ini kamu fikir siapa yang menulis karya karya fiksyen cinta? Siapa ratu fiksyen cinta sebenar? Indah nama penanya dan tidak pernah dilihat paparan wajahnya. Barbara Cartland? Danielle Steel? Penulis fiksyen cinta tempatan yang pemalu?  Kebanyakannya adalah kakak dan ibu ibu yang mungkin menulisnya dari ruang dapur mereka. Jadi, jelas SS yang tepat dan bijak akan mampu menjana keberuntungan. (Apa tidaknya? Karya jadi bestseller serta diangkat pula jadi drama bersiri oleh rumah produksi).

SS mempunyai interpretasi yang berbeza. Saya kira alang alang berSS baiklah dilakukan secara extravaganza. Kalau setakat sipi sipi manja sahaja, takut pula ia menjadi terlalu biasa bukan? Nanti dituduh sebagai penulis bercita cita kecil. Lagipun asas penceritaan watak pastilah interaksi antara si O dan si 100. (kaya miskin, gemok kurus, bodoh pintar dan sebagainya)

Tidak ada nasihat tepat untuk kamu berpada pada apabila menyuntik elemen SS dalam penceritaan. Saya kira SS penting dalam dunia penulisan meskipun bukan semua halaman kamu bertaburan dengan sifat SS. Penulisan mencakupi sebarang input yang kamu fikir sesuai untuk karya kamu.

Inilah indahnya dunia penulisan fiksyen, sajak, puisi atau prosa. SS memungkinkan kamu mewakili kuli, raja, marhaen atau apa sahaja menggunakan aksara membentuk kata. Namun kisah cinta si cikgu tadika bertemu anak raja sudah ditelan zaman. Kemampuan SS kamu harus bergerak lebih jauh selaras zaman, mungkin pelukis/pencacah tatu yang jatuh hati pada si anak menteri? Atau penguli keropok lekor (yang punya banyak rahsia) tiba tiba hidup dalam istana moden?

SS adalah penggerak pada watak watak rekaan, digabung dengan perasaan sebenar sang penulis untuk mengikat si pembaca. Tidaklah semestinya berkisar pada hal cintan cintun sahaja. SS boleh pergi lebih jauh dari itu, mungkin elemen elemen saifai yang tidak pernah digambarkan selama ini dalam dunia penerbitan. Saifai membenarkan kamu berkhayalan secara SS lebih hebat lagi sebenarnya.

SS terhasil dari nafsu manusia. Misalnya total make-over yang menjadi tunjang pada penceritaan. Tidak kiralah make-over pada fizikal atau sifat. Fikirkan jumlah pembaca yang vulnerable (terdedah-mudah dipengaruhi). Maaf, ia tidak melibatkan pembaca yang dianggap bodo bodo alam, pembaca yang bijak juga gemar berkhayalan melalui pembacaan cerita fiksyen. Fikirkan mini siri 6 jam Return to Eden produksi Australia bertahun dahulu lakonan Rebecca Gilling. Siri yang diulang tayang lebih dari 13 kali di negara Perancis. Nah, ini satu pembuktian pada fiksyen SS yang berjaya sebenarnya.

Bagaimana pula SS dalam Sajak dan Puisi?

Ya, Tuhan. Sajak, puisi dan prosa sebenarnya sudah lama bersifat SS meskipun dianggap sebagai medium bebas melafazkan hasrat jiwa. Secara semulajadi SS lewat sajak dan puisi membenarkan kamu berSS sebagai marhaen, mangsa, pemuja bintang, gagalis dan apa sahaja pilihanmu. Selaras dengan jiwa pembaca puisi dan sajak yang agak sentimental selalunya.

Jadi SS okay dalam dunia penulisan?

Apa yang tidak okaynya? SS membenarkan kamu berkhayalan memilih dan masuk dalam kasut watak. Di situlah kamu jadi muda kembali, bercantik cantik seketika, merengus seperti orang kaya atau apa apa sahaja, selagi kamu mampu waras melakarkan sifat sifat berlawanan (bandingan, beza status, berkasta dan lain lain). Namun SS juga memerlukan butiran butiran yang bijaksana, sama seperti sifat merendah berpada dirimu dalam merangka cerita.

SS secara berimbang adalah petanda waras matang penulis.

e.g: Hidungnya sedikit bengkok, namun tetap masuk dalam kategori pemuda tertampan di negara antah berantah.

Kata orang dadaku leper, namun tidak jadi masalah di kampung kami sekiranya ditanya siapa paling cantik? Namaku tersenarai, apa tidaknya... kulitku yang mulus, bibirku tona merah delima semulajadi dan seludangnya hidungku jadi perkiraan.

Kamu fikir kenapa penulis terus membaca, memberi pemerhatian pada sifat manusia ( antara lebih dan kurang), kajian mendalam dan wawancara intensif ada waktunya dilakukan? Nah, ini antara proses untuk lari dari sifat SS yang melulu, sesuai dengan pembaca sasaran yang sudah jauh lebih matang dan bersahaja (namun masih tertakluk pada bahan/isi dalam fiksyen hidangan).

Jadi teruskan elemen SS dalam penulisanmu. Asal sahaja kamu merasa selesa. Tukang hakim tetaplah pembacamu.

Tahukah kamu ada pembaca yang sanggup membaca kisah SS yang sama berulang ulang? Ya, dia pembaca yang membelai nafsunya. (apalah bezanya kisah cinta berbeza darjat kalau bukan cara garapan yang extravaganza, kan?)

 (apalah bezanya kisah cinta berbeza darjat kalau bukan cara garapan yang extravaganza, kan?)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now