BAIK PULIH KERJA LAMA

89 4 0
                                    


Apabila ada idea menulis, kita dinasihatkan untuk menulis sahaja. Isi isi yang melintas ditulis. Ketika itu kita mungkin merasa seronok kerana mampu bercerita. Dinasihatkan agar ia diperam dahulu untuk seketika. File dibuka lagi untuk melihat cela cara penceritaan, tambahan kosa kata, mana tahu ada isi penting yang boleh ditambah.

Baik pulih kerja lama akan membenarkan kamu melihat gelojak kamu dahulu samada tergesa gesa atau lewa ghairah bercerita. Okay, kali ini lihat semula. Percayalah ada hal hal yang mampu diubah demi kemantapan bercerita. Berikut di hidangkan dua versi untuk tatapan kamu. Bagaimana ejaan dan ekspresi diubah untuk kemantapan cerita.

Namun begitu rasa ghairah baik pulih dikawalagar cerita tidak terpesong dari karya asal. Seperti langkah langkah menulisasas, ianya haruslah disedapkan dan dibega mana mana yang perlu. Selamatmenilai    

--------------

CERITA ASAL

Ini bukan kali pertama sebenarnya. Sudah lama aku dihimpit perasaan tidak tenang sebegini. Namun tidak pernah aku pamirkan pada sesiapa. Tekanan ini datang tidak tentu waktu, sudah dua tiga majlis aku terpaksa bergegas meminta Pak Mat pemandu suamiku Dato Mazlan untuk segera membawa aku pulang.

Tekanan itu datang dan pergi.

Kamu yang tidak mengerti pasti meletakkan aku dalam ruang wanita beruntung. Rumah bagaikan istana, cahaya mata yang comel dan serba lengkap kamu rasakan hidup aku dengan hanya melihat muka depan.

Dato Mazlan? Orangnya baik, tetapi dia lelaki. Semenjak dua menjak kepala aku asyik mengatakan ada benda tidak kena. Setelah dua anak dia berubah. Kata orang itu adalah biasa, lelaki akan kembali berubah bila masuk pertengahan usia 40an, mungkin di usia 45 dia akan berubah? Dia sudah jarang meniduri aku, maksudku masih tidur sekali tetapi....

Tekanan itu tidak pernah pergi sebenarnya.

Adakala dia datang sewaktu aku beristirehat petang petang di ruang patio rumah yang tersergam ini. Aku pernah mengamuk pada anak anak sehingga mereka berdua tergamam dan menangis tersedu sedan. Cuma aku tidak apa apakan mereka. Selepas itu aku terus berhati hati. Segala urusan dengan doktor di Hospital Swasta aku uruskan sendiri. Aku pastikan segalanya adalah rahsia. Aku takut nanti dituduh gila. Gila itu adalah stigma yang tidak pernah membawa simpati, kamu faham sendiri. Memang aku bukan gila. Bekalan ubat penenang ada, aku sering menipu pada anak anak dan suami bahawa aku kerap diserang migraine, jadi mereka harus berkelakuan baik baik.

Tekanan itu cuba datang lagi. Aku tepis dan tepis sebaik mungkin. Kalau perlu melepaskan geram aku akan berleter pada Mbok Imah dan tukang cuci pakaian. Segalanya aku leterkan... kalau makanan tidak menepati citarasa aku humbankan begitu sahaja.

"Cuci sebelum dato pulang!"

"Celaka punya Indon, sudah diberi peluang kau main main?"

Kepuasan sangat dapat melepaskan denyut denyut di kepala dan tekanan sesak nafas di hati. Makian, carutan dan menaikan nada suara pada mereka. Puas, lega, damai.

Sekali dua aku meminta maaf, aku salahkan migrain lagi pada mereka berdua, lama lama mereka jadi tempat mudah aku melepaskan kemarahan. Aku rasa memukul orang gaji adalah biasa sahaja untuk orang senang senang. Mereka ini memang perlu diajar, kalau tidak mereka melampau. Kamu bukan tahu apa, kamu isteri orang biasa, rumah pun rumah dua tiga bilik sahaja bukan?

Tekanan datang lagi...kali ini terngiang ngiang kata di kelapa mengatakan Mbok Imah mencuri gelang kaki aku yang tiba tiba hilang. Dia mati mati tidak mengakuinya. Sial punya orang susah. Yati yang datang 3 hari sekali untuk mencuci pun tidak mahu aku beri muka. Riak mukanya sahaja aku tahu, dia berhati hitam jahat dan pendengki. Aku pernah memaki Yati kerana merasakan dia memerhatikan aku apabila aku bersenang senang duduk berehat di sofa. Kepala aku mengatakan dia ini akan mencari jalan mahu masuk ke kamar tidur aku... celaka punya Indon, sekor pun tidak boleh dipercayai. Persoalan itu menerjah aku teruk hari itu...

MENULISTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang