PUISI MHS

45 0 0
                                    

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang penulis yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun  1991. Beliau juga telah memenangi Penulis S.E.A  pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara.

Beliau pernah menjadi Presiden (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara. Merupakan alumni High School Bukit Mertajam dan tersenarai beberapa pencapaian hebat sepanjang kerjaya penulisan...

Fokus penulisan beliau ialah dan dalam dan serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua. Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau  dan Universiti Jambi, Indonesia . Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa dunia. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Salatus As Salatin , dan Hikayat Hang Tuah  dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

------------------------

Melihat pada sajak/puisi (4 - 12 -3) di bawah: kita nampak inti bagaimana sasterawan melalui sajak/puisi mendekatkan diri pada masyarakatnya. Pemerhatian terhadap tubuh jiwa sang pemandu teksi yang tidak diagung agungkan melulu dan tidak pula dipilu pilukan semberono.

Puisi ini jauh dari jargon bahasa, namun berkias mudah dan santai di rangkap pertama, 4 baris digunakan sebagai pengenalan peribadi/personaliti watak pilihan utama. (tidak hebat, tidak la'eh - biasa biasa sahaja)

12 baris di rangkap ke 2. Memberi butiran lebih mendalam akan tanggungan rasa si pemandu sebagai manusia (warganegara, ketua keluarga, diri yang tercari cari makna hidup). Dipaparkan tentang sepi dalaman, tingkah terhadap politik negara, tanggungjawab yang digalas.

Rangkap penutup pula mempamirkan hidup yang tidak punya pilihan, yang ditegaskan pada mahalnya waktu dan laluan manusia.

Iktibar pada garapan puisi sebegini masih boleh digunakan lagi di alaf baharu asalkan pemuisi bijak menyelami resah rasa manusia biasa (marhaen). Jadi dalam menongkah karya, jangan digusarkan pada kemampuan untuk memilih kata kata besar yang berbunyi sofistikated. Kamu sudah nampak bukan? Bagaimana kata kata biasa mampu mencuit perasaan dalam karya ini.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now