TIPS MENULIS (PEMULA)

58 5 0
                                    

TIPS ASAS MENULIS

Ramai yang berkeinginan untuk menulis, tetapi tidak tahu bagaimana memulakannya. Di mana dan bagaimana mencari idea idea bagus untuk dijadikan bahan dalam karangan. Paling tidak jadilah penulis yang baik, walaupun tidak ada niat menjadi bestseller (rasa malu itu akan tetap ada – abaikan dahulu).

1. Mula melakar tentang diri dan sekitaran peribadi – diri dijadikan tokoh/objek dan luahan perasaan tentang pengalaman yang sudah dilalui. Menulis akan hal yang mudah dan tidak bercelaru di peringkat awal.

2. Banyak membaca – tulisan tulisan yang ada di pasaran tentang hobi, tema dan apa sahaja yang diminati serta subjek penulisan yang teringin mahu dirangka nanti. (saranan penting untuk penulis pemula) Sebaiknya bacaan hal yang terkait dengan kebiasaan, kesukaan atau gerak peribadi. Buku pilihan boleh dibeli atau dipinjam dari perpustakaan.

3. Memperuntukkan waktu untuk bersantai, menikmati pemandangan. (Suasana manusia – peranginan , pasar, kenduri kendara, majlis majlis atau musibah sekalipun – tajamkan mata dan deria rasa – belajar merakam perasaan diri dan orang sekitar)

4. Rajin untuk hadir majlis majlis literasi atau perhimpunan sastera (selalunya dibuka untuk semua golongan pembaca/penulis/pemerhati)

5. Mahu berinteraksi dengan penulis penulis sedia ada (mereka ini mudah ditemui di zaman medsos) dan pihak penerbitan setempat.

6. Menonton filem filem yang berkualiti tidak kira dalam bahasa apa sekalipun. Filem mengajar penulis tentang pentingnya audio visual yang asalnya juga dari kerja kerja penulisan.

Pokoknya di zaman moden segala curahan rasa di Mukabuku, Instagram dan Tweet yang dilakukan secara pendek dan ringkas itulah yang mampu digarap kemudiannya menjadi sebuah cerita – cerpen, novel atau puisi.

Bermula dari resah yang ringkas, kamu pasti akan menemukan teknik teknik pengembangan bersistematik yang hadir setelah menelaah kerja kerja sedia ada penulis lain, mengkaji cara penulis lain serta mencakup hal hal asas mudah namun penting demi kematangan isi penulisan.

Menghadiri bengkel bengkel berbayar juga disarankan, namun sekiranya kamu lebih gigih ia boleh dicapai dengan pelbagai cara yang percuma. Setiap kita pasti punya kelebihan masing masing ketika menulis atau curhatan, asalkan ada ruang terbuka pada diri untuk membaik pulih, mendengar saranan, peka pada nasihat nasihat, yakin dan tidak terlalu risau, di hujungnya kamu masih mampu tampil secara individualistik.

Regina Ibrahim

300519

Forum dan perhimpunan begini akan membuahkan lagi idea penulisan

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Forum dan perhimpunan begini akan membuahkan lagi idea penulisan. Hadir sebagai permerhati juga boleh.

Bersama Nadia Khan sebagai wakil Malaysia di MIWF2016 - Ingat, penulis harus mampu berdiri dan duduk sama tara dengan ahli panel dari luar

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Bersama Nadia Khan sebagai wakil Malaysia di MIWF2016 - Ingat, penulis harus mampu berdiri dan duduk sama tara dengan ahli panel dari luar. Masing masing membawa pandangan, pandangan yang sudah tertumpah dalam karya masing masing.

MENULISWo Geschichten leben. Entdecke jetzt