MENULIS TENTANG SEKSUALITI (Di Malaysia)

59 2 3
                                    

MENULIS TENTANG SEKSUALITI (DI MALAYSIA)

Penulisan bila menyentuh perihal seksualiti sudah tentu akan menarik perhatian di mana mana negara yang dahagakan informasi demi menjamu rasa teruja semulajadi manusia yang sentiasa mahu tahu.

Sewaktu PABKL 2019 terkedu saya melihat buku BAPUK terbitan Lejen tulisan Fazrin Jamal. Namun masih menanti ulasan buku bergenre thriller di goodreads, mana tahu isinya bagus walaupun terma BAPUK sebenarnya hadir dari perspektif para cisgender (atas dasar meluat).

Negara yang masih keliru pada hak asasi manusia sebaik mencecah sahaja butiran orentasi dan identiti seksual harus ditangani dengan cermat. Ada rasa takut berdetik sekiranya penjelasan yang tidak tepat jatuh di telinga ketua keluarga, pemimpin masyarakat dan para alim ulama.

Dalam karya karya lama hal seksualiti sudah wujud (Biru Warna - Awang Had Salleh) namun disentuh secara sipi sipi sahaja. Antara yang berterus terang dalam kadar sastera adalah novel Profesor tulisan Faizal Tehrani, terkini Aku tulisan Shaz Johar membincangkan secara telus kemelut lelaki gay yang menikah dan meniti saat saat penilaian diri.

Apa agaknya kaum yang dikatakan Trans atau Transgender?

Mudah: Mereka yang nafsu, deria berahi, gerak badan, langkah hidup tidak sejajar dengan jenis KELAMIN sewaktu mereka dilahirkan. Payung pada jenis jenis di bawahnya, LGBTQIA.

Jika terfikir mahu menulis tentang mereka haruslah dilaksanakan secara seimbang. Kes kes mahu menikahkan mereka setelah insof sudah banyak ada dalam novel novel piciasan Melayu. Bekas Mak Nyah dinikahkan dengan perempuan dan yang paling diromantikkan watak lesbian/tomboy/pengkid yang akhirnya jatuh kasih pada jejaka. Jelasnya ada kekeliruan tentang orientasi seksual dan identiti seksual di sini atau mungkin itu impian penulis (Cisgender) yang bergender sempurna? Sama sahaja dengan karya karya seronok yang menggunakan terma Gay untuk menghina hero jambu berimej K-Pop dalam penulisan fiksyen.

Jadi solusinya begini: Bila menulis tentang seksualiti sebagai gambaran watak sebaiknya ia bercitarasa dan memberi gambaran bahawa kamu sebagai penulis faham benar akan galur seksualiti yang spektrumnya bercabang pada hakikatnya. Begitu juga jika teringin menulis tentang sakit sakit seks ia harus tepat. Pengertian tentang HAART, perbezaan antara gohnorea, syphlis. STD (sexually transmitted diseases) yang sudah ditukar jadi STI (sexually transmitted infections) secara global dan simptom simptom itu haruslah berbunyi menyakinkan. Bukanlah badan berkudis, kurus kering setelah diberitakan kena Hiv atau Aids. Buatlah sedikit kajian.

Sama seperti gambaran PELACUR (yang kini termanya jadi PEKERJA SEKS) digunakan untuk sajak, puisi, cerpen agar berbunyi gah! Wow! Menangkap! Juga sensasi... kamu masih ingat terma 'Perempuan WTS' di Indonesia? Ia berbunyi agak murni tetapi membawa makna tidak elok Wanita Tanpa Susila. Di mana pula representasi pekerja seks lelaki? Apakah kerana penulis tidak pernah bertembung, maka ia tidak wujud dalam penulisan sastera?

Saya fikir bagi mereka yang ingin menulis tentang pekerja seks harus mendalami sistem yang pelbagai dahulu. Banyak membuat siasatan dan mata harus lebih liar, peka mengkaji suasana. Pekerja seks yang bagaimana? Kamu fikir semua pekerja seks itu tampil seperti di filem? Berbusana pendek, mengkal buah nangka berwarna merah? Menghisap rokok di lorong gelap dan asapnya berkepul? Apakah mereka masih seperti gambaran yang sudah dipamirkan oleh A.Samad Said bertahun dahulu di Singapura lama, duduk berhimpun pelbagai bangsa?

MISREPRESENTED (salah representasi) adalah hal yang paling digeruni oleh manusia trans. Hal yang subjektif ini sekiranya silap ditangani perspektifnya oleh penulis cisgender besar kemungkinan akan membawa pada perbalahan. Namun, sebagai mendukung penulis penulis cisgender yang berfiksyen secara adil, kita katakan bahawa 'Sastera kekal sebagai wadah untuk diperdebatkan'

MENULISWhere stories live. Discover now