MENULIS: Panduan Sang Pemula

159 7 0
                                    

MERANGKA TULISAN SANG PEMULA.

"I teringin nak tulis tapi tak tahu bagaimana, bukan apa nak start tu payah, seronok tengok korang menulis..."

Selain dari menasihati bahawa tulisan adalah kerja gabung ejaan, idea, susunan dan tertib bahasa ada hal hal asas yang mungkin boleh menjadi garis pandu sang pemula, untuk merangka fiksyen yang ada AWAL, TENGAH, KLIMAKS dan KESIMPULAN. Fiksyen atau cerita paling tidak garapannya begitu untuk sang pemula.

Berikut dilampirkan nasihat dan panduan hasil dari transkrip oleh Penulis Tersohor Ayu Utami yang percaya bahawa menulis adalah sejenis KETERBUKAAN. Beliau berkongsi tentang hal SPIRITUAL KRITIS.

Sama seperti merancang rumah, jujur pada diri sendiri, terbuka dan informal, sinergi (gabung tenaga), sama seperti membikin minuman harus ada rasa manis, masam, lemak susu (ganti santan vice versa) gurih dari bahan bahan kental... gantian santan, gula merah atau putih, beraroma, begitu juga dalam hal menulis yang cukup rasa.

Beliau pernah menasihati bahawa setiap halaman yang ditulis adalah bagaimana kita membelai kekasih. Cermat, jelas dan menawan.

Sang pemula sebaiknya melihat kompleksiti (lapisan lapisan) cerita manusia dalam cara yang sederhana.

Sama seperti bermain sorok sorok (ci luk ba atau Peek a boo), ditampilkan wajah/tubuh, ditutup wajah/sorok, mencari susuk wajah/badan dan bertemu kembali atau tidak? Cerita penamatnya apa? Berjaya atau Sedih? Kamu pilih sendiri. Ini merupakan DNA narasi cerita.

Aku lihat, aku datang dan aku menang – Julius Ceasar juga dianggap permainan yang boleh dijadikan teknik bercerita/naratif.

Latihan Pemula 10 paragaraf?

Dimulakan dengan menulis secara ringkas:

Paragraf 1 dan 2 untuk pengenalan pada seluruh cerita dan watak

Paragraf 3 – 8 adalah untuk penulis merangka ketegangan kisah, gerak, rasa dan apa sahaja demi cerita

Paragraf 8 – 9 – untuk Klimak kisah

Paragraf 10 - untuk penyelesaian/resolusi

Semua paragrap di atas ditulis secara ringkas sahaja. Proses pegembangan adalah dimana tenaga kreatif menulis harus bermula. Adunan sifat, kata, rasa, nama, lokasi dan macam macam lagi. Latih tubi ini akan memudahkan kamu untuk terus menulis dengan lebih panjang, jelas dan bulat.

4 Pola Fikir Sewaktu Menulis bagi mengembangkan idea menulis:

1. Maka kita cari persamaan( = ): Manusia sentiasa mencari kaitan persamaan. Ini penting untuk diaduk menjadi kiasan, metafora atau gambaran. (contoh: Malam – gelap, Siang – terang benderang, Dingin – membeku bagai ais)

2. Maka kita cari pola bertentangan/lawan ( >< ): mencari oposisi oposisi, perlawanan, bertentangan akan rasa/sifat. Digunakan untuk membangunkan ketegangan dalam penceritaan. Baik lawannya Jahat, Pandai lawannya Bodoh. Bayangkan kisah pertemuan orang yang baik dan orang jahat, sudah tentu tegang bukan? (maka bolehlah ditulis akan kisah pertembungan antara si bijak dan si bodoh).

3. Pola fikir kotak – di mana kita mula memberikan, definasi definasi dan aturan serta batasan batasan cerita. Mungkin hadangan budaya, agama, undang undang demi untuk cerita. Memang benar ianya tidak begitu bagus untuk bercerita tetapi sesekali harus dimasukkan demi kontras dan klimak perwatakan dan cerita.

4. Pola fikir bersilang ( X ): Idea akan digabung, kisah akan bertambah dan kita mula membuat peta (mapping).

Contoh: Miskin >< Kaya, Mampu = Perolehan, Senang ><Susah. (dari perlawanan dan kesamaan ini kita boleh merangka fiksi mini).

Si miskin menelan liur pada kekayaaan yang mudah memiliki apa sahaja tanpa bersusah payah. (ini boleh dikembangkan jadi lebih luas lagi nanti)

Dalam rangka di atas ada Miskin + Kaya + Susah.

2. Malam dikaitkan dengan gelap, kelam, seram, malap? Lawannya terang yang lawannya buta. Tiga ayat sudah ditemui... narasi pendek dibina dari tiga ayat yang dipilih.

e.g: Di malam yang gelap itu dia berdoa akan hati yang terang agar dihindari kebutaan dunia.

Empat pola fikir di atas bolehlah menjadi BANK IDEA apabila merangka penulisan.

Apakah itu Spiritual Kritis sewaktu menulis dan berfikir kreatif?

Mampu bersifat spiritual secara sederhana tanpa mengkhianati nilaian baik buruk sewaktu mengkritik. Spiritual itu maksudnya keterbukaan sementara itu Nalar Kritis pula harus tajam dan bestruktur (ada bukti, sumber dll). Dalam penulisan kita terapkan keterbukaan namun berstruktur. Harus ingat kreativiti memerlukan keterbukaan. Berkreatif sebenarnya jauh dari logika, (namanya juga penulisan kreatif bukan?). Ada gerak dan watak yang tidak masuk akal. Untuk hal hal logika beranalisa (data dan konsepnya harus lengkap). Hal hal yang jauh dari logika pula tidak rasional, jadi kita memerlukan bantuan alam yang tidak begitu rasional seperti Intuisi, Inspirasi dan hal hal bawah sedar.

Contohnya: menulis tentang cakerawala di langit. Kamu harus berkreatif dan tahu akan struktur struktur di langit. Itulah nalar fikir kamu sebagai penulis. Tahap khayalan yang digabung akan membolehkan kamu menulis tentang dewa dewi dan mitos mitos fiksyen. Membuat pengamatan dan penjelasan Ilmiah tentang bintang bintang yang baru lahir atau sudah mati. Untuk melihat bintang bintang itu kita harus membuka mata. Kata kuncinya di sini adalah membuka atau terbuka begitu juga dengan melihat inspirasi kita haru membuka hati. Itulah sebenarnya SPIRITUALITI. Untuk memahami bintang bintang di langit kita memerlukan ketajaman dan struktur berfikir. Kunci di sini adalah STRUKTUR. Struktur berfikir yang baik dan benar adalah yang tajam dan terbuka. Bukan tumpul dan tertutup. Jadi Spiritual Kritis itu adalah Struktur yang terbuka.

Berfikir dengan struktur yang terbuka akan mampu membuatkan kita mencipta terus menerus, wawasan akan bertambah luas dan dalam.

Berfikir dengan struktur yang terbuka akan mampu membuatkan kita mencipta terus menerus, wawasan akan bertambah luas dan dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUDAYA 

Budaya bukan sekadar pakai baju kebaya atau baju melayu, atau menari zapin ke apa.


Budaya termasuk apa yang kita buat dalam seharian dalam eksplorasi minat dan tabiat, baik mahupun buruk watak/dunia watak.

Setiap mereka mempunyai "budaya" berbeza. Seseorang middle-class dari keluarga Islamis bercakap cara berlainan, membuat aktiviti berlainan berbanding seorang middle class dari keluarga liberal - termasuk overlap dari segi aktiviti.

Latar di bandar A di Selangor akan ada budaya berbeza di bandar B di Sabah - walaupun dua-dua ada Starbucks dan McD.

Menurut editor laman Cukaria.com Abdul Rahman Shah.

MENULISWhere stories live. Discover now