IBUKU SI PATTU

114 1 0
                                    


IBUKU SI PATTU

Oleh: SARAS MANIKAM (Malaysia)

The regional winners of the 2019 Commonwealth Short Story Prize. Menang kategori Asia.

------------

Ibuku yang bernama Pattu sebenarnya menghiasi hidup kami jika dia tidak ada, aku dan ayah, apatah lagi nenek, kami akan jadi sangat sangat bersyukur. Sebulan sekali dia menyapa kami untuk mengutip wang dari nenek, melicinkan pantri makanan, menyumpah seranah ayah dan memulas telingaku. Kami menghela nafas lega setiap dia melangkah pergi, mungkin tidak pada nenek yang diam diam menangis kerana memiliki anak perempuan yang dia sendiri tidak tahan untuk tinggal bersama.

Tanpa kehadiran Pattu, segalanya tampak cerah. Bahagia: berkayuh basikal ke gerai dekat pasar dengan teman teman, menikmati kuey tiau terlazat di pekan Mambang; bermain badminton di kawasan lapang bersimen hadapan rumah Ahmad; berjalan pulang dengan Rubiah setelah pesta, bersama teman teman lelaki - – Wong Seng Chye, Manoharan, Raju dan Abdullah, mereka bagaikan tergila ada hati padaku; bertemu dengan 'geng' di beranda rumah Encik Goh, bersembang, ketawa, makan kuaci dan meneguk oren botol. Begitu juga dengan latihan nyanyian di kelas berlagu karnatik dengan makcik Sundari, berselang beberapa pintu dari rumah kami. Pattu cuba menghalangnya, baginya itu semua hanya khayalan, 'lagipun hujung hujung kau akan menikah dengan pengemis'. Rumah Makcik Sundari antara beberapa rumah di pekan yang tidak mengalu alukan Pattu

Tanpa kehadiran Pattu, aku boleh memakai coli yang dibeli di kedai bukan anak baju ketat yang dijahit oleh nenek. Anak baju tersebut meleperkan dada dan aku jatuh benci, tahap rasa meluat sepenuh hati itu setanding dengan tahap paksaan Pattu agar aku memakainya.

Dalam kamar nenek, dalam almari ada bingkai gambar hitam putih ayah dan ibu. Diambil ketika melangsungkan perkahwinan di tahun 1950. Lelaki bangsa Cina dan wanita India dalam busana perkahwinan; ayahku kelihatan seperti pelakon tangkap muat dalam promosi filem berbudget murahan yang tidak mampu mengupah pelakon benaran. Dengan fizik biasa biasa dilatari wajah kecewa, ayahku tampak tidak keruan mengadap kamera. Rambutnya yang kelihatan sudah beruban disikat rapat ke belakang menampakan dahi, juntaiannya jatuh betul betul di bahu. Di telinganya kelihatan subang emas, kemeja putih, seluar putih, vest putih, kasut kulit warna hitam. Tiada senyuman. Pattu berdiri di sebelah, wajah jelitanya dicemari oleh kesombongan di mata dan cebik bibir yang jelas angkuh. Lapisan dan belitan sari sutera Kanjipuram yang dikenakan tidak mampu menyorok perut yang membengkak. Satu tangan dipaut ke pinggang. Satu lagi, tanpa silu diletak atas bahu suaminya. Gambar pun mampu menggambarkan aura tenaganya, dia tidak tenang. Dia kelihatan seperti perempuan dewasa, bukan remaja 14 tahun lagi.

Pada tahun 1965, dua puluh tahun setelah penaklukan jepun tamat di Malaysia, ayahku kekal terbelenggu terhadap masa lalu yang jadi peneman setia menghantui, kenangan lama itu kerap menusup ke nafas tidurnya, badan yang terkeronyok henyak di tilam, kamar yang diselubungi jeritan dan tangisan memohon simpati. Tiap kali ia terjadi, nenek dan aku akan bergegas ke kamar ayah dan nenek akan menyapu abu suci atas dahi dan dadanya. Kata nenek , ayah terkenang saat saat bekerja di landasan buruh paksa keretapi maut Siam ketika perang. Saat begini, dia bergelut antara tidur dan jaga bagai terperangkap dalam lubang neraka, tidak mampu menyeberang ke sisi kewarasan, badannya dibasahi peluh, titisan air memancut dari jiwanya seolah dia memohon askar askar Jepun untuk membunuhnya sahaja atas nama Tuhan. Sehinggalah membawa ke hari kematian ayah meluat dan tidak mampu melihat sosok lelaki Jepun, walau hanya gambar mereka di akhbar.

Tamat perang, datukku yang berbangsa India menemukannya terhoyong hayang di jalanan, pemuda yang tampil separuh mati, lelaki Cina yang kurus kering dan berambut putih, yang sering mengelak berkisah tentang hidup sebelum perang. Datuk membawa dia pulang dan menjaganya seperti bayi. Selain dari ketegangan akibat pertelingkahan 3 bulan, dua lelaki itu sebenarnya menghargai diri masing masing sehinggalah datuk meninggal dunia 8 tahun kemudian.

MENULISTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang