BABAK SEKS LAGI?

686 6 0
                                    


MERAKAM BABAK SEKS DALAM PENULISAN

Hal ini sudah dibicarakan dalam dinding independent wattpad. Sekali lagi diingatkan bahawa seks adalah gerak laku manusia, jadi dalam kerja kerja fiksyen tidak dapat tidak ia diceritakan sekiranya terlibat rapat dengan kisah yang digarap. Namun haruslah dilakukan dengan penuh citarasa tanpa butiran butiran berbunyi kotor. (Lainlah jika kamu pengkarya LUCAH)

Babak seks yang sengaja dipapar untuk nafsu nafsi sahaja. Itu buku lucah atau bahan porno!

Babak seks (rogol, liwat paksa) diceritakan tanpa peduli tentang penilaian palsu di lingkung penafian masyarakat pembaca yang hidup seolah olah mereka itu patung suci. Begitu juga penerbit yang sedia ada, mereka jauh lebih peka kerana mereka tidak mahu dituduh mencetak buku lucah. Silap besar kalau selama ini ada pihak yang menuduh penerbitan indie Malaysia berunsur lucah atau ganas.

Sama seperti perbualan oral/lisan, seks akan masuk, terpulang pada cara garapan sang penulis.

Apa mereka fikir semua manusia akan terbuai kalau diberikan cerita yang mulus mulus penuh khayalan? Berikut saya sertakan dua contoh babak seks yang sudah digarap dalam novel wattpad Delima2 dan Hey! Perempuan.

-------------------

Rudi yang romantis licik membawa Ruby makan malam, di restoran sekitar Bandung yang agak privasi. Mereka berbicara tentang kehidupan masing masing, Rudi kononnya sedang menghadapi krisis rumahtangga. Tinggal berasingan dari mantan isteri yang merupakan ibu pada Gordon. Godaannya sangat matang, bicaranya begitu menyakinkan. Semalam sewaktu pulang ke suite Braga untuk menikmati pemandangan Bandung waktu malam gerak lakunya membuatkan Ruby terpesona. Hal sebegini jarang berlaku. Ciuman nan hangat, dari jilatan kuping telinga langsung ke pipi dan tiba tiba sahaja kedua dua mereka bagaikan intense saling bermain lidah di balkoni suite Braga. Kedua insan dewasa sepi itu terbuai dibantu oleh dingin angin malam Kota Bandung.

Jiwa dan hati maha sepi memungkinkan segalanya.

------------------

Suite tajaan Aston Braga memudahkan segalanya. Pulang dari makan makan di Gen Y Bandung, mereka bergandingan mesra sekali menyusuri jalan di sekitar Braga, cuaca dingin menambah mesra. Gordon menghantar Ruby sehingga ke muka pintu suite. Mereka menginap di lantai yang sama.

"It was a wonderful time Ruby," ungkap Gordon sambil tunduk mencapai serta mencium lembut tangan kanan Ruby yang dipegang sejak dari dalam lif, tingkahnya sama seperti lelaki romantis dalam filem filem barat.

"Thanks...," balas Ruby yang mengesan getaran jiwa Gordon, namun dia tidak mahu terlalu beranalisa. Entah entah Gordon hanya menghormatinya sebagai ibu, bikin malu nanti kalau tersilap langkah. Matanya sempat bertentangan mata si Gordon dan cepat cepat dia menyelinap kartu elektronik, menguak pintu dan mengungkap, "daa... selamat malem, nite nite!" Pintu ditutup, dadanya berdebar tidak keruan.

Pintu sambungan kamar suite dibuka pantas, Rozie kelihatan sudah tertidur, ada timbunan barangan yang sudah dibeli. Pasti letih berbelanja di kota komersil, boleh gila kalau tidak kawal nafsu sekiranya di Bandung. Ruby hati hati menarik pintu sambungan, takut Rozie terjaga ditekannya punat lock, dia kembali menghempaskan badannya ke katil saiz permaisuri yang empuk. Fikiran tiba tiba melayang memikirkan bagaimana intimnya Rudi Marcell menjelajahi tubuhnya...

"Kamu bikin aku gemes, ngga keruan, kamu tipenya aku," terngiang ngiang kembali bisikan si Rudi Marcell

Ruby tersenyum memikirkan kenakalannya di usia matang. Ada rasa bersalah, rasa keliru memerlukan, rasa... entah rasa apa dia tidak bertemu definasinya. Pelan pelan dia menarik ikatan getah rambut untuk diikat kemas semula, beralih ke sudut cermin solekan untuk menanggalkan kesan solekan tipis, malas bagaimana sekalipun solekan tidak boleh di bawa tidur. Dicapainya botol kerim pencuci... belum sempat membuka penutup kedengaran bunyi ding dong yang lembut... Ada orang di muka pintu kamar. Ruby sedikit kaget....

Mata didekatkan pada lubang intip helang, kelihatan Gordon berdiri seperti orang cemas. Pintu yang bersangga dibuka sedikit...

"Ada apa Gordon?"

"Aku nga bisa tidur...," Gordon berbunyi nakal menggoda.

"Lho...esokkan kita punya rencana studio," sempat Ruby beralasan, Gordon tersenyum masih tampak nakal dari celahan pintu yang terbuka sedikit.

Pintu ditutup, sangga ditarik, pintu dibuka semula, Gordon masuk dan pintu disangga semula, punat kunci ditekan biar segalanya selamat jadi rahsia malam mereka berdua yang saling mendukung seperti anak anak remaja lagaknya, hinggakan tiba pada satu detik Ruby terpaksa menggunakan jari telunjuknya yang diposisikan ditengah bibir, syhhhh...."Rozie lagi tidur tuh..." dan mereka tertawa kecil.

Angin Bandung di kota Braga menjadi semakin dingin bergulir penuh berahi.

Rejunevasi ini tidak perlu diceritakan secara terperinci, kamu bayangkanlah sendiri. Awal pagi Gordon menyelinap pulang dan lirikan mata masing masing sewaktu kerja kerja studio keesokannya seolah olah mereka mahu kekal bersama. Atas arahan Gordon, dicadangkan pula satu lagi lagu lama Atiek Cb berjudul Terserah Boy yang merupakan runut bunyi filem dari syarikat rakaman yang sama. Lagu mudah dari zaman new wave itu mungkin gambaran pada apa yang sudah mereka lalui... ia membawa makna.

------------------

Haruskah nanti dikhabarkan pada Razak? Razak lelaki yang memberi pengalaman pertama pada dia, kehangatan lidah, pertukaran air liur dalam Panggung Wayang Cheng Kok dan jari jemari lelaki Razak yang bijak menjalar hingga ke dua dua mereka basah kenikmatan, cuma mereka tidak berani bertindak jauh naik hotel sahaja kerana takut ditangkap kebasahan. Mati mati Azimah ingat Razak akan menghantar orang datang meminang nanti. Egonya mengatakan siapa cepat dia dapat. Pernah sekali disuarakan pada Razak tentang hal tersebut, Razak penuh alasan pastinya; lagipun betul juga mereka berdua masih muda. Azimah tidak mahu jadi bodoh, dia akhirnya bersedia untuk menerima sahaja peminangan dari sepupu sebelah ayah.

Akhirnya pada suatu malam yang dingin, segalanya terjadi dengan semulajadi. Azimah tidak ingat siapa yang memulakannya, Azmi tidaklah sehebat mana (aduh nama Razak muncul lagi). Razak jejaka tinggi lampai berbadan tegap hujung kampung nampaknya tidak lari dari fikiran Azimah. Setan betul hasutan ini; tidak apa semua itu di fikiran sahaja, tidak ada sesiapa yang tahu rasa bersalah itu; lagipun Razak hanya menikmati bunga bunga yang disentuh dia tidak memetik. Apa pulak mahu ada rasa bersalah? Itu semua sebelum dia sah menjadi isteri Azmi. Jahat sungguh fikiran manusia apabila dahaga dan lapar.

---------------------

Dia manusia, dia bernafsu.

Razak lelaki, dia memerlukan Razak. Hujung kampung dan rumah satu bilik Azimah tidak jauh mana. Tidak ada sesiapa yang tahu kecuali Tuhan. Dinihari seminggu sekali sewaktu semua orang sudah lali dibuai mimpi dia akan ternanti nanti kehadiran Razak. Pintu belakang tidak berkunci, tolak masuk bawa kasut ke dalam, segalanya penuh hati hati. Azimah mahukan kepuasan yang sepatutnya dia dapat. Razak mampu memberikan bahagian yang satu itu walaupun datang seperti pencuri dan pulang juga sebagai pencuri malam.

----------------------

Babak seks tidaklah diperincikan seperti buku lucah zaman 70an tentang genetalia, gerak dua manusia keterlaluan dan rengekan nikmat klimak sewaktu senggama manusia. Ia tidak bercitarasa. Segalanya terpulang pada kepekaan kamu terhadap lingkung budaya sang penulis. Sedangkan tulisan antarabangsa tidak begitu, apatah lagi buku fiksyen dari Asia. Namun terpulang, kamu boleh memilih penulisan erotik yang bersih dan bercerita.

 Namun terpulang, kamu boleh memilih penulisan erotik yang bersih dan bercerita

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
MENULISWo Geschichten leben. Entdecke jetzt