MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN

254 1 0
                                    

MODERTOR/PENGACARA BIDAN TERJUN

Ya Tuhan bagaimana?

Kamu hadir ke wacana penulisan. Kamu kenal pada karya dan tokoh yang dijemput. Kamu dan hadirin lain ghairah mahu ikut serta mendengar apa yang akan disampaikan oleh para jemputan.

Dua tiga kejadian yang tidak diduga boleh terjadi. Antaranya tidak ketidakhadiran sang moderator/pengajara majlis. (selain dari masalah sistem bunyi atau yang lain).

Penulis sudah pernah, terpaksa dengan wajah tebal berada di hadapan untuk hal hal tersebut. Terakhir adalah ketika Aan Masyur penongkah kata tersohor dari Makassar hadir di GTLF 2017. Dia hadir sendirian dan pihak penganjur terlepas pandang.

Wacana penulisan di Pulau Pinang pula seringnya didominasi oleh Bahasa Inggeris. Ahhh! Sudah... namun Alhamdulillah, di saat yang sama hadir Adriana Manan aktivis seni yang sangat berbakat. Jadi dengan mudah dalam tempoh 10 minit penulis, Adriana dan Aan Masyur menggariskan apakah yang mahu dilakukan... (Adriana kenal Aan, namun tidak menyeluruh – ketika itu digariskan tajuk tajuk antoloji, AADC2 dan selainnya terpulang pada Adriana) Tugas itu digalas dengan baik.

Begitu juga sewaktu kembara buku buku Indie di Pekan Balik Pulau, penulis yang hadir hanya sebagai penulis harus mengambil alih pembesar suara. (kerana juruteknik bunyi tidak tahu apa apa tentang dunia penulisan) Demi dunia perbukuan, dijalani dengan penuh tanggungjawab. (kerana tidak mahu memalukan dunia perbukuan Malaysia). Cepat cepat di minta susunan jadual, segmen segmen, nama jemputan dan nama nama penaja, lokasi digoreng uarkan sebaik mungkin.

Tidak mahu berbicara akan sifat penganjur, marilah kita lihat apa yang diperlukan sekiranya kamu menggalas tugas sebagai MODERATOR/PENGACARA BIDAN TERJUN di pesta buku.

1. Cepat cepat digarap 10 minit untuk bertanya pada jemputan (nama, tajuk buku dan apa sahaja) dan butiran wacana dari penganjur. Peka pada tema jika ada...

2. Tanya jemputan apa soalan yang mahu ditanya. Apa yang mahu dibicarakan?

3. Berbasa basi secara ringkas: Salam sejahtera selamat hadir.... (nama jemputan yang tepat) dan simpulkan serba sedikit tentang tajuk secara terbuka.. (kerana ia akan dibincangkan) – sama seperti alu aluan pada orang yang datang ke rumah kita.

4. Memperkenalkan jemputan secara selamat: Apa kata En X perkenalkan diri serba sedikit...

5. Buka soalan dengan selamat pada jemputan: harapan en X pada karya, pandangan en X terhadap... (sesuai tema buku atau tema wacana).

6. Sebolehnya biarkan jemputan yang memberi input input penting (jangan risau, tugas kamu hanyalah untuk mencuit isu sahaja).

7. Jangan cuba untuk berkontroversi sangat. Tidak penting pun

8. Buka segmen untuk para hadirin untuk bertanya satu atau dua soalan... (tidak kisah soalan apa sekalipun pada jemputan)

9. Setelah tempoh 1 jam atau 30 minit itu tamat, ucapkan terima kasih pada jemputan dan para hadirin dengan bahasa yang tersusun.

10. Pasti kamu akan merasa sejenis nikmat kerana mampu melakukannya. Mana tahu itu akan jadi ubat pada dirimu yang pemalu dan pendiam?

CONTOH:

Kita ingin mengucapkan terima kasih pada para hadirin yang sudah memperuntukkan waktu di petang/pagi/malam yang berbahagia ini...

Jemputan kita untuk tema X adalah En X dan Y.... tepukan istimewa untuk mereka, dipersilakan...

Mencelah jika dirasakan tepat dan tidak jengkel.

Jadi selaras dengan tema wacana kita hari ini..... apakah pandangan peribadi En X ..... bagaimana pula En Y

(sekiranya mereka terlihat bagaikan mahu memuntahkan pandangan, serahkan waktu tersebut – lakukan dengan penuh hemah) Nampaknya En Y mahu mengatakan sesuatu, silakan En Y....

(sewaktu wacana sedang belangsung kamu pasti akan mampu menebak apa sebenarnya persoalan dalam wacana. – selitkan ungkapan ungkapan selamat – jadi encik bersetuju? Bagaimana agaknya? Apakah ... - semua dilakukan secara berhemah tanpa ada rasa mahu menarik perhatian hadirin pada diri kamu – tidak perlu).

Sebagai penulis dan pembaca dan yang baik kamu pasti mampu melakukannya.

Mana tahu bakat kamu menyerlah sebagai moderator wacana yang spontan!

Wacana yang teratur dan kemas ada BAYARAN/elaun khas untuk para moderator. Sila ambil maklum...

NOTA: Tahukah kamu tuan punya buku fixi En. Amir Muhammad sangat mesra dengan pembesar suara? Dia sering mengambil alih tugasan mempromosikan sebarang bual bicara tentang buku buku terbitan syarikatnya. Beliau juga seorang penulis ya...

Moderasi dalam suasana kasual dan rasmi tidaklah banyak berbeza, cuma kita terlalu biasa melihat wacana yang begitu teratur dan rasmi sekali... Jangan risau, moderasi/pengacaraan majlis sekiranya terkejut tergembar – galaslah tugasan bidan terjun tersebut dengan kasual, nyata dan terang.

Selamat mencuba.

Selamat mencuba

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.
MENULISOnde as histórias ganham vida. Descobre agora