MANUSIA BAGAIKAN NASKAH BUKU
Tiap bertemu manusia sambil berkenalan, tidakkah kamu melihat mereka bagaikan buku yang bergerak? Ya, buku... Mereka bermukhadimah, berisi kandung dan punya penamat peribadi.
1. Ada isinya menarik dan memikat untuk terus dibaca
2. Berkulit cantik berhias memikat atau sebaliknya... berkulit hebat tanpa isi, buku kosong... kulitnya berpada, isinya mampan?
3. Yang ditidakkan serta merta atas apa sahaja alasan peribadi kamu
4. Isi kandung yang perlahan lahan dibaca selongkar menawan/membosankan/pura pura difahami kisahnya.
5. yang membuahkan banyak persoalan, membuah teruja dan menginspirasi
6. ada yang gagal difahami, tidak menawan untuk diselongkar isinya, ada yang berkosa kata berbelit.
Kita terus membaca, cuba menghayati sesama manusia bagaikan buku. Ada yang berteka teki, keliru, perahsia, dangkal, suka suka dan isinya dusta. Ada juga buku buku manusia ditelaah dari kejauhan mahupun yang dekat di rak hati namun jarang di capai untuk dibaca. Ada buku buku yang mahu kita ulangi berkali, lantas ditekap ke hati selamanya.
Kamu pula jenis buku yang bagaimana? Sudahkah manuskripmu disusun? Diedit? Menyenangkan? Menyerah sahaja? atau apa?
Regina Ibrahim
081218
YOU ARE READING
MENULIS
Non-FictionOleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di kongsikan di sini. Seperti biasa hal hal menulis yang sama sama dipelajari dan ditekuni diharapkan menjadi bantuan untuk para penulis pemula...