SASTERAWAN NEGARA 2019

21 1 0
                                    


SASTERAWAN NEGARA LAGI...?

Aduhai... bila FMT membariskan 5 calon untuk dikurniakan gelaran SN kita jadi sedikit teruja. Sifat kiasu sesama pengkaryalah katakan. Mungkin setelah 5 tahun tidak dijalankan penganugerahan tersebut akibat dari kesibukan berpolitik dan menanti, bilalah sastera akan jadi penting untuk negara?

Kita tidak pasti bagaimana tiba tiba datangnya anak sarawak Jong Chian Lai yang sudah menghasilkan beberapa novel dan menang SEAwrite award serta Azmah Nordin Pantai Kasih yang pernah kontroversi (body of work  hebat beliau mungkin banyak yang belum kita ketahui). Latif Mohidden yang lama menyepi hanya membuat tampilan sekali sekala lewat majlis majlis wacana berprestij terpilih. 

Secara peribadi 2 calon lain diterlihat paling layak hanya 2 orang yakni Tuan Faizal Tehrani seorang ahli akademik dan Encik Shamsuddin Osman – Disman, bekas editor, kolumnis akhbar PAS (kedua mereka aktif menulis, berpemikiran moden serta sarat idea menjana pemikiran baharu pada pembaca hingga kini tanpa rasa lelah kalah)

Penganugerahan SN terhenti sejak kemenangan Dato Zurinah Hassan pada tahu 2015. 5 nama yang disenaraikan sebagai finalis setelah berbulan bulan diambil perkiraan oleh pihak DBP. Sudah tentu dalam suasana rahsia... rahsia apalah agaknya ya? Tak teringin pula mahu tahu... terumatanya bagaimana kerja lobi melobi itu?

Di kalangan pengkarya kami akan tersenyum sinis. Sesekali memperli 'tahun depan gilaran engkau pulak...'. Sasterawan Negara, saya fikir adalah gelaran besar yang harus jadi BERGUNA untuk memupuk pemikiran, bijaksana dan sentiasa memberi peransang pada perkembangan dunia sastera negara. Saya fikir SN harus aktif, merendah diri dan mahu ikut serta serta kekal berinovatif sambil melihat dunia semasa (contohnya: Pak Samad and Muhammad Haji Salleh). .

Harus ingat, ada para SN yang masih bernafas bagaikan tidak ada fungsi dalam dunia sastera. Bicara mereka setelah mendapat gelar jadi merewang rewang bagai berada dalam dunia magik sendiri. Jarang berkongsi karya baharu di media yang lebih terbuka. Oh! percayalah saya sebagai pemerhati sudah melihatnya.

Kita masing masing ada tokoh yang jadi pilihan SN di hati, saya akan terus melobi pengkarya Lim Swee Tin. Namun kalau 5 pencalonan finalis yang diuar uarkan itu benar, saya mahukan Dinsman atau Faizal Tehrani mendapat gelar tersebut.

Siapalah agaknya panitia pemilih? Kita terbayang apalah mereka itu terdiri dari kalangan SN terdahulu? Kritirianya bagaimana? Dirian politik apakah diambil kira? Apakah mereka antara orang orang kuat yang mendukung pemerintah? Panitia yang khabarnya diketuai oleh Salleh Yaapar akan menemui Menteri Pendidikan, Saudara Maszlee Malik yang kemudiannya harus mendapatkan restu dari Yang di Pertuan Agong.

Seronok melihat nama nama yang dicadangkan selain dari 5 yang disenarai akhirkan. Maklumlah ada yang kita kenal karya mereka dan ada yang kita lihat mencuba berat bertahun tahun hingga terlupa bahawa dirinya sudah tertinggal keretapi. Ini kerja DBP semoga mereka sebulat suara menobatkan SN 2019 pilihan yang akan terus membangkit semangat.

NOTA: Menulis tentang hal ini boleh dijadikan bahan hencapan terhadap penulis. Kau fikir kau siapa? Tapi, peduli apa? Kita tidak ada niat untuk masuk dalam ruang skema di sana. Tak teringin! Kita hanya seronok melihat bagaimana penulis/pengkarya masih menggunakan otak untuk menilai calon calon sedia ada atau para SN yang lalu demi dunia sastera.

Penulis yang juga melukis di halaman 2 itu? Ahh...tidak mungkin! Bakatnya so so saja.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now