MAHU TULIS APA?

40 1 0
                                    

MAHU TULIS APA?

Apa sahaja: Politik? Kelucuan? Sinis pandang? Seks? Galau Masyarakat? Agama? Pertikaian Polisi? Dan senarainya berterusan tiada had.

Sekiranya di usia 10 tahun diarahkan menulis tentang basikal, kampung saya, keluargaku dan macam macam termasuk aktiviti ketika cuti penggal/semester lepas oleh guru Bahasa Malaysia; kini di usia matang para pemula tertanya tanya dalam kotak fikir soalan yang sama. Mahu tulis apa?

Dilihat sepintas lalu, sang veteran akan berkata: Tulislah apa sahaja yang dirasakan dekat dan hampir lengkap denganmu.

Daya kreatif di minda berlegar rancak. Nafsu meronta ronta. Impian semakin membukit. – ini babak yang seronok. Ditambah pula dengan bacaan dari dalam dan luar negara dalam bentuk fizikal atau maya yang menginspirasikan. Pemula mula berconggak dari situ, impian pula terkial kial menentukan genre mana satu.

Kita adalah apa yang kita baca. Muzik yang didengari. Ruji makanan yang dijamah – kata kata lama demi proses untuk memudahkan aktiviti berpena. Boleh juga diambil langkah siasatan/kaji/wawancara jika mahu.

Pemula memasang impian yang macam macam. Paling asyik sesi menandatangani buku seperti watak dalam filem, menjadi panel, wawancara di siaran televisyen atau babak realiti yang pernah kita lihat ketika pesta pesta buku. Kali ini kita mahu jadi objek yang menjadi tumpuan – bukan lagi sang kecil berdiri dalam keramaian memerhati dari jauh.

Selagi tidak dimulakan, selagi itulah pemula akan dimamah oleh khayalan tidak bertepi

MULAKAN SEKARANG!!! Bermedsos sudah. Berkomentar sudah. Menilai baca karya orangpun sudah.

Sebaik bermula itulah akan dilihat cabaran cabaran yang lain menanti di hadapan. (sudah dibicarakan dalam topik lepas). Rasa lega dan tenang akan muncul ketika menghasilkan karya yang seterusnya...

Dalam kebuntuan yang bukan bodoh itu, kamu bertanya lagi: Mahu tulis apa?

- Sebarang isu yang dekat dengan dirimu (fiksyen atau artikel)

- Mungkin hal baharu yang di luar tata hidup selama ini?

- Mulakan dengan cerpen, prosa atau sorotan pendek

- Berani untuk dipaparkan di medsos (atau diserahkan pada sesiapa yang arif dan dipercayai – editor awal)

- Telinga dan hati dilatih jadi terbuka mendengar saranan

- Diri yang berkeinginan pada hal baik pulih dari sekecil kecil masalah hingga yang dianggap besar.

- Ego diri sebagai manusia bijak tolong diletak tepi duluan

- Pembahagian masa sekiranya bekerja atau masih belajar.

Pemula disaran menulis sebaik sahaja bersedia. Terus mencari mentor yang dekat, mudah dan tidak kedekut. Mentor yang baik akan dapat dibaca oleh sang prodigi. Tidak menjadi masalah jika awalannya banyak dipengaruhi teknik saranan sang mentor. Perubahan dan inovasi penulisan akan berlaku secara alami jika kamu terus setia pada skil dan semangat yang tidak mati. Semua proses ini sangatlah manusiawi (adap sopan dan tidak baran diutamakan dalam hal ini – jangan sampai diikut nafsu amarah, dendam atau peluang melekeh sang mentor di kemudian hari – genggam rapat kepekaan tentang adap, kesedaran, nilaian).

Ghairah nafsu mahu menghina, kondem, memandang rendah (setelah sedar lemah penulisan nyata) sebaiknya jangan ada langsung (lainlah sekiranya kamu sudah berada di tahap sebagai pereviu atau pengkritik hebat – itupun dilakukan secara bijak beralas). Kita dalam sebarang gerak manusia mahu menjimatkan tenaga pada hal banding membanding, cungkil mencungkil salah orang (ego orang jangan dicalari) – bukankah tenaga sebaiknya dicurahkan pada karya baharu yang lebih inovatif, wow dan memikat?

Jadi tunggu apa lagi?

Sebaik idea berterawangan, tulis sahaja. Tulis , tulis dan tulis. Esoknya ketika minda berada dalam posisi berbeza malah lebih damai, buka kembali, renung dan mula mengedit serta memperindahkan penulisan. Di ketika yang sama, boleh dsisip penambahan terhadap informasi, ejaan, kosa kata baharu yang jauh lebih kuat atau melihat pada rombak susun penulisan yang jauh lebih baik.

Ini bukan lagi zaman ketik mesin taip, fikirkan bahawa kamu sangatlah bertuah sebagai penulis pemula. Teknoloji dan panduan ada di mana mana sahaja... menjimatkan waktu dan usiamu menjurus pada gelung KEYAKINAN.

Wahai pemula, sebenarnya apa sahaja kejadian secara oral/lisan (bacaan berita, umpatan, lapuran, inisiden diri/orang lain) ternanti nanti untuk kamu cuplik masuk dalam penulisan yang kreatifnya TIDAK BERHAD.

NOTA: anggap artikel pendek ini sebagai nasihat ulangan, ciri cirinya sudah diperbincangkan dalam bab bab awal dinding MENULIS untuk pemula.

NOTA: anggap artikel pendek ini sebagai nasihat ulangan, ciri cirinya sudah diperbincangkan dalam bab bab awal dinding MENULIS untuk pemula

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
MENULISDonde viven las historias. Descúbrelo ahora