PENEMUAN SEWAKTU MENTERJEMAH

75 1 0
                                    

APA YANG DITEMUI SEWAKTU MENTERJEMAH?

Paling utama tentulah peningkatan penguasaan bahasa, paling tidak 2 atau lebih bahasa yang dirasakan lancar/fasih. Dalam bab terdahulu ulasan tentang kerja terjemahan sudah disentuh serba sedikit tentang nikmat atau kebaikan menterjemah sekiranya penulis berwaktu lapang.

Kosa kata dan kesesuaian pilihan menjurus pada khalayak pembaca yang disasarkan. Misalnya terjemahan untuk pembaca berBahasa Melayu. Tahukah kamu bahawa banyak buku buku penting diterjemah secepat mungkin di negara negara seperti Indonesia, Eropah dan Asia Tenggara? Tempoh kerja terjemahan mungkin memakan waktu 2 – 3 bulan lamanya untuk buku bersaiz biasa.

Dalam kerja kerja literasi, sudah tentu akan ditemui pelbagai kosa kata yang difahami dalam bahasa asal teks dan selalunya dijemah secara langsung jika tidak membawa sebarang masalah. NAMUN, ada ketikanya menuntut tukang jemah untuk berfikir di luar kotak.

Asasnya, cabaran menterjemah agak unik, sering ada yang baharu namun menyumbang pada diri dan pembaca sasaran nanti. 

5 cabaran yang akan sering wujud adalah seperti berikut:

1. JENAKA/HAL HAL LUCU

Humor bukanlah konsep yang universal. Lawak jenaka dari buku buku dari America mungkin difahami ramai kerana pendedahannya. Bagaimana pula dengan jenaka dari negara Eropah dan Asia Tenggara? Sesuatu yang lawak dari budaya di sini mungkin tidak pada orang yang berada di benua lain. Jadi satu lagi kemahiran tambahan sang penterjemah dituntut di sini.

Contoh: Bagaimana kalau dua tumit kaki bertemu? Jawapannya nice to meet you! Macam mana mahu menterjemahnya?

Begitu juga kalau diterjemah secara langsung ada hal yang tidak lucu akan kedengaran lucu pada pembaca bahasa sasaran.

2. STRUKTUR BAHASA

Antara hal yang sangat menganggu para penterjemah. Berpindah dari satu bahasa asal ke bahasa sasaran sangatlah sukar, meskipun untuk bahasa yang lebih kurang sama kita fikirkan. Bayangkan BUTUH dan BUTUH di dua negara Indonesia dan Malaysia. Itu belum masuk pada teks dialog yang mungkin membawa makna berbeza atau kotor kalau penterjemah tidak mahir. Hasilnya boleh jadi bersimpang siur. Begitu juga simpulan Bahasa Inggeris yang diterjemah secara langsung. Bunyinya akan jadi pelik selalunya jika tidak diselaraskan ke bahasa sasaran.

Contoh: One day he woke up on the wrong side of a bed. Apakah terjemahan terbaik untuk hal tersebut? Tertanya tanya pembaca kamu nanti. Satu keputusan harus diambil secara bijak oleh penterjemah.

Penterjemah harus tahu kenapa ada sesetengah ayat ditulis dalam cara tertentu. Misalnya istilah teknikal komputer, saifai malah untuk kerja fiskyen berbudaya sekalipun.

3. KATA KATA YANG HILANG

Bukan semua boleh diterjemahkan. Ini antara masalah dokumentasi pada bahasa sasaran. Ada ayat ayat yang tidak boleh diterjemahkan, terutamanya nama makanan makanan Jepun, Korea atau China. Kalau dicuba sekalipun mungkin akan berbunyi pelik. Begitu juga dua tiga ayat ayat Bahasa German yang sememangnya tidak ada dalam Bahasa Inggeris. Terjamahan fiksyen mungkin membolehkan sang penterjemah berkreatif, namun untuk hal hal koporat dan dokumen, kemahiran yang lebih diperlukan. Tidaklah mustahil untuk diterjemahkan dalam bahasa sasaran sekiranya ada kemahiran penuh di situ.

Jadi kamu faham kenapa ada ayat condong, ejaan yang ditukar tapi bunyinya sama... Kimchi, Kaviar, Kougar dan lain lain. Terlalu banyak ayat condong pula akan memburukkan kerja terjemahan.

4. MAKNA YANG PELBAGAI

Inggeris dan Jepun mungkin dua bahasa yang paling kompleks di dunia. Hadir dari spektrum yang berbeza dari segi huruf, percakapan dan lokasi. Masalah utama mungkin boleh mengakibatkan kekeliruan penterjemah. Kata kata dari bahasa tersebut sering mempunyai dua makna.

e.g: Scales – boleh jadi sisik ikan atau alat penimbang.

Di Jepun, kemampuan menulis kanji tidak cukup, kerana kata boleh ditulis dalam satu cara dan disebut pula dalam cara yang berbeza. Begitu juga hal hal homonim dalam Bahasa Malaysia. Kemahiran mengenalinya penting dalam konteks teks yang sedang diterjemahkan.

5. KEPELBAGAIAN BUDAYA

Sudah tentu melibatkan dialek. Dialek di benua eropah yang memeningkan kepala, dialek Amerika yang juga berbeza akibat lokasi yang jauh dan budaya sebelumnya, begitu juga hal hal terjemahan di Asia (Malaysia, Indonesia, Brunei – meskipun dikatakan berkongsi bahasa).

e.g: ayat BURU. Memburu? Terburu buru? Buruan (ayuh cepat?).

Begitu juga beza dialek Inggeris orang Irish dan cockney. Bahasa Arab dan Perancis juga dikatakan agak memeningkan. Bayangkan kerusi perempuan dan kerusi lelaki, apakah perlu disebut dalam terjemahan teks pembaca sasaran? Sebutan berbeza dari daerah yang bervariasi di sana membezakan suku siapa yang bercakap/berkata. (orang Badwi, Quraish atau Mesir?) Tukang terjemah perlu tahu siapakah pelantun kisah asli dan menterjemah secara bijak dari situ demi pemahaman penuh pembaca sasaran.

NOTA: Atas dasar dasar di atas, makanya sering diadakan bengkel bengkel terjemahan bagi melatih kerja kerja terjemahan yang boleh dijadikan kerjaya sebenarnya. Kamu mungkin boleh melatih secara mudah menterjemah secara bolak balik 2 bahasa yang kamu yakin. Ada ketikanya dibantu oleh Kamus Oxford atau Kamus Dewan dan kemahiran menghubung kait kerja terjemahan yang sedang dilakukan.

Pokok utama terjemahan haruslah:

1. Tepat dan teliti.

2. Tidak lari makna dari penulis/maksud asal

3. Dilakukan dengan adil mengekalkan isi kandung

Jadi apakah kenikmatan menterjemah? Selain dari mendapat upah, penterjemah akan bertemu dengan ayat ayat baharu, ekspresi budaya hidup, peruntukan waktu untuk berfikir kenapa mengapa? Dan semua ini sudah tentu menjadi sumbangan intelek yang berhimpun dari waktu ke waktu. Memang dalam hidup ada hal yang tidak pernah melintas langsung dalam kepala, ditemui sewaktu menterjemah secara adil dan saksama asalkan sampai maksud.

Latihan mudah yang sudah saya lakukan adalah dengan menterjemah karya karya Berbahasa Melayu ke Inggeris, tidak kira sajak atau certot. Begitu juga sebaliknya. Apabila menterjemah di zaman medsos, jangan sampai dianggap kerja plagiat. Nama pengkarya asal harus terpampang jelas di situ. Setakat ini sudah diterjemahkan karya karya Lang Leav, Bissmi S, Siti Zainon, Zurinah Hassan, T.Alias Taib dan beberapa penulis yang kurang ternama kerana hasil kerja mereka dalam bahasa asal sangatlah indah.

Alias Taib dan beberapa penulis yang kurang ternama kerana hasil kerja mereka dalam bahasa asal sangatlah indah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now