MEMBACA

22 0 0
                                    

MEMBACA

Sebagai penulis sudah tentu saya membaca. 2019 dimulakan dengan baik sekali. Membaca tetap merupakan hal mewah sebenarnya, apatah lagi kalau terserempak dengan bahan bacaan yang menghiburkan.

Menghiburkan di sini bukanlah hal hal seronok semata mata. Penulis yang membaca sebenarnya akan jadi teruja melihat teknik teknik penulisan yang segar dan teratur adakalanya mengejutkan. Penulisan meskipun tergantung pada peraturan tata bahasa namun kebebasan berekspresi akan tetap ada.

Membaca juga bukanlah perlumbaan berapa buku sebulan atau menyertai perlumbaan berapa buku sudah disentuh di goodreads.com yang membenarkan penulis melihat pada paten nafsu pembaca. Membaca komentar pembaca di situ boleh memberi gambaran apa yang mereka idamkan dari sesebuah buku.

Sebagai penulis tidaklah saya terlalu bergantung pada apa yang mahu dibaca oleh pembaca, membaca dan memilih buku bagaikan mencuba masakan beresepi baharu atau mengandungi bahan bahan yang menakjubkan untuk ditelan cerna.

Selain dari portal portal sastera seperti SelangorKini, MalaysiaKini, Jalan Telawi, sesekali portal sastera Inggeris juga diintai untuk melihat apakah sebenarnya pemainan dunia litarasi barat. Begitu juga membaca suasana masyarakat dengan mengintai situs situs lapar yang menghidangkan berita panas artis atau portal media arus perdana yang semakin kelihatan ketagih pada iklan dan jumlah pembaca. Click bait (umpan ketik) mereka bukan main lagi... Sebagai penulis saya harus tahu nafsu masyarakat juga... (sesekali boleh disiniskan dalam karya fiksyen).

Sajak sajak anak muda juga menjadi tumpuan. Saya senang sekali membaca luahan mereka yang semakin kreatif dan realistik berbeza dengan acuan lama para penyair tempatan.

Tahun 2019 adalah tahun di mana saya akan banyak membaca dan tidak mahu terlalu bertumpu pada polemik dunia penulisan yang tidak akan pernah tamat. Kalau terlalu aktif mempertikai dan memberi cadangan nanti ditanya, "eh! Kau siapa? Apa karya hebat kau?" malu jadinya...

Buku buku yang baik akan direviu sebaiknya. Galakan pada penulis pemula yang berpotensi akan tetap dijalankan (caranya macam macam melalu medsos atau di mana mana saluran yang dirasakan terbaik). Penulis pemula sesekali akan mengajar kita pada hal hal yang tidak pernah difikirkan.

Masih terlalu awal untuk melampirkan apa sebenarnya dunia penulisan 2019. Namun potensinya kelihatan sangat positif. Saya masih lagi dengan buku buku fiksyen tulisan penulis tempatan tidak kira dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Memulakan tahun dan masuk bulan Februari Devil's Place tulisan Brian Gomez sudah memikat deria membaca...

Waktu ini saya sedang menghabiskan buku fiksyen terjemahan Zalikha Yaacob dan Anida Adam asal kerja asli Felicia Yap terbitan Fixi Verso. Memasuki separuh isi buku tersebut saya melihat potensi kerja kerja tempatan yang hebat kalau diterjemahkan. Tidak kiralah secara vice versa BM – English, English – BM.

Pujian dan iklan percuma akan tetap diberikan pada buku buku yang baik. Jika ada para penulis yang membaca coretan ini janganlah segan segan untuk menghantar naskah kamu ya... Sebagai penulis ikan bilis, harapan tidaklah setinggi mana meskipun tersemat di hati untuk jauh lebih ke hadapan dan melahirkan karya yang bermutu.

Jadi sebagai penulis merangkap pembaca sama samalah kita kaji kembali bahan bacaan dan nafsu kita. Tidak akan wujud kayu ukur apa apa, cuma kita akan bertemu dengan kematangan yang juga tidak ada alat sukatannya langsung.

Selamat membaca.

Selamat membaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now