YOU SIRIES DI NETFLIX

16 0 0
                                    


YOU - Pilot (boleh ditonton di netflix)

Initial release: September 9, 2018

Season 1 - Pilot

American Thriller

-----------------------

YOU merupakan siri 3 musim yang berdasarkan buku tulisan Caroline Kepnes.

Pilot musim 1 ditonton dengan begitu teruja sekali. Lancar dan mendebarkan melihat susunan cerita yang sesekali bernarasi akan suara hati pemeran utama Joe Goldberg yang merupakanPengurus Kedai Buku juga pembunuh bersiri yang bertembung dengan penulis pemula Beck yang memikat. 

Pilot pengenalan menjadi begitu jelas hala tuju penceritaan yang melibatkan hal terkini seperti siasatan melalui Medsos, rencana bijak bersahaja dan manipulasi terhadap obsesi yang meluap luap. Babak seks yang tidak keterlaluan secara visual dan watak watak pembantu yang begitu menawan hati. (kekasih dan teman teman Beck di kota pantas NY).

Tahap apa yang sanggup dilalui demi cinta dan ketertarikan? Bagaimana tampil tidak disyaki? Musim 1 mempamirkan ketelitian bercerita, tidak bertele tele (show and tell). Gigih obsesi tanpa keterlaluan dengan rencana yang realistik. Sesekali diimbas semula masa lalu Joe Goldberg yang melihatkan nuansa psikologi semasa, anak jiran yang rajin membaca tetapi berfamili pendera dan risikan moden melalui internet. 

Sikap Beck si pelajar cantik sekolah Puisi juga bukan kepalang handalnya dengan manipulasi psikoloji sambil bertarung untuk terus bernafas sebagai penulis pemula, pelajar demi mahu hidup di kota NY. Dadah, seks dan saling memperguna menjadi inti cerita dalam pilot pengenalan.

Ini siri yang akan ditonton dari waktu ke waktu selayaknya membaca buku (no bingeing). Dialog dan susunan suspen yang menawan. (Thriller tergabung dengan buku, puisi dan sosial - adalah sesuatu yang jarang terjadi)

#ginareviewfilem

4 bintang untuk Pilot YOU.

akan terus dinikmati.

---------------------------------------

YOU - 1st Season

Based on YOU - Hidden Bodies by Caroline Kepnes

Developed by: Greg Berlanti and Sara Gamble

---------------------------

Loving someone means you would do anything for them.

10 episod termasuk pilot yang tegang memukau. Masih seputar obsesi dan mental. 

Hubungan Joe Goldberg dan Guinevere Beck diperlihatkan saling melengkapi, perangkap cemburu dan tidak percaya serta usaha memulihkan rasa rasa yang tidak mahu diungkapkan. (Bunyinya seperti kisah cinta romantis bukan? - Ternyata TIDAK).

Setiap episod membawa permasalahan baharu yang melibatkan usaha Joe Goldberg mahu memiliki Guinevere Beck, termasuk membunuh manusia toksik yang hadir dalam hidup Beck. Mereka yang melihat dirinya sebagai lekeh. Cara pembunuhan yang tidak klise dan intaian/siasat melalui telefon pintar/medsos menjadi alur cerita. 

Paparan skrin moden seperti filem filem keluaran tahun dua ribuan (rangka utama dan paparan medsos bermunculan serentak).

Dalam tiap episod ada melibatkan kilas waktu, kesan editan babak/cerita yang baik (saat sedang menjalani terapi oleh 2 watak utama dengan terapis yang sama) begitu juga kemunculan Candace (kekasih lalu Joe) demi bayangan situasi mental Joe membawa kesan pada penceritaan semasa. Sambil Beck menyiasat, penonton bagai ingin ikut serta mahu tahu... begitu juga kilas sifat Mr Mooney terhadap Joe ketika remaja (yang kini cedera mental). Sesekali secara bijak penonton dicuit dengan 'fake alarm' yang bercitarasa.

Kedekatan 2 watak utama dan perpisahan mereka dilakukan dengan penuh citarasa. Dihadirkan watak protagonis baharu saat mereka berpisah sebagai kekasih yang baik tetapi tidak cukup, untuk menzahirkan rasa hilang, cemburu dan kemahuan yang kuat untuk bersama pasangan yang sewajarnya, begitu juga watak jiran janda dengan satu anak dengan kakasih baran pula untuk memastikan penonton lega/faham bahawa Joe tidak sukakan keganasan.

Sisipan tentang dunia penerbitan, nama nama di dunia sastera Inggeris, menjilid sesekali menghiasi episod untuk menggambarkan luapan Beck sebagai pemula yang bercita cita. Ini antara siri yang mampu mengikat penonton tanpa berlebih lebihan (babak ngeri, seks, falsafah hidup dan isian cinta). Bravo untuk skrip yang dilakukan secara teliti tanpa bertele tele - Narasi tentang kamu, kamu, kamu dan kamu jika silap haribulan akan memberi dampak buruk terhadap pengkisahan.

Siri TIDAK tamat seperti kemahuan penonton, maaf nasfu kamu tidak dituruti! 10 episod hampir sejam tiap satu dihasilkan tanpa cela menjadikan ia fiksyen yang SEGAR. (Aneh ia diarahkan oleh pengarah berbeza untuk tiap episod dan musim).

Sometimes we do bad things for the people we love. I am better off with you than without you!

#ginareviewfilem

An excellent Netflix original series (which I sincerely don't look forward to 2nd seasons or 3rd).

An excellent Netflix original series (which I sincerely don't look forward to 2nd seasons or 3rd)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now