JARGON - KATA KATA BESAR

125 1 0
                                    


JARGON – KATA KATA BESAR

Berikut disusun secara random penemuan kata besar yang dalam penulisan di Malaysia, baik secara fiksyen atau akademik. Sudah tentu kamu para pemula dan orang seperti mama yang kurang berwacana akan terkebil kebil. Terbaik adalah untuk terus bertanya dan dicari apakah maknanya. Kata besar mungkin mampu mempamerkan bijaksana, wallahualam. Kita yang biasa-biasa jelasnya mahu memperbesarkan lagi ruang kosa kata selagi mampu sebagai penulis:

JARGON - merupakan istilah khusus yang digunakan dalam bidang tertentu, yang biasanya tidak difahami oleh orang awam. Contohnya, "monograf" bermaksud "buku" dalam bidang sains kepustakaan. Kebiasaannya penggunaan istilah jargon tidak digunakan secara am kerana ia hanya meliputi sesuatu bidang itu sahaja.

RUANG INI AKAN DITOKOK TAMBAH DARI WAKTU KE WAKTU

------------------------------

TAAKUL – hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, ...

PRASASTI – Prasasti adalah piagam atau dokumen yang ditulis pada bahan yang keras dan tahan lama. Penemuan prasasti pada sejumlah situs arkeologi, menandai akhir ...

Wartawan Peranti – online journalist. Pempengaruh – influencer. Fikir ujar – Thinking aloud. – antara ayat baharu DBP. (nak pakai tak pakai atas kamu kerana sudah tentu ia berbunyi pelik).

ECERAN - perihal menjual barang sedikitsedikit: pedagang ~ di pinggir jalan; harga ~ harga menjual barang sedikit-sedikit, harga (jualan) runcit. Hasil kesenian dll; ciptaan: Eceran seni lukis. berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): Beliau mengecer karya untuk mengisi masa lapangnya. karya ecerean di majalah atau di media sosial. Lengkap dalam skala kecil.

ALEGORI - (alégori) sesuatu karya (cerita, puisi dsb) yang menggunakan watak, peristiwa dan lain lain sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan) sesuatu yg lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah alegori yang dipilih untuk dibicara­kan sebagai satu pengenalan kepada karya sufi; mengalegorikan mengubah sesuatu karya (cerita dsb) menjadi alegori, mengubah sesuatu dlm bentuk alegori.

DIASPORA - penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yg sama, warga sebuah negara yg sama dsb: pengkajian tentang diaspora Cina di wilayah lain di Indonesia jauh kurang mendapat perhatian; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yg sama yg telah tersebar di merata-rata tempat lain: pe­nentang ini mewujudkan diaspora di kalangan bangsa, puak atau keturunan mereka.

HISTRIONIK – Sakit jenis narsis yang melulu. Akan sentiasa mahu ikut campur kisah semasa dirubah tumpu pada dirinya.

HEDONISM – (kata asal Greek) sifat hedonis. Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia.

SEYOGIA - bermaksud sepatutnya, selayaknya dan penggunaan perkataan seyogia dalam ayat tersebut adalah betul. berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. Seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai.

KATARSIS – Kelegaan, pembersihan (asal kata yunani Katharsis)

METAMORFOSIS - adalah suatu proses perkembangan biologi pada haiwan yang melibatkan perubahan penampilan fisik dan/atau struktur setelah kelahiran atau apa sahaja

PASCA – Banyak digunakan tetapi tidak ada dalam kamus Dewan. Gambaran pada hal setelah/selepas: Pasca Perang, Pasca Merdeka...

POLEMIK - (polémik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dalam surat khabar (majalah dll): wujudkan polemik yang sihat mengenai keilmuan ...

DAMPAK - kesan yg ketara sama ada positif atau negatif, impak: penonjolan bakat baru ini tidak akan bermakna sama sekali sekiranya kelahiran mereka tidak memberi ~ yg besar; mendampak melanggar, membentur. Perhiasan dampak di dada (kalung atau loket besar jelas)

DIRGAHAYU – Doa moga dilanjutkan usia. Ucapan selamat...

PENGABSAHAN - legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya; pengabsahan pengesahan.

SINTAKSIS - ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa ...

SAYEMBARA - pertandingan (perlumbaan, peraduan, dll) utk mendapat hadiah. (Sering digunakan untuk tanding sastera: cerpen, novel, sajak)

KEMASHALATAN - kegunaan, faedah: hal yang salah dan bertentangan dgn kemashalatan orang ramai; demi kemashalatan dan kepentingan manusia. kegunaan; kebaikan; manfaat; kepentingan. Contoh: seorang dermawan banyak beramal... (hal hal yang baik)

RETORIK - seni menggunakan bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar; seni berpidato. 2 bahasa yg ... adakah ia hanya sekadar retorik sastera?

OKLOKRASI – pemerintahan oleh massa (asal kata yunani ochloratia) keputusan/tindakan yang dibuat oleh ramai orang.

KUDETA - (asal kata Perancis Coup-D'etat) dilakukan oleh sekelompok pengkudeta yang akan mengumumkan diri sebagai perwakilan dalam rangka meningkatkan ketenteraman awam, ...rampasan kuasa.

KASUR – kata lama belanda untuk Katil. Sesekali ditemui dalam puisi anak anak Malaysia. Begitu juga kata Aspal – yakni asphalt mewakili jalan yang diturap tar. Kandil? Kata lama belanda juga untuk lilin/candle

 Kandil? Kata lama belanda juga untuk lilin/candle

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
MENULISTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang